Perkasa Gesa Kdn Kpn Jelas Pembubaran Stagg Stafoc Sting


Manzaidi Mohd Amin Dr Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR – Pembubaran tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, dikatakan berpunca dari tekanan pihak tertentu dan berkepentingan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali mendakwa, keberkesan fungsi tiga pasukan khas itu membanteras jenayah keganasan seperti gangsterism, pengedaran dadah, perjudian dan maksiat yang berleluasa menyebabkan ia memberi ancaman kepada dalang aktiviti beroperasi.

Maka, kata beliau, pihak tertentu merasakan elok Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) DAN Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dibubarkan.

Katanya, sebelum ini Ordinan Darurat (EO) yang merupakan undang-undang yang mampu mendepani aktiviti maksiat dan jenayah telah dimansuhkan, menyebabkan ia semakin berleluasa.

“Kita tahu aktiviti ini menjana dana berbilion ringgit melalui aktiviti haram ‘underworld’ ini, dan ia merupakan lombong emas dari segi perniagaan kepada dalang terbabit.

“Ini yang menyebabkan Malaysia menjadi negara sasaran kemasukan secara haram pelacur dari seluruh dunia dengan jumlah tidak terhitung ramainya.

“Ianya diurus oleh sindiket yang terancang dan tidak dapat dinafikan rasuah juga berleluasa akibat kegiatan haram jadah ini,” katanya mengulas pembubaran STAGG, STAFOC dan STING.

Dr. Ibrahim turut mengingatkan kerajaan bahawa pembubaran Pusat Tahanan di Simpang Renggam (sebelum ini di Pulau Jerejak) telah menyaksikan pembebasan King Pins yang dilihat bebas mengembangkan perniagaan dengan lebih berluasa.

Tanpa disedari kata beliau, dana besar haram itu telah masuk pasaran bersaing dengan dana sah dan halal serta ‘money spinning’ bagi mereka yang tidak mempedulikan soal moral, akhlak dan menyalahi undang-undang.

“SEBAB itulah unit STAFOC, STAGG dan STING ditubuhkan. Ia untuk menampungkan ruang kosong kesan dari pemansuhan undang-undang berkenaan.

“Dengan terbubarnya unit ini, perniagaan yang merosakkan masyarakat akan berkembang dan golongan haram ini pasti berpesta dengan kegiatan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara patut mempertahankan unit berkenaan daripada dibubarkan, bukan sekadar memberi alasan mudah.

“Sekilas ikan dalam air, sudah tahu jantan betinanya,” katanya.

Katanya, apakah kerajaan sudah lupa pengalaman memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan EO, walaupun dibantah polis.

Cadangan itu, kata beliau, hanya untuk menambahbaik, bukan memansuhkan.

“Saya masih ingat ketika seorang diri sebagai wakil bebas di Dewan Rakyat, bercakap dan berhujah mempertahankan ISA agar tidak dimansuhkan walaupun saya dua kali ditahan di bawah ISA demi keselamatan rakyat dan negara.

“Kerajaan menerima tekanan kuat pembangkang ketika itu (DAP-PKR) dan badan-badan hak asasi.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu mahu mencari populariti menjelang PRU 13 dan akhirnya memansuhkan ISA.

“Selepas ISA dimansuhkan dapat dilihat bagaimana puak tertentu semakin ganas menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja dengan pelbagai cara. Polis pula sudah hilang instrumen untuk bertindak dengan berkesan bagi menangani isu seperti penghinaan terhadap Rasullulah SAW dan banyak lagi,” katanya.

Katanya, apabila keselamatan mula tergugat akibat tindakan ganas penjenayah yang dibiayai dalang terbabit, Kerajaan gubal undang-undang SOSMA dan menguatkuasakan Akta POCA.

“Maka PDRM menubuhkan unit tertentu bagi mendepani ancaman secara tegas dan berkesan.
Akhirnya ia menjadi halangan dan ancaman kepada penjenayah terancang ini.

“Jadi, apakah sebenarnya matlamat dan rasional serta mesej yang hendak ditonjolkan kepada rakyat atas pemansuhan undang-undang pencegahan dan pembubaran unit elit pengkuatkuasaan yang terbukti berkesan ini?” sola beliau.

Sehubungan itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi penjelasan kepada rakyat, jika jenayah meningkat siapa akan dipersalahkan. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/perkasa-gesa-kdn-kpn-jelas-pembubaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Sebenar Stafoc Sting Stagg Dibubarkan

Punca Sebenar Stafoc Sting Stagg Dibubarkan

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 880 hits
Punca Sebenar STAFOC STING STAGG Dibubarkan Seperti yang telah viral satu video di mana seorang pegawai tinggi PDRM telah mencabut nama unit STAFOC dari uniform anggotanya dan seluruh negara tahu yang STAFOC dibubarkan Tetapi kita tidak tah...
Komando Polis Stagg Sting Stafoc Dimansuh

Komando Polis Stagg Sting Stafoc Dimansuh

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1896 hits
STAGG STING STAFOC tiga unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia sudah dimansuhkan Foto NSTP Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiada lagi tiga pasukan khas STAGG STING STAFOC Ya saya sahkan Tiada lagi tiga pasukan kha...
Sting Stafoc Stagg And Smartass

Sting Stafoc Stagg And Smartass

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 468 hits
Many may have heard the line The law is an Ass That quotation is neither insulting the law nor law enforcement It was a title of a book of anecdotes in the Same with the intention of this posting Before moving into the subject matter on dis...
Stafoc Stagg Stings Dibubarkan Dap Pengundi Ph Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah

Stafoc Stagg Stings Dibubarkan Dap Pengundi Ph Dimaki Netizens Yang Cepat Melatah

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1077 hits
SOSMED Sejak semalam kerajaan dikecam kerana dianggap berperanan membubarkan beberapa skuad elit dalam PDRM Skuad elit tersebut adalah i STAFOCii STAGGiii STINGSKenyataan dibawah juga menjadi tular disana sini Susulan pembubatan STAFOC Pasu...
Pembubaran Stafoc Ini Pandangan Abang Polis

Pembubaran Stafoc Ini Pandangan Abang Polis

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1396 hits
Salam semua 1 Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit kata dalam isu ini Apatah lagi saya memang berada dalam jabatan yang berkenaan Untuk makluman SAK merupakan sahabat saya dan kami saling mengenali sejak sama sama menuntut di Uitm dahu...
Malaysia Kpn Hamid Bador Pemilik Bintang Kepahlawanan Tertinggi Indonesia

Malaysia Kpn Hamid Bador Pemilik Bintang Kepahlawanan Tertinggi Indonesia

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 317 hits
Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara pernah berkhidmat di bawah 3 perdana menteri sepanjang kerjayanya Foto MHOnlinePemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ba...
Abdul Hamid Bador Kpn Baharu

Abdul Hamid Bador Kpn Baharu

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 367 hits
PUTRAJAYA Nama yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk jawatan Ketua Polis Negara telah mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ya saya fikir dia akan jadi IGP Saya fikir Y...
Mahathir Sahkan Hamid Bador Kpn Yang Baru

Mahathir Sahkan Hamid Bador Kpn Yang Baru

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 311 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan Abdul Hamid Bador akan dilantik sebagai ketua polis negara yang baru Mungkin dia akan jadi IGP katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Buruh Kebangsaan di Pusat Kon...
Kpn Fuzi Harun Ada Percanggahan Kepentingan Kata Isteri Amri Che Mat

Kpn Fuzi Harun Ada Percanggahan Kepentingan Kata Isteri Amri Che Mat

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 238 hits
Norhayati Mohd Ariffin isteri Amri Che Mat yang hilang dipercayai diculik Foto FMT Isteri aktivis Amri Che Mat mengingatkan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun bahawa beliau pengarah Cawangan Khas semasa suaminya hilang pada 2016 oleh itu...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat

Bagaimankah Cara Kira Umur Kucing