Perkasa Terkilan Pelajar Cina Penerima Terbesar Biasiswa Jpa


By Nizam Zain
- 12 Mei 2019

Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali bercakap pada sidang media khas di Rumah Bakti Dato Harun, Ulu Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2019
AMPANG – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) luar negara bagi Zon Utara yang tular di media sosial sejak semalam.

Lebih malang kata Ibrahim apabila pelajar Melayu merupakan kaum paling sedikit menerima tajaan pendidikan ke luar negara itu iaitu seramai 12 orang sahaja berbanding pelajar Cina 50 orang dan India 18 orang.

“Saya terkilan dengan satu tular keluar mendakwa biasiswa JPA untuk Zon Utara yang diberi kepada semua kaum tetapi jumlahnya Bumiputera lebih kecil daripada Cina, malah kalau dicampur penerima Cina dan India, kaum Bumiputera masih kurang.

“Biasiswa JPA ini dari segi Perlembagaannya adalah hak keistimewaan orang Melayu. Dulu diberi 10 peratus kepada bukan Bumiputera, tiada siapa bangkit atas ihsan, atas murah hati kerajaan dan orang Melayu kepada kaum lain.

“Tapi zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, sudah meningkat, zaman Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat jadi (50-50).

“(Tapi) Sekarang ini sudah jadi kurang daripada 50 peratus,” katanya pada sidang media di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ulu Klang, di sini, hari ini.Borang pendaftaran pelajar program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019 bagi Zon Utara (Pulau Pinang) dipercayai di bawah Jabatan Perkhidmaan Awam (JPA) yang tular di media sosial, sejak semalam.
Beliau merujuk kepada sekeping borang pendaftaran pelajar program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019 bagi Zon Utara (Pulau Pinang) dipercayai di bawah JPA yang tular di media sosial, sejak semalam.

Borang JPA bertarikh 9 Mei 2019 turut menyenaraikan 80 pelajar yang terpilih untuk mendapat tajaan pendidikan kerajaan itu.

Ibrahim juga menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu.

“Walaupun Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka tidak boleh melanggar Perlembagaan hak istimewa orang Melayu,” katanya.

Ibrahim turut mendesak Majlis Raja-Raja Melayu agar mencampuri perkara itu susulan ia meminggir dan menafikan hak keistimewaan orang Melayu.

“Saya minta Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan, saya minta perkara ini dikaji balik dan saya minta semua orang Melayu bangkit menentang keputusan ini, kalau ia betul,” katanya.

Katanya lagi, jika keputusan penerima biasiswa yang tular itu palsu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara terbabit.

“Kalau tidak, minta JPA buat penafian di atas apa yang disebarkan ini,” katanya lagi

 – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/perkasa-terkilan-pelajar-cina-penerima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Nak Hadiahkan Duit Saman Nfc Untuk Biasiswa Pelajar

Rafizi Nak Hadiahkan Duit Saman Nfc Untuk Biasiswa Pelajar

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 393 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata akan menghadiahkan wang bayaran kes saman fitnah yang telah dibayarnya pada 2017 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan pengerusinya berjumlah RM300 000 sebagai biasiswa pelaj...
Terkini Minta Jpa Nafi Biasiswa Kepada Bumiputera Kurang 50 Ibrahim Ali

Terkini Minta Jpa Nafi Biasiswa Kepada Bumiputera Kurang 50 Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 287 hits
Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali bercakap pada sidang media khas di Rumah Bakti Dato Harun Ulu Klang Selangor MalaysiaGazette com Online News Portal Follow US Now Or visit www malaysiagazette com for
Pelajar Tajaan Jpa Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Pennsylvania State University

Pelajar Tajaan Jpa Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Pennsylvania State University

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 363 hits
Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State UniversityMuhamad Saiful Hakimi dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences di Pegula Ice Arena pada 3 Mei lalu PUTRAJAYA Seorang ...
Informasi Kem Kewangan Adalah Cina Apa Cina Bodoh

Informasi Kem Kewangan Adalah Cina Apa Cina Bodoh

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 313 hits
Terlalu ramai orang bodoh di sekeliling Tun DaimKUALA LUMPUR 6 Mei Ramai terpengaruh dengan isu berkaitan agama dan perkauman yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Pengerusi Majlis Penasihat Keraja...
Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

Dia Istimewa Kena Tolong Lebih Sedikit Ibu Bangsa Cina Sanggup Hantar Anak Oku Muslim Ke Masjid Daftar Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 561 hits
Dia istimewa kena tolong lebih sedikit Ibu bangsa Cina sanggup hantar anak OKU Muslim ke masjid daftar sekolah tahfiz
Tulisan Cina Pada Iklan Agensi Kerajaan Dipertikai

Tulisan Cina Pada Iklan Agensi Kerajaan Dipertikai

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 713 hits
IPOH 3 Mei Penggunaan tulisan Cina sepenuhnya pada iklan sebuah agensi kerajaan negeri yang tular dalam media sosial dipertikaikan oleh masyarakat di sini Al YASIR YAHAYA Naib Ketua Pemuda UMNO Gopeng Al Yashir Yahaya berkata iklan pada geg...
Video Subhanallah Merdu Suara Orang Cina Ni Bila Membaca Al Quran

Video Subhanallah Merdu Suara Orang Cina Ni Bila Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 421 hits
Siapa kata orang Cina tiada Qari yang hebat setanding Qari daripada negara Arab tengok video ini
Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Smk Pendeta Za Ba Tahun 2018

Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Smk Pendeta Za Ba Tahun 2018

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 538 hits
TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SMK PENDETA ZA BA TAHUN 2018TEMPAT SDARTARIKH 26 APRIL 2019 KE ARAH KECEMERLANGAN INSAN
Ketua Kadin Bali Laporkan 3 Orang Diduga Penerima Uang Hasil Penipuan

Ketua Kadin Bali Laporkan 3 Orang Diduga Penerima Uang Hasil Penipuan

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 286 hits
Ketua Kamar Dagang Industri Bali AA Alit Wiraputra yang kini menjadi tersangka dan ditahan di Mapolda Bali resmi melaporkan S CW dan JY ke Ditreskrimum Polda Bali Senin Ketiga orang tersebut diduga menerima aliran dana dari tersangka Alit W...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak