Perkembangan Bahasa Melayu Bergantung Kepada Pembangunan Intelektual


 
Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa yang paling luas ditutur di dunia. Hampir 200 juta orang di Asia Tenggara bertutur dalam bahasa ini. Namun begitu, ada yang mengatakan bahasa Inggeris seharusnya dititik beratkan kerana ia merupakan bahasa antarabangsa dan pengantar ilmiah. Pada pihak lain, bahasa Melayu sering dianggap sebagai bahasa yang kurang mampu memenuhi keperluan semasa kerana taraf pembangunan bahasa ini tidak setara dengan cabaran zaman yang berasaskan kepada perkembangan teknologi dan sumber manusia yang pesat.
Walaupun bahasa Melayu dianggap secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, secara praktikal ia masih belum mencapai kedudukan bahasa utama, khususnya yang menyangkut wacana ilmiah dan teknikal. Yang menggarisbawahi keadaan seumpama ini adalah kepercayaan dalam kalangan sesetengah pihak kepada keunggulan bahasa Eropah dibandingkan dengan bahasa Melayu, dari segi kemampuan menjadi pengantar wacana rasional. Malangnya, pendapat ini ditemui dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Ini merupakan sesuatu yang bahaya bagi perkembangan kesedaran kebangsaan dan amat melemahkan semangat untuk yang masih memperjuangkan bahasa kita sebagai bahasa rakyat Malaysia. Di samping itu, sikap seumpama ini hanya merupakan rintangan kepada usaha mempertingkatkan bahasa Melayu kepada taraf bahasa sastera dan ilmiah.
Pendapat bahawa bahasa Melayu masih terbelakang secara linguistik sepanjang yang menyangkut menjadi pengantar wacana ilmiah adalah jauh dari kebenaran. Kenyataan bahawa kita sering meminjam dan memperolehi istilah ilmiah dari bahasa Inggeris tidak membuktikan bahasa Melayu merupakan bahasa yang rendah tarafnya. Bahasa-bahasa Eropah sendiri terdiri daripada ribuan perkataan, istilah dan ungkapan yang berasal daripada bahasa Latin and Yunani, tambahan lagi, bahasa Arab dan bahasa Melayu sendiri. Apakah ini bermakna bahasa Inggeris, Jerman, Perancis, Itali, dan Sepanyol tidak layak menjadi pengantar wacana rasional?
Yang penting untuk perkembangan pemikiran ilmiah adalah kemampuan seorang penutur bahasa yang tertentu mempergunakan bahasa itu untuk mengungkapkan konsep dan gagasan. Bukan bahasa yang menentukan perkembangan ilmiah tetapi perkembangan ilmiah yang mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa itu, asal penutur-penuturnya berusaha untuk mencapai tujuan ini. Perkembangan bahasa Melayu itu tidak dapat lepas dari pembangunan sosio-budaya masyarakat di Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura yang mempergunakan bahasa itu.
Kalau kita mengambil contoh dari bahasa Arab, ia menjadi bahasa perantara dalam falsafah dan bidang keilmuan selainnya hanya selepas orang Arab menguruskan penterjemahan naskah falsafah dari bahasa Parsi, Syria, dan Yunani kepada bahasa Arab. Penaklukan Arab di Asia Barat dan penyebaran Islam ke benua Hindi dan Nusantara mewujudkan keadaan dalam mana para pemikir dan cendekiawan dari pelbagai bangsa termasuk Andalusia, Barbar, Urdu, Melayu, Parsi, Syria, dan Arab menulis dan mengungkapkan fikiran mereka dalam bahasa Arab. Daya pemersatu seumpama itu ada juga pada bahasa Melayu yang pada zaman yang lampau menjadi bahasa perantara di Nusantara antara orang Portugis, Belanda, dan penduduk kepulauan Melayu-Indonesia.
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang amat kaya. Dalam nahu Melayu, sistem imbuhan yang terdiri daripada awalan, akhiran dan sisipan membolehkan penggunanya menukar kala, berpindah mundar-mandir antara kata kerja aktif dan pasif, dan merubah kata kerja menjadi kata nama. Dipandang dari sudut tatabahasa, alat nahu Melayu dapat memenuhi keperluan pembangunan masa kini. Yang merendahkan bahasa Melayu dan membayangkannya sebagai bahasa rendah taraf harus meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa ini supaya dapat mempergunakannya secara bermanfaat.
Perkembangan bahasa Melayu bergantung kepada pembangunan intelektual dan ilmiah dalam kalangan rakyat dan sikap mereka terhadap menggunakan bahasa mereka dengan seluas mungkin. Perkembangan bahasa Melayu tidak dapat lepas dari taraf intelektual masyarakat yang menghidupi bahasa itu.
Kita semua mengkehendaki supaya bahasa Melayu menjadi bahasa sains dan teknologi. Demi mencapai matlamat ini bahasa Melayu seharusnya sanggup membawa pengertian yang jelas, tidak samar-samar dan tepat. Yang tidak percaya bahasa Melayu mempunyai kemampuan ini ingat bahawa bahasa kita terdiri daripada perkataan yang maknanya kabur. Mereka tidak faham masalahnya adalah kekaburan dalam pemikiran pengguna bahasa itu. Inilah yang mewujudkan bahasa yang samar-samar.
Janganlah serah kepada status maha kuasa. Bahasa tidak merupakan suatu kuasa yang bebas dan terpencil dari masyarakat. Bahasa tidak menentukan masyarakat, malahan masyarakat menentukan bahasa. Perkembangan bahasa Melayu bergantung kepada pembangunan masyarakat yang mempergunakan bahasa itu dalam bidang ekonomi, sosial, dan budaya.
Di samping itu, ia juga bergantung kepada usaha penyatuan bahasa Melayu-Indonesia yang sudah lama menjadi hasrat orang Malaysia dan Indonesia. Sebahagian dari tujuan ini dicapai, iaitu penyatuan sistem ejaan. Supaya proses penyatuan ini berterusan dan segala halangan terhadap kemasukan pelbagai jenis penerbitan antara negara berbahasa Melayu, iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura harus dihilangkan. Proses penyatuan bahasa seharusnya dapat dipercepatkan agar pembaca dari kelima negara itu dapat saling membaca dan memakai tulisan mereka.
Syed Farid Alatas, professor di Jabatan Sosiologi, Universiti Nasional Singapura, mengkhususkan dalam pemikiran sosial dalam tradisi bukan Barat, di samping masalah kebangkitan masyarakat Islam pada zaman moden. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/perkembangan-bahasa-melayu-bergantung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Target Google Adsense Blog Bahasa Melayu Optimis Walau Satu Usd Sehari

Target Google Adsense Blog Bahasa Melayu Optimis Walau Satu Usd Sehari

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 440 hits
Adsense merupakan salah satu pendapatan pasif yang boleh kita dapat apabila memasang iklan pada blog Apa itu pandapatan pasif Ia tak memerlukan orang membeli untuk kita dapat perolehi komisen Cukup dengan impression dan sekiranya orang ada ...
Lukistober Menonjolkan Tema Bahasa Melayu Pertama Di Dunia

Lukistober Menonjolkan Tema Bahasa Melayu Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 402 hits
Akhirnya ada event lukistober yang menyediakan tema lukisan selama sebulan dalam Bahasa Melayu yang mudah diikuti oleh orang ramai Apa yang menariknya tiada tetapan untuk mengikut setiap tema dan medium untuk menghasilkan karya adalah bebas...
Buku Pantas Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu

Buku Pantas Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 493 hits
Inginkan anak membaca dengan pantas dan teknik yang menarik Semua ibubapa dan guru inginkan yang terbaik buat anak mereka namun seringkali ibu bapa dan guru menemui jalan buntu apabila anak anak tidak minat membaca dan sukar fokus Akhirnya ...
10 Kata Kata Indah Dalam Bahasa Melayu Yang Jarang Didengari

10 Kata Kata Indah Dalam Bahasa Melayu Yang Jarang Didengari

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 1634 hits
10 Kata kata Indah Bahasa Melayu yang Jarang Didengari Bahasa Melayu sangat terkenal dengan kata kata mutiara kata kata bijak ataupun nasihat bidalan pantun yang sangat puitis dan sangat memberi motivasi dalam mendidik Dalam banyak banyak k...
Sebodoh Bodoh Mana Orang Orang Punjabi Di Malaysia Mereka Boleh Membaca Dan Memahami Bahasa Melayu

Sebodoh Bodoh Mana Orang Orang Punjabi Di Malaysia Mereka Boleh Membaca Dan Memahami Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 515 hits
Tahukah anda orang orang Punjabi di Malaysia tidak pernah dan tidak akan meminta papan tanda atau risalah atau borang atau website dalam bahasa Punjabi sebab sebodoh bodoh mana orang orang Punjabi di sini mereka boleh membaca dan memahami b...
Martabatkan Bahasa Melayu

Martabatkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 234 hits
Ir Ts Lukman Al Hakim Bahasa Melayu keenam paling banyak digunakan di seluruh dunia 1 PADA zaman kemuncak Bahasa Melayu iaitu pada abad ke 14 ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka ia dijadikan lingua franca di Kepulauan Melayu tidak kira di...
Tiada Alasan Tidak Faham Bahasa Melayu

Tiada Alasan Tidak Faham Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 251 hits
M Update 21 9 2020 Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang mesti digunakan dalam pentadbiran di semua peringkat termasuk kerajaan Persekutuan negeri dan pihak berkuasa awam Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr A...
Konvo Mak Su Di Ipg Kampus Bahasa Melayu

Konvo Mak Su Di Ipg Kampus Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 521 hits
Hari ini konvokesyen Institut Pendidikan Guru hari pertama Mak Su Izzati salah seorang penuntut IPG yang turut diraikan dalam konvokesyen kali ini sempena tamatnya pengajian beliau di Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025