Perkasa Elemen Pentaksiran Tingkat Pembelajaran Bermakna Murid


Imej hiasan

APABILA Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 April 2021 memutuskan memansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun 2022 memutuskan memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai 2022, pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diputuskan untuk dilaksanakan di sekolah bermula sesi akademik 2022/2023

Langkah kerajaan memansuhkan dua peperiksaan awam agak popular dalam kalangan guru dan murid itu selaras dengan hasrat melakukan transformasi kepada sistem pentaksiran negara iaitu berpindah daripada 'pembelajaran berorientasikan peperiksaan' kepada 'pembelajaran berorientasikan perkembangan murid secara menyeluruh'

Ia hadir dengan harapan pemerkasaan PBS dapat meningkatkan pembelajaran bermakna dalam kalangan murid iaitu murid faham apa yang diajar dan bukan hanya menghafal semata-mata. Murid turut mempunyai pemahaman mendalam mengenai idea kompleks serta mampu memanipulasi ilmu pengetahuan untuk digunakan dalam pelbagai situasi dan konteks

Ini memerlukan proses pembelajaran menghubungkan maklumat baharu dengan ilmu pengetahuan sedia ada dan juga pembabitan aktif murid. Tiada lagi pembelajaran tradisional yang mana murid lebih memfokuskan kepada penghafalan semata-mata dalam meningkatkan prestasi akademik mereka

Namun, sejauh mana guru memahami makna pentaksiran itu sendiri. Apalagi untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjalankan proses pentaksiran sehingga terlaksananya pembelajaran bermakna kepada murid

Pentaksiran adalah proses utama dalam pendidikan. Jika murid faham apa yang guru ajar, maka proses pentaksiran sepatutnya sudah tidak diperlukan lagi. Malah, guru mungkin hanya perlu menyimpan rekod pengajaran mereka. Itu sudah memadai

Malangnya, ini tidak terjadi. Pentaksiran juga menjadi nadi kepada pengajaran berkesan kerana melaluinya, guru dapat mengenal pasti sejauh mana objektif pengajaran mereka tercapai. Maka, pentaksiran sepatutnya menjadi jambatan di antara pengajaran dan pembelajaran (PdP), bukannya tindakan 'one-off' dilaksanakan secara terpisah daripada PdP

Pemerkasaan PBS membabitkan penambahbaikan dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran bersepadu
PBD sepatutnya menjadi satu bentuk pentaksiran bersepadu dengan memfokuskan kepada pentaksiran keseluruhan aktiviti kerja dan bukannya elemen khusus semata-mata. Ia juga memberi peluang guru mencungkil pelbagai potensi murid

PBD terdiri daripada dua bentuk pentaksiran, iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Matlamat utama guru apabila melaksanakan pentaksiran formatif adalah untuk meningkatkan pembelajaran murid. Ini perkara utama guru harus faham

Kemudian, disusuli dengan persoalan mengapa peningkatan pembelajaran murid itu penting, apa yang harus guru lakukan dan akhirnya, bagaimana cara untuk guru melaksanakan pentaksiran sehingga mencapai matlamat

Justeru, prestasi pembelajaran murid mesti ditingkatkan. Ini mudah untuk difahami kerana dengan meningkatkan prestasi pembelajaran murid, maka akan bertambah peluang mereka mendapatkan pekerjaan lebih baik, kehidupan lebih bermakna dan kualiti kehidupan lebih cemerlang

Seterusnya, dengan meningkatnya tahap pendidikan di sesebuah negara, secara langsung akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

Apabila pentaksiran murid dilakukan secara formatif, guru mesti mendapatkan 'bukti' pembelajaran murid supaya guru dapat menyesuaikan pengajaran beliau dalam memenuhi keperluan murid. Maka, pentaksiran mesti dilihat sebagai medium untuk mengubah suai teknik pengajaran supaya sesuai dengan murid

Kadang-kadang, apa yang berlaku ialah 'bukti' terbiar tidak dipeduli dan guru pula langsung tidak mengubah suai teknik pengajaran dalam memenuhi kehendak murid. Akibatnya, sukar untuk semua murid mendapatkan pembelajaran bermakna seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan (KPM)

Di antara strategi boleh digunakan dalam melaksanakan pentaksiran formatif ialah menjelaskan dan memberi pemahaman objektif pembelajaran serta kriteria kejayaan hendak dicapai kepada murid, mengadakan perbincangan berkesan, memberikan maklum balas konstruktif sehingga murid tahu cara untuk membuat penambahbaikan dan membuatkan murid berfikir

Ia termasuk mengaktifkan murid sebagai sumber pengajaran untuk rakan mereka serta mampu membuat refleksi untuk menambah baik pembelajarannya sendiri. Guru boleh memilih mana-mana strategi dirasakan sesuai dengan konteks bilik darjah mereka

Strategi berpandukan konsep asas
Pelbagai teknik boleh dipilih untuk setiap strategi dinyatakan. Namun, harus diingat strategi ini mestilah tidak lari daripada beberapa konsep asas. Teknik pentaksiran mestilah berasaskan kepada pendekatan pembelajaran mendalam dan bukan luaran, relevan dengan amalan pengajaran seharian, sesuai dilaksanakan dan sesuai dengan konteks pendidikan

Secara kesimpulannya, bolehlah dirumuskan untuk memperkasakan PBD ialah dengan memperkasakan kedua-dua elemen terbabit iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Tidak ada gunanya untuk pegawai pendidikan terus berdebat berkait pentaksiran mana lebih penting kerana kedua-duanya memang diperlukan bergantung kepada fungsi pentaksiran itu

Kadangkala, pentaksiran formatif dilihat lebih berperanan dalam meningkatkan pembelajaran kerana adanya penambahbaikan daripada masa ke semasa dengan bimbingan guru. Banyak kajian lalu dijalankan membuktikan bagaimana pentaksiran formatif berkesan meningkatkan pencapaian murid

Kini, sudah tiba masanya untuk guru bersungguh-sungguh menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mentaksir murid secara formatif dengan efektif dan bukan sembrono sekiranya ingin berlaku peningkatan dalam pembelajaran bermakna murid

Justeru, program memperkasa latihan guru perlu dilaksanakan juga dengan memfokuskan kepada apa yang dilaksanakan guru ketika mentaksir murid dan pengubahsuaian dibuat serta memantapkan ujian akhir sesi akademik

Dr Nor Hasnida Md Ghazali adalah Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/perkasa-elemen-pentaksiran-tingkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Berdepan Detik Cemas Air Naik Ketika Sesi Pembelajaran

Murid Berdepan Detik Cemas Air Naik Ketika Sesi Pembelajaran

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 208 hits
Foto NSTP JOHOR BAHRU Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya di Kempas di sini berdepan dengan detik mencemaskan selepas sekolah berkenaan dilanda banjir ketika sesi petang persekolahan dimulakan pada tengah hari ini Seorang ibu murid Z...
Ulang Tahun Jubli Emas Yang Bermakna

Ulang Tahun Jubli Emas Yang Bermakna

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 146 hits
Kenyataan Perdana Menteri baru baru ini mengenai Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang berusia 40 tahun harus merangkumi China jelas membuktikan komitmen beliau untuk memacu hubungan Malaysia China ke tahap yang lebih tinggi katanya Perdagan...
Kpm Tidak Perlu Campur Tangan Tentu Cara Urus Murid Di Sekolah Pensyarah

Kpm Tidak Perlu Campur Tangan Tentu Cara Urus Murid Di Sekolah Pensyarah

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 195 hits
Imej hiasanPADA 2019 lalu Kementerian Pendidikan memansuhkan sepenuhnya sistem pengasingan kelas bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Sejak itu tiada lagi istilah kelas hadapan atau belakang sebaliknya semua murid diagihkan s...
Bapa Murid Mangsa Prank Saman Guru Kp Pendidikan Dan Kerajaan

Bapa Murid Mangsa Prank Saman Guru Kp Pendidikan Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 272 hits
Peguam Hidayah Ayob dan Soffian Azmir serta Azera Yazid dan Wan Amey Shahril Wan Ab Rahman KUALA LUMPUR Bapa kepada seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan serius pada tulang belakang selepas kena prank di s...
10 Idea Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Guru Dan Murid

10 Idea Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Guru Dan Murid

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 358 hits
Selamat Tahun Baru 2024 Berikut adalah 10 idea aktiviti yang menggunakan kecerdasan buatan untuk guru dan murid terokai dalam bilik darjah 1 Robot Cerita Murid murid boleh mencipta cerita pendek dan menggunakan AI untuk menghasilkan ilustra...
Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 153 hits
KEMENTERIAN Pendidikan mengadakan pertemuan dengan keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan N...
Murid Ditahan Kes Pukul Rakan Enggan Ikut Ponteng

Murid Ditahan Kes Pukul Rakan Enggan Ikut Ponteng

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 274 hits
Imej hiasanSeorang pelajar lelaki yang tular menerusi media sosial kerana memukul berkali kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkat...
Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi Untuk Genetik Dan Pembelajaran Melalui Dna

Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi Untuk Genetik Dan Pembelajaran Melalui Dna

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 158 hits
Nutrigene Lancar Program Silang Pembangunan Peribadi untuk Genetik dan Pembelajaran melalui DNAInisiatif revolusioner yang ditetapkan untuk mengoptimumkan perkembangan kanak kanak dengan menyelaraskan kesejahteraan psikologi dengan kecemerl...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor