Manjakan Diri Di Spa Sutra Maya Wellness Hilang Stress
Salam dears… Asyik kerja, kerja, kerja! Keluar rumah awal pagi, balik malam. Sampai rumah, sambung buat kerja rumah plak. Letih! Tak boleh jadi ni, kena buat sesuatu untuk bagi hilang segala keletihan dan stress tu. Dan akhirnya, Mama berjaya gak cari masa untuk memanjakan diri di spa Sutra Maya Wellness di Platinum Walk, Setapak.
Mama ‘tergoda’ nak ke spa Sutra Maya Wellness tu lepas tengok Ben Ashaari bawa isterinya kesana. Lepas tu, Ummi Nani plak pergi dan kata situ boleh buat tangas juga. Ok cantik…tak fikir panjang terus buat appoinment dan zasss marilah pergi memanjakan diri, hoyeahhh hehehe
Spa Sutra Maya Wellness ni terletak di Platinum Walk, Setapak
Pelbagai Servis di Spa Sutra Maya Wellness, Setapak
Sebaik melangkah masuk, Mama dah terpikat dengan deko dalam spa Sutra Maya Wellness ni. Cantik! Alunan musik pun tenang ja.
Minum air asam jawa dulu sebelum mula treatment.
Kat Sutra Maya Wellness spa ni ada bermacam macam servis yang ditawarkan, dari hujung rambut sampai lah hujung kaki. Nak buat facial boleh, nak urut badan boleh, nak buat treatment rambut pun boleh. Kalau nak berbekam atau bertangas pun ada juga. Macam one-stop centre gitulah.
Harga promosi di Sutra Maya Wellness Setapak
Treatment apa yang Mama pilih? Hmm lepas konsultasi dengan Puan Sherry, owner spa ni…Mama buat treatment bertangas, full body scrub dan juga mandi susu.
Semua tu benda yang Mama tak pernah cuba sebelum ni. Jadi memang elok sangat lah buat, dah sampai masa untuk ‘servis’ badan lah kiranya ni hehehe.
Mama dapat bilik ni, memang selesa!
Syoknya Bertangas!
Mula mula sekali, Mama buat bertangas. Even lepas beranak kan si kembar dulu pun Mama tak bertangas jadi tak tahu apa nak expect. Berdebar debar juga masa nak mula, ye laa…bahagian sensitif tu kannn.
Tapi bila dah start dan rasa wap kat bahagian tu..fuhhh tak tau nak describe macam mana rasanya, tapi selesa dan syok wooo. Korang kena cuba sendiri baru tau hehe
Duduk atas tu semasa bertangas.
Kebaikan bertangas:
– Rawatan bagi wanita selepas bersalin
– Melancarkan proses haid wanita
– Mengurangkan keputihan dan alahan vagina
– Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
– Mengeluarkan toksin dalam tubuh
– Melancarkan pengaliran darah
– Mengatasi masalah kelesuan
– Membantu mengurangkan masalah berat badan
Untuk wanita yang dah berkahwin terutamanya, memang disarankan elok sangat lah buat bertangas ni. Bukan penampilan ja kena jaga, tapi hal hal bahagian intim pun kena jaga gak lah kannn…
Full Body Scrub
Dah siap bertangas, Mama buat full body scrub. Bestnya kat Sutra Maya Wellness ni ialah scrub yang digunakan di sini ialah jenama sendiri. Memang tak jumpa punyalah kat tempat lain. Masa tu, Mama pilih Coconut Scrub sebab staff situ kata itulah best seller diorang.
Mula mula Mama ingatkan kalau scrub badan ni akan kena tonyoh kuat kuat. Rupanya tak.. tapi lembut ja staff nya buat..gosok manja manja ja gitu. Selesa je hehe.
Scrub jenama sendiri digunakan di sini
Kebaikan Lulur/Scrub:
– Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
– Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
– Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
– Mengurangkan tekanan & keletihan.
– Mengekalkan tenaga.
– Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
– Memperbaiki tekstur kulit.
– Mengurangkan dehidrasi
– Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
– Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
– Menghilangkan warna kulit berbelang.
– Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
– Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
– Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.
Mandi Susu
Lepas body scrub, Mama buat mandi susu plak. Ini pun syiok! Dapat berendam dalam bath tub dalam suasana yang sangat selesa. Lampu malap, alunan musik ala ala kat Bali yang siap ada bunyi unggas dan kicauan burung…fuhh rasa tenang sungguh! Hampir terlelap lah Mama masa dok berendam tu hehehe
Syok wooo berendam dalam ni
Kebaikan mandi susu:
– Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit kusam.
– Melembapkan dan mengatasi kulit kering.
– Merilekskan tubuh.
Hmm asyik jaga kulit muka ja, sesekali belai kulit seluruh badan syiok wooo. Kulit rasa licin, lembut dan sedap ja…every touch is ooh la la la gitteww…ehhh hahaha
Puas Hati Dengan Servis di Sutra Maya Wellness
Rasanya hampir 3 jam kot Mama buat treatment tu semua. Bila dah siap memang rasa lega, release stress, betul betul enjoy my me time lah. Bak kata omputih..i feel goood!
Overall Mama puas hati dengan servis di sini. Tempat yang selesa, staff mesra, suasana menenangkan dengan alunan musik diselang seli dengan bunyi kicauan burung…buat rasa terbuai buai ja. Macam tak nak balik! Hehe.
Minum air halia dulu sebelum balik, segarrr ja rasa.
Lain kali nak datang sini buat treatment lain plak. Sutra Maya Wellness…I’ll be back! InsyaAllah
Sutra Maya Wellness
Alamat: G-50-0, Platinum Walk, No.2 Jalan Langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Facebook: Sutra Maya Wellness
Instagram: Sutra Maya Wellness
Untuk booking, telefon ke : +60 18-989 9282
64 total views, 64 views today
The post Manjakan Diri di Spa Sutra Maya Wellness…Hilang Stress! appeared first on Mama Kembar Tiga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mamakembartiga.com/2019/10/manjakan-diri-di-spa-sutra-maya-wellness-hilang-stress.html/