Perkhemahan Kem Jati Diri
Perkhemahan Kem Jati Diri (21 - 23 Februari 2019)
ANJURANJABATAN ELEKTRIK (PJE A4)
BERTEMPATKEM KAIZEN, PONTIAN JOHOR
TARIKH21-23 FEBRUARI 2019
OBJEKTIFMelahirkan pelajar Jabatan Elektrik Ikm Johor Bahru menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dimasa akan datang.
Memupuk sifat pelajar lebih berdisiplin dan profesional dalam membuat sesuatu keputusan.
Mendekatkan pelajar Jabatan Elektrik dengan masyarakat sekeliling secara teknikal ( Promosi).
AHLI JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN Penaung : En. Hairi Bin Abd Rahman
Penasihat 1 : En. Sajali Bin Halidi
Penasihat 2 : En. Zulisham Bin Abd Hamid
Pengerusi Program : Mohd Adzri Bin Mohd Ali
Timbalan Pengerusi : Muhammad Ahrif Bin Mohamed Perai
Setiausaha : Muhammad Iskandar Shah Bin Abd Hamid
Naib setiausaha : Amirul Nasriq Bin Abdullah
Bendahari : Che Ku Amirul Aliff Bin Che Ku Anwi
AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANAANAJK Makanan :
Mohd Afiszul Aiman Bin Jayus
Mohd Khairol Bin Zakaria
Muhammad Helmi Bin Zaidan
AJK Keselamatan/Seranta :
Ahmad Fikri Amir Bin Ahmad Nazri
Venly Benilek
AJK Peralatan/Kebersihan :
Farid Ismeth Bin Ismail
Muhammad Firdaus Bin Noordin
AJK Sukan :
Muhammad Syafiq Bin Baharudin
Mohamad Yusry Bin Mokhtar
AJK Media :
Muhammad Hazim Bin Noordin
Muhamad Hanis Haziq Bin M. Saleh
AJK Kerohanian :
Sheikh Muhammad Syauqi I’mran Bin Sheikh Osman
Sheikh Muhammad Syauqi I’rfan Bin Sheikh Osman
Kem Komandan :
Muhammad Azrul Syafiq Bin Azmi
Muhammad Afzan Hakim Bin Borhan
PENGISIAN PROGRAM PERKHEMAHANTarikh : 21HB Februari 2019
Masa : 2.00 p.m. – 4.00 p.m
Tempat : Dewan Terbuka Kaizen
Cara Perlaksanaan
Mereka dikehendaki membentuk beberapa kumpulan kecil mengikut kriteria. Eg : bulan kelahiran, fakulti, asal, hobi, nama, dan lain-lain.Mereka dikehendaki membentuk kumpulan kecil tersebut dalam masa yang ditetapkan.Selepas tamat tempoh, fasilitator akan menyoal para peserta dan sekiranya ada kesalahan mereka akan dikenakan denda.
Kesimpulan i. Membentuk satu jalinan mesra selain mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar.
ii. Pelajar mengenali ahli kumpulan dengan lebih terperinci.
KHIDMAT MASYARAKATTarikh : 21HB Februari 2019
Masa : 5.00 p.m – 6.30 p.m
Tempat : Dewan Serbaguna dan Surau sekitar kampung
Para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melakukan gotong-royong di sekitar kampung seperti dikawasan surau , dewan serbaguna dan sekitar kawasan perumahan.
Antara gotong-royong yang boleh dilakukan adalah membersihkan sekitar kawasan kampung, membuat penyelenggaraan rumah penduduk kampung dan surau yang mengalami kerosakan.
Kesimpulan
KEBAIKAN AKTIVITI
Menyemai sikap tolong menolong dalam usaha untuk menceriakan kawasan dewan.Mementingkan aspek kebersihan dalam diri pelajar.Mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih dan selesa.
KEKURANGAN / CADANGAN
Peralatan untuk pembersihan tidak mencukupiTenaga kerja yang diperlukan untuk memastikan aktiviti berjalan lancar tidak mencukupi.Cadangan penyelesaian masalah ialah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dengan tugas yang berlainan.
LDK 2 “KAMIL KATA…..”Tarikh : 21HB Februari 2019
Masa : 9.00 p.m – 10.00 p.m
Tempat : Dewan Terbuka Kaizen
Cara PerlaksanaanSetiap peserta wajib mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh fasilitator apabila fasi menyebut “kamil kata….”
Contoh :
a. Fasi – “kamil kata angkat tangan kanan”
Peserta angkat tangan kanan
b. Fasi – “ angkat tangan kiri”
2. Jika terdapat peserta mengikut arahan (b) mereka akan tersingkir kerana fasi tidak memulakan arahan dengan perkataan “kamil kata…”
Kesimpulani. Menguji tahap kepekaan dan kecekapan pelajar mendengar arahan yang diberikan.
ii. Tahap kesungguhan peserta meningkat dan menyeronokkan.
MEREMPUH HALANGANTarikh : 22HB Februari 2019
Masa : 9.00 a.m.
Tempat : Sekitar Kem Kaizen
Kesimpulan i. Menyemai sikap kerjasama dalam menjayakan program yang dijalankan.
ii. Menerapkan dalam diri peserta supaya sentiasa berhati-hati dan aktif sepanjang masa.
iii. Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai tanggungjawab berkumpulan dan kerjasama.
KEMBARA HUTANTarikh : 22HB Februari 2019
Masa : 3.30 p.m
Tempat : Gunung Pulai
Kesimpulan i. Dapat menjalinkan hubungan yang erat antara pelajar.
ii. Menekankan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian.
iii. Peserta dapat melihat keindahan hutan.
CADANGAN / KEKURANGAN
Pihak jurulatih tidak menyediakan sebarang alat keselamatan seperti senjata (pisau) dan keperluan lain jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.Cadangan penyelesaian ialah pihak pengelola harus membuat penyediaan seperti menyediakan keperluan asas memasuki hutan dan sebagainya.
NIGHTWALKTarikh : 22HB Februari 2019
Masa : 10.00 p.m.
Tempat : Sekitar Kem Kaizen
Kesimpulan i. Peserta lebih peka dengan keadaan sekeliling
ii. Menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan.
iii. Peserta lebih beradab dan menghormati orang yang lebih tua.
CADANGAN / KEKURANGAN
Pihak jurulatih tidak menerangkan dengan jelas mengenai objektif aktiviti.Aktiviti nightwalk tidak mencapai objektif yang jelas.Cadangan penyelesaian ialah fasilitator menjelaskan kepada peserta tentang objektif aktiviti dan tujuan aktiviti dilaksanakan.
PENYEDIAAN MAKANANTarikh : 21, 22, 23 Februari 2019
Masa : Waktu makan seperti tertera pada tentatif program
Tempat : Tempat memasak kem kaizen
Cara Perlaksanaani. Setiap peserta akan diberikan peluang untuk memasak setiap menu sepanjang berada di kem.
ii. Peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
iii. Satu kumpulan terdiri daripada 5 atau 6 orang peserta bergantung pada keperluan semasa.
iv. Fasilitator akan memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara memasak
Kesimpulan Kebaikan programi. Memberi peluang dan peserta boleh belajar serba sedikit tentang cara memasak dengan betul.
ii. Peserta dapat belajar memasak dalam kuantiti yang banyak.
CADANGAN / KEKURANGAN
Bahan tidak mencukupi dan kerap keluar membeli bahan yang diperlukan.Duit tidak mencukupi untuk membeli bahan dan peralatan.Cadangan penyelesaian ialah diharapkan pihak IKM boleh memberi duit yang mencukupi untuk perkhemahan akan datang.Ajk makanan perlu membuat senarai barang dan bahan yang perlu dibeli dengan betul.
PENUTUPSecara keseluruhannya program ini mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan antaranya merapatkan hubungan di antara pelajar dan masyarakat melalui pengisian yang lebih padu dan berkesan serta menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.
Sokongan dan kerjasama yang diterima daripada pihak luar terutamanya pihak yang memberikan kerjasama terhadap program ini amat membantu dan juga membanggakan. Masalah yang timbul telah diatasi dengan baik kerana kewujudan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan ahli jawatankuasa, peserta dan pihak kem kaizen.
Program ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada para pelajar tentang cara-cara merancang, melaksanakan dan mengendalikan sesebuah program.
Selari dengan hasrat IKM untuk melahirkan graduan berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah, program ini merupakan sebuah platform yang baik untuk pelajar berlatih dan mengasah bakat kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain dalam persediaan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.
Gambar-Gambar Semasa Akiviti Perkhemahan
Sumber : Ketua Jabatan & Staf Jabatan Elektrik IK Johor Bahru
#ikmjohorbahru
#ikmjb
#ikm
#kktm
#mjii
#mara
#tvet
#csr
HEA PUAKA WROTE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ikmjb.blogspot.com/2019/03/perkhemahan-kem-jati-diri-21-23.html