Kpm Tidak Perlu Campur Tangan Tentu Cara Urus Murid Di Sekolah Pensyarah


Imej hiasan

PADA 2019 lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan sepenuhnya sistem pengasingan kelas bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Sejak itu, tiada lagi istilah kelas hadapan atau belakang sebaliknya semua murid diagihkan sama rata tanpa mengira tahap pencapaian mereka dalam pelajaran

Meskipun ramai melihat ia hal positif selari dengan PdP yang tidak lagi menekan murid dengan peperiksaan, namun terdapat sebahagian guru dan pakar pendidikan meminta ia disemak semula. Hal disebabkan PdP sukar dilaksanakan kerana aras murid tidak sekata dan memaksa guru menyediakan bahan berbeza untuk murid memiliki kefahaman laju, sederhana dan perlahan

Keadaan ini melambatkan proses pembelajaran malah ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas serta keputusan peperiksaan mereka merudum

Pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Siti Rahaimah Ali, berpandangan hasrat KPM mencampurkan murid mengikut pelbagai aras kecerdasan di dalam sebuah bilik darjah ada baik dan buruknya

Katanya, positifnya situasi percampuran murid menjadi pemudah cara PdP berasaskan kaedah pembelajaran koperatif iaitu sistem tolong-menolong iaitu murid lemah diharap akan dibantu oleh rakan yang cemerlang

Hal ini katanya menyumbang sesi PdP yang lebih teratur dan memudahkan pihak guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selain selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang menekankan konsep komunikasi dan kolaboratif dalam kumpulan kecil

"Murid tidak perlu diasingkan mengikut kelas seperti sebelum ini kerana pembelajaran murid di sekolah rendah bukan dinilai berdasarkan peperiksaan, namun kini berfokus kepada kefahaman mereka dalam sesuatu topik

"Kita nak ukur murid dari segi pemahaman topik dan aplikasi konsep bagi setiap mata pelajaran

"Pada usia yang muda, mereka perlu dididik untuk lebih memahami apa yang dipelajari dan bagaimana ilmu itu boleh dimanfaatkan," katanya

Katanya, keberkesanan sesuatu polisi KPM mengambil masa untuk dilihat. Bagaimanapun, tegasnya dalam hal ini pandangan guru juga harus diambil berat. Hal ini kerana mereka insan yang memainkan peranan utama di dalam kelas dan rungutan dilontarkan golongan itu pastinya berdasarkan pengalaman dan berasas

Beliau berkata, cara terbaik golongan guru boleh menyampaikan cadangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang melaksanakan kunjung bantu sepanjang tahun

"Melalui pemerhatian dan juga bukti yang ditunjukkan oleh guru melalui PdP di dalam kelas mahupun instrumen bertulis atau temu bual, PPD dapat membuat penilaian dengan jelas mengenai jurang antara setiap murid yang ada di dalam kelas dan sama ada pengasingan kelas mengikut keupayaan murid itu relevan atau tidak," katanya

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pendidikan Dasar dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan dari Universiti Malaya, Dr Abd Razak Zakaria pula berpandangan guru seharusnya diberikan hak untuk menentukan teknik, strategi dan kaedah pengajaran serta pembelajaran mengikut cara dan acuan mereka sendiri

Beliau berkata, KPM tidak seharusnya campur tangan dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dalam menentukan hala tuju sekolah dalam mendidik murid

"Berikan ruang untuk guru menentukan cara pengagihan murid di sekolah selagi ia tidak menyentuh peluang yang sama rata kepada keperluan murid dalam mendapatkan pendidikan

"Pengagihan kuasa mendidik harus diberikan kepada sekolah dan guru dalam mencorak budaya pembelajaran yang sihat dalam persekitaran kondusif

"Tidak perlu KPM menentukan cara bagaimana sekolah harus menguruskan murid kerana pentadbir sekolah sudah pun terlatih dalam menentukan cara mana yang terbaik dalam mencorak murid di sekolah," katanya

Abd Razak berkata, sesuatu polisi yang terlalu mengekang keupayaan sekolah dan guru dalam menentukan hala tuju PdP murid seharusnya dihentikan, seterusnya beri ruang kepada mereka 'berkarya' dengan cara sendiri selagi tidak bertentangan dengan polisi dan matlamat pendidikan

Tegasnya, globalisasi dalam sektor pendidikan sudah lama berlaku dan polisinya harus mengikut perubahan masyarakat. Namun, setakat ini Malaysia masih tidak mengambil iktibar daripadanya

"Polisi yang tidak berkembang seharusnya ditinggalkan, misi dan visi pendidikan berubah mengikut keperluan zaman seharusnya melihat sekolah sebagai satu institusi yang bebas daripada pengaruh kuasa dan politik

"Pentadbir dan guru di sekolah harus diberikan peluang untuk membentuk polisi mereka dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya

Mengulas lanjut, beliau berkata, guru dan pentadbir di sekolah ketika ini dilihat hanya menurut arahan tanpa cuba menyuarakan pendapat yang terpendam dalam kalangan mereka, sedangkan sebarang bantahan atau pendapat boleh disuarakan melalui surat terbuka kepada KPM

"Melalui surat terbuka ini, pendapat mereka harus dijelaskan secara terperinci dengan alasan yang munasabah

"Mereka juga boleh menyuarakan pendapat melalui Kesatuan Guru yang sepatutnya menjadi orang tengah dalam menguraikan kemelut yang berlaku

"Sikap profesional KPM juga diperlukan dalam mendengar keluhan pentadbir dan guru yang menjadi tiang utama dalam pendidikan," katanya

Tegas Abd Razak, kebebasan sekolah dan guru dalam melestarikan pendidikan dan menghasilkan modal insan yang seimbang harus dihargai kerana mereka yang bertungkus lumus menjayakan misi dan visi KPM

"Guru berusaha mendidik anak bangsa selama dalam perkhidmatan dan usaha mereka ini perlu dilihat sebagai pemangkin dalam melahirkan murid yang berkembang secara holistik

"Peringkat atasan lebih melihat kepada hasil, tetapi tidak menyelami usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru di peringkat bawahan

"Justeru, mereka perlu diberi ruang yang lebih besar dalam menentukan acuan yang akan digunakan dalam membentuk generasi pada masa akan datang," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/kpm-tidak-perlu-campur-tangan-tentu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

Kpm Cara Jalan Selesai Isu Murid Tiada Dokumen Kerakyatan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 154 hits
KEMENTERIAN Pendidikan mengadakan pertemuan dengan keluarga murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan yang diadakan oleh Jabatan Pendidikan N...
Kpm Minta Sekolah Pantau Harga Makanan Di Kantin Fadhlina

Kpm Minta Sekolah Pantau Harga Makanan Di Kantin Fadhlina

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 191 hits
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninjau SJKC Yeong Chang di Sungai Suloh Batu Pahat hari ini Foto NSTP Alias Abd RaniBATU PAHAT Ibu bapa diminta membuat laporan terus kepada Kementerian Pendidikan jika mendapati harga makanan di kantin s...
Nota Tentang Faraid Wasiat Hibah Dan Cara Urus Harta Pusaka

Nota Tentang Faraid Wasiat Hibah Dan Cara Urus Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 328 hits
Bismillah semoga nota kecil ini dapat membantu para sahabat semua dalam menguruskan harta pusaka semasa masih hidup Emme Marina suri rumah sepenuh masa memiliki M Sc dalam Kimia Industri Penulis dan usahawan yang aktif mengikuti pelbagai ku...
Bulan Sabit Merah Gesa Masyarakat Antarabangsa Campur Tangan Lindungi Hospital Al Amal

Bulan Sabit Merah Gesa Masyarakat Antarabangsa Campur Tangan Lindungi Hospital Al Amal

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 128 hits
Bulan sabit merah gesa masyarakat antarabangsa campur tangan lindungi Hospital Al Amal Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterb
Pelajar Pukul Rakan Kpm Mahu Sekolah Ambil Tindakan Disiplin

Pelajar Pukul Rakan Kpm Mahu Sekolah Ambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 227 hits
Pelajar berusia 15 tahun itu dipercayai memukul rakannya kerana mangsa tidak mahu ikut suspek ponteng sekolah PETALING JAYA Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap seorang pelajar sekiranya didapati...
Peguam Bersatu Igp Tidak Harus Campur Tangan Dalam Politik

Peguam Bersatu Igp Tidak Harus Campur Tangan Dalam Politik

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 102 hits
Seorang peguam Bersatu tampil membidas kenyataan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berhubung rancangan untuk menukar kerajaan Timbalan Ketua Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif berkata Razarudin tidak sepatutn...
Sop Pemakaian Uniform Baju Sukan Sekolah Kpm 2024

Sop Pemakaian Uniform Baju Sukan Sekolah Kpm 2024

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 277 hits
TERKINI KPM memutuskan sesi 2024 2025 pemakaian uniform sekolah baju sukan seperti berikut 2 hari pakaian seragam 1 hari pakaian kokurikulum 2 hari pakaian sukan Berikut dikongsikan berita lanjut mengenai pemakaian baju sukan dan uniform se...
Hiburan Bermacam Cara Saya Meninggal Dalam Mimpi Akui Pernah Kemurungan Syada Amzah Dedah Pengalaman Perit Kurung Diri

Hiburan Bermacam Cara Saya Meninggal Dalam Mimpi Akui Pernah Kemurungan Syada Amzah Dedah Pengalaman Perit Kurung Diri

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 138 hits
Personaliti media sosial Syada Amzah baru baru ini telah mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami kemurungan beberapa tahun yang lepas Katanya tujuan perkongsian itu adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang masalah mental...
5 Khasiat Buah Tembikai Dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis Sila Ikuti Cara Mudah Ini

5 Khasiat Buah Tembikai Dan Cara Pilih Buah Tembikai Manis Sila Ikuti Cara Mudah Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 223 hits
yang juga dikenali sebagai semangka merupakan salah satu buah yang popular di seluruh dunia serta dikenali juga dengan kesegaran yang tidak ditandingi dan rasa manis yang memikat Buah ini tidak hanya menghidrasi tubuh dengan kandungan airny...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian