Perkenal Insentif Demokrasi Tingkat Tekad Anak Muda Mengundi




Perkenal Insentif Demokrasi tingkat tekad anak muda mengundiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: November 02, 2022
SharePengundi baharu perlu diberi galakan untuk keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung selepas penguatkuasaan Undi 18 pada 1 Januari lalu dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR) dilaksanakan, terdapat kira kira 5.8 juta pemilih baharu telah ditambah ke dalam daftar pemilih semasa.
Daripada jumlah itu, katanya, 1.2 juta adalah mereka yang berumur di antara 18 hingga 21 manakala 4.6 juta adalah mereka yang berumur 21 tahun ke atas tetapi tidak pernah mendaftar.
“Dalam pertemuan dengan anak-anak muda dan pengundi baru ini, saya mendapati terdapat dua kumpulan dalam kalangan mereka.
“Kumpulan pertama adalah mereka yang tak sedar mereka adalah pengundi dan berhak memilih pimpinan negara. Mereka memerlukan dorongan dan galakkan untuk keluar membuang undi.
“Kumpulan kedua adalah golongan yang bersedia untuk mengundi pada 19 November, tetapi mengalami kekangan kewangan untuk pulang mengundi. Tahap kewangan kumpulan ini belum berdikari kerana ramai masih belajar ataupun baru mula bekerja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi ini.
Tegas penyandang DUN Semambu itu, Undi18 dan pengundian automatik merupakan satu episod penting dalam sejarah negara.
Katanya, buat kali pertama selepas lebih 65 tahun merdeka semua rakyat Malaysia di atas 18 tahun diberikan hak untuk menentukan nasib negara.
Oleh itu, katanya, kerajaan perlu memberi galakan kepada pengundi baharu ini untuk teruja membuang undi dengan memperkenalkan Insentif Demokrasi.
“Bagi memenuhi hasrat supaya kadar pengundian kekal tinggi dan golongan ini keluar mengundi maka KEADILAN mencadangkan satu Insentif Demokrasi secara one-off kepada semua pengundi baru yang berumur antara 18 hingga 21 tahun.
“Juga kepada mereka yang sedang menuntut di IPTA/IPTS, politeknik, kolej komuniti dan institut latihan perindustrian. Insentif ini boleh mendorong mereka keluar mengundi serta mengurangkan kos pengangkutan mereka.
“KEADILAN meminta kerajaan peralihan sekarang untuk melaksanakan insentif tersebut secara adil, telus dan cekap,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/perkenal-insentif-demokrasi-tingkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Ku Li Seru Anak Muda Keluar Mengundi

Pru 15 Ku Li Seru Anak Muda Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 190 hits
hmetro com myTENGKU Razaleigh Hamzah FOTO arkib NSTPGua Musang Pilihan Raya Umum ke 15 menjadi platform bagi pengundi baharu terutama anak muda untuk memilih kerajaan yang kukuh dan stabil Justeru Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razal...
Amanah Pkr Dan Dap Kedah Tonjol Anak Muda Kerusi Parlimen Pru15

Amanah Pkr Dan Dap Kedah Tonjol Anak Muda Kerusi Parlimen Pru15

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 318 hits
Pengumuman calon calon Pakatan Harapan negeri Kedah di Laguna Merbok menyaksikan AMANAH menampilkan muka baru Muaz Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH kawasan Padang Terap sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Terap Manakal
Agenda Awani Pru15 Tiga Penjuru Bn Pn Ph Anak Muda Pilih Mana

Agenda Awani Pru15 Tiga Penjuru Bn Pn Ph Anak Muda Pilih Mana

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 233 hits
Menjelang PRU15 pertembungan tiga penjuru BN PN PH anak muda pilih mana Ikuti temu bual ketua ketua sayap muda parti politik negara drasyrafwajdi wanfayhsal AdamAdli dalam AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani com SUBSCR...
Pimpinan Anak Muda Gta Desak Rofaie Menjadi Calon Kerusi Parlimen Temerloh

Pimpinan Anak Muda Gta Desak Rofaie Menjadi Calon Kerusi Parlimen Temerloh

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 258 hits
TEMERLOH Kepimpinan muda Pejuang dan Gerakan Tanah Air Pahang mendesak supaya Penyelaras GTA Parlimen Temerloh Dato Mohd Rofaie Hamdan dicalonkan untuk bertanding kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke 15 kelak Desakan itu selep...
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 162 hits
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda 57 1 anak muda menjawab dengan betul mengenai bilangan kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222 Saluran media paling utama anak muda untuk berkongsi dan mendapat input berkaitan politik ialah a Instagram ...
Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

Visi Anak Muda Diperjuangkan Calon Muda Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 172 hits
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Lim Wei Jiet tidak gentar untuk bertanding dalam PRU15 bagi membawakan visi anak muda dari segi peluang pekerjaan dan pembabitan dalam perniagaan SUBSCRIBE now As
Sangun Ragahdo Pengacara Muda Tampan Anak Artis Senior Kliennya Anak Buah Sambo

Sangun Ragahdo Pengacara Muda Tampan Anak Artis Senior Kliennya Anak Buah Sambo

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 167 hits
Sosok pengacara muda dengan wajah tampan berhasil menarik atensi publik Sangun Ragahdo adalah pengacara mantan Karo Paminal Divpropam Brigjen Hendra Kurniawan yang merupakan anak buah Ferdy Sambo ketika menjabat sebagai Kadiv Propam Polri S...
Anak Muda Gegor Bera Carnival Expected To Draw 2 000 Youths

Anak Muda Gegor Bera Carnival Expected To Draw 2 000 Youths

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 171 hits
The national e sports team Team Haq Esports Club which emerged as the champion of the Season 10 MY Mobile Legend Professional League will also attend this youth carnival in Bera on Saturday BERA The KeluargaMalaysia Anak Muda Gegor Bera car...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang