Perkhidmatan Cari Ambil Dan Buang Bangkai Tikus Yang Mati Di Siling Pejabat Anda
Pernah berhadapan dengan bau yang sangat busuk datang dari atas siling di pejabat tempat kerja anda?
Bau bangkai tikus mati tak ada orang yang mampu bertahan. Kalau ada di kawasan terbukapun dah cukup menyiksakan. Apatah lagi jika ada di dalam bangunan tertutup yang bergantung harap kepada penghawa dingin untuk segarkan udara.
Kebelakangan ini, syarikat kami Easelife Services Sdn Bhd, sering mendapat panggilan telefon bertanyakan khidmat cari, ambil dan buang bangkai tikus. Staff di dalam bangunan pejabat sudah tidak mampu bertahan lagi. Baunya rasa macam nak pengsan.
Ambil buang tikus mati pelangganSelama ini, kerja ambil dan buang tikus mati, hanya kami lakukan khas untuk para pelanggan syarikat yang mengambil pakej setahun khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak. Pakej tu diberi nama GPC atau dalam Bahasa Inggeris bererti 'General Pest Control'.
Dalam pakej GPC, pelanggan akan diberikan khidmat selengaraan dan kawalan untuk masalah lipas, semut dan tikus. Juruteknik kawalan serangga kami akan hadir di premis pelanggan sebanyak sekali setiap bulan untuk lakukan kerja-kerja kawalan.
Semburan bersisa dilakukan untuk kawalan lipas dan semut. Pada kawasan sensitif, umpan gel disapukan. Untuk tikus pulak juruteknik akan sentiasa memantau keadaan premis melihat samada potensi tikus untuk masuk ke dalam bangunan ada.
Khidmat nasihat diberikan agar punca kemasukan itu segera di atasi agar tiada tikus dari luar masuk cari makan di dalam bangunan. Umpan tikus akan diletakkan pada tempat yang sesuai buat tikus yang dah tersesat masuk dan berada di dalam siling rumah terutamanya.
Bila dah makan umpan, biasanya tikus akan meninggal dunia dalam tempoh 7 ke 10 hari. Jika dia mati di luar rumah, masalah tak timbul. Jika mati atas siling tu, maka juruteknik akan segera ke premis untuk selesaikan bangkai tersebut sebelum bau yang memudaratkan tercetus.
Semua khidmat itu ada dalam pakej GPC.
Khidmat buang bangkai tikusUntuk pelanggan yang hanya mahu syarikat Easelife Services cari, ambil dan buang bangkai tikus sahaja, selalunya akan kami tolak.
Hanya setelah dirayu sebab sangat terdesak dan tak ada syarikat lain yang sudi ambil kerja itu, barulah kami pertimbangkan. Itupun setelah di lihat kedudukan semua team yang berada di luar samada berdekatan dengan premis kejadian.
Sebagai syarikat yang dah melibatkan diri dalam dunia pest control sejak 1998 lagi, sudah tentu kami faham betapa terseksanya pelanggan yang berhadapan dengan kes tikus mati atas siling. Maka kami ambil juga kerja tersebut.
Oleh kerana kerap sangat dapat panggilan, maka Easelife Services Sdn Bhd putuskan untuk sediakan khidmat tersebut bermula tahun ini.
Diharapkan dengan keprihatinan kami, maka pelanggan akan sudi pertimbangkan untuk ambil pakej setahun GPC yang kami tawarkan dengan harga yang sangat berpatutan.
Apa yang anda perlu buat apabila berhadapan dengan tikus mati adalah segera berhubung dengan kami di nomboe berikut.
Nur Athira 010 - 234 2542 atau klik sini untuk whatsapp
Semua servis cari, ambil dan buang tikus mati ini hanya untuk kawasan di Lembah Kelang sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mypestnews.com/2023/09/perkhidmatan-cari-ambil-dan-buang.html