Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina Agc


Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina – AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) maklum dan menyedari mengenai perhimpunan “No Justice No Merdeka’ yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini di Negeri Sabah berhubung kematian Zara Qairina binti Mahathir, meskipun pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bagi mengadakan inkues selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina binti Mahathir telah ditetapkan untuk pendengaran pada 3 hingga 5, 8 hingga 12, 17 hingga 19, 22 hingga 26 dan 29 hingga 30 September 2025.
Setakat ini pihak Pendakwa Raya yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali bercadang untuk memanggil lebih kurang 70 orang saksi.
Antara saksi utama yang akan dipanggil untuk memberi keterangan ialah pakar patologi yang telah melakukan pemeriksaan post-mortem ke atas jenazah Zara Qairina binti Mahathir, yang akan menerangkan mengenai punca kematian mangsa.
Pasukan Pegawai Pengendali juga telah membuat persiapan rapi, termasuk penyediaan dokumen yang akan dikemukakan semasa prosiding inkues tersebut serta penyerahan dokumen tersebut kepada peguam-peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding berkenaan.
Prosiding inkues ini juga akan disertai oleh pihak-pihak berkepentingan dan peguam pemerhati sepertimana yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Koroner.
Pihak-pihak berkepentingan iaitu Ibu Zara Qairina binti Mahathir diwakili oleh Tetuan Hamid & Co, Shahlan Jufri & Co, Tetuan Rizwan M Borhan & Co. JP Keruak serta Messrs FN Lee & Nasser.
Pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak pertama diwakili oleh Tetuan Ram Singh & Co serta Goh & Associates dan pihak berkepentingan pesalah kanak-kanak kedua hingga kelima diwakili oleh Tetuan Azhier Arisin & Jaafar. Sabah Law Society pula bertindak sebagai peguam pemerhati.
Jabatan ini bertekad untuk memastikan prosiding inkues dapat dijalankan dengan lancar bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan Jabatan ini juga berpegang kepada prinsip keadilan bukan sahaja hendaklah dilaksanakan, tetapi juga hendaklah dilihat sebagai telah dilaksanakan (Justice must not only be done but must also be seen to be done).

Sumber: Jabatan Peguam Negara
The post Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina – AGC appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/perkembangan-prosiding-inkues-kes-zara-qairina-agc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Untuk Menuduh Beberapa Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina Agc

Keputusan Untuk Menuduh Beberapa Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina Agc

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 363 hits
Keputusan Untuk Menuduh Beberapa Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina AGC Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya membuat keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina berdasar ke...
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3374 hits
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok KOTA KINABALU 2 Sept Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berla...
Hiburan Kes Zara Qairina Kami Mohon Penangguhan Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan Datuk Ram Singh

Hiburan Kes Zara Qairina Kami Mohon Penangguhan Inkues Bukan Untuk Lengahkan Keadilan Datuk Ram Singh

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2835 hits
Melalui laporan pasukan peguam yang mewakili lima remaja bawah umur yang didakwa terbabit dengan kes pembulian Allahyarham Zara Qairina memaklumkan mereka mohon untuk penangguhan prosiding inkues bukan bertujuan untuk melengahkan usaha tunt...
Sebutan Kes Inkues Zara Qairina Jam 9 Pagi Esok Peguam

Sebutan Kes Inkues Zara Qairina Jam 9 Pagi Esok Peguam

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 674 hits
Mahkamah Kota Kinabalu menetapkan sebutan inkues berhubung kes kematian Zara Qairina diadakan pada jam 9 pagi Isnin KOTA KINABALU Mahkamah Kota Kinabalu menetapkan sebutan inkues berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir 13 akan diadakan...
Zara Qairina Kronologi Perkembangan Kes Terkini

Zara Qairina Kronologi Perkembangan Kes Terkini

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2112 hits
Kes buli membabitkan seorang pelajar Tingkatan 1 yang bernama Zara Qairina telah mencuri perhatian ramai pihak dengan pelbagai kontroversi Bermula daripada isu kecederaan misteri desakan keluarga untuk mendapatkan keadilan sehingga tularnya...
Hiburan Kes Zara Qairina Polis Jumpa Catatan 51 Halaman Luahan Hati Tolak Dakwaan Cuba Tutup Kes

Hiburan Kes Zara Qairina Polis Jumpa Catatan 51 Halaman Luahan Hati Tolak Dakwaan Cuba Tutup Kes

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1549 hits
Melalui laporan Harian Metro Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Dewan Rakyat memperjelaskan hasil siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina termasuk ada elemen buli pengabaian dan gangguan seksual sekalig...
Kes Zara Qairina Anwar Sekali Lagi Tegaskan Tiada Yang Terlepas

Kes Zara Qairina Anwar Sekali Lagi Tegaskan Tiada Yang Terlepas

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 462 hits
Kes Zara Qairina Anwar Sekali Lagi Tegaskan Tiada Yang Terlepas LARUT 16 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlibat dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir...
Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti Suhakam

Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti Suhakam

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 477 hits
Kes Zara Qairina Lima Individu Yang Didakwa Tidak Boleh Didedahkan Identiti SUHAKAM KUALA LUMPUR Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menggesa orang awam terutamanya pihak media agar memastikan hak kanak kanak dilindungi sepenuhnya dalam ...
Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 708 hits
Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegur tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung kematian pelajar tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir di Sabah Katanya menerusi podcast Keluar Sekejap Fadhlina gagal mengawal naratif dan m...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Fines On Sin Chew Sinar Harian An Attempt To Bully Media Says Pas

Sarawak Craft Brewer Withdraws Santubong Beer After Backlash

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bukan Biasa Biasa Abang Tesla Dedah Aslam Sambar 3 Buah Iphone 17 Untuk Marissa Dan Umisya

Bekas Pemenang Pingat Emas Sukan Para Asean Sah Cerai Talak Satu Lepas 5 Tahun Perkahwinan

Perbandingan Iphone 17 Vs Iphone 16 Apa Yang Berubah Berbaloi

Gunung Lewotobi Laki Laki Meletus Lagi Bunyi Gemuruh Kuat Kedengaran

Survey Seven In 10 Malaysians Back Social Media Ban For Children Below 14

Secret Pas Meeting With Pmx Zahid Ignites Speculation Of Bersatu Pas Break Up Before Ge16