Perkara Yang Kena Buat Jika Inginkan Kek Yang Sedap Dan Elok


Membuat kek tidak semudah yang dilihat di kaca televisyen. Walaupun anda membuatnya mengikut resipi namun hasilnya mungkin tidak seperti yang dibayangkan. Mungkin kek akan menjadi bantat atau kurang menjadi dan rasanya pula tidak sedap seperti yang diharapkan. Ini ada beberapa perkara yang perlu anda buat jika inginkan kek yang sedap dan elok.
Gambar: Shutterstock
Periksa bahan dan peralatan Sebelum memulakan untuk membakar atau membuat kek, pastikan anda periksa dahulu bahan yang ingin digunakan masih elok dan belum tamat tempoh, segar dan tempat penyimpannya juga sesuai. Untuk bahan seperti mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu bilik. Peralatan yang digunakan juga harus bersih, kering dan juga bebas daripada lemak.
Resipi kek kena tepat Perkara paling penting yang perlu diambil perhatian ketika membuat kek adalah resipi. Proses pembuatan kek agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya.  Cara paling senang untuk anda ikut adalah melihat jenis resipi. Jika ia sukat menggunakan gram, maka anda perlu menimbang mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Elakkan daripada mencongak sendiri, kerana tidak seperti masakan yang anda boleh tambah bahan ke dalam untuk dapatkan rasa yang lebih enak, kek tidak akan menjadi jika salah sukatan.
Cara pukul adunan Ketika memukul telur, gunakan kelajuan rendah agar ia boleh bercampur dengan gula dan bahan lain. Tambahkan kelajuan hingga adunan menjadi kembang.
Ikut aturan Pastikan anda mengikut setiap aturan yang telah ditetapkan di dalam resipi satu persatu. Anda juga perlu memastikan adunan dikacau dengan satu arah sahaja dan elakkan daripada sentiasa mengacau adunan bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tigak gebu.
Proses membakar kek Proses yang paling penting dalam pembuatan kek adalah ketika proses membakar. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memanaskan oven kira-kira lima hingga 10 minit kek dibakar. Suhu mestilah bersesuai dengan resipi. Apabila kek sudah dimasukakn dalam oven, suhu tidak boleh terlalu tinggi atau rendah. Jika suhu terlalu tinggi maka bahagian tepi kek akan cepat masak sedangkan bahagian dalam kek masih lagi mentah manakala jika suhu terlalu rendah, ia akan membuatkan kek menjadi bantat. Elakkan daripada membuka pintu oven sebelum kek mengembang kerana kek akan menjadi kempis kerana terkena angin.
Uji kek Untuk menguji sama ada kek telah dimasak dengan sempurna atau tidak, gunakan lidi atau garfu. Cucukkan lidi atau garfu di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika bahagian hujung lidi atau garfu itu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermaksa kek telah masak.
Hias kek Sebelum anda memulakan proses menghias kek, pastikan kek sejuk terlebih dahulu dan permukaan mengeras. Ini adalah supaya krim atau ganache yang digunakan tidak meleleh. Jika anda ingin mengisi krim atau jem di bahagian tengah kek, belahkan kek terlebih dahulu. Gunakan pisau bergerigi untuk membelah kek agar hasilnya lebih cantik. Untuk hasil potongan yang lebih lurus, buat tanda terlebih dahulu di sekeliling ke dengan mengunakan pisau lalu belah dengan perlahan.
Sumber: Kompilasi tips daripada Riez The Delicious, Amie’s Little Kitchen, Puteri’s Oven dan Cooking Light
The post Perkara Yang Kena Buat Jika Inginkan Kek Yang Sedap Dan Elok appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/dapur-with-love/guru-dapur/perkara-yang-kena-buat-jika-inginkan-kek-yang-sedap-dan-elok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

Resepi Viral Kek Coklat 2 Bahan Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1187 hits
Hi Korang Resepi ni sebenarnya dah lama tetapi Iday saja nak cuba sebab nampak macam senang sangat Hanya perlu guna 2 bahan sahaja iaitu Oreo dan susu Dutch Lady Iday tengok dekat social media ramai yang dah buat dan ramai cakap memang seda...
Semerbak Bau Kek Kelapa Sukat Guna Cawan Sedap Mudah Dibuat

Semerbak Bau Kek Kelapa Sukat Guna Cawan Sedap Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 794 hits
Kek legend atau kek orang lama yang mengembalikan memori dulu Aroma dan warna warni parutan kelapa menambahkan lagi kesedapan kek KEK KELAPABAHAN BAHAN 1 cawan marjerin1 2 cwn gula kastor3 biji telurEsen ros1 sudu susu pekat1 cawan 1 2 tepu...
Cara Mudah Buat Dadih Homemade Sedap Pelbagai Perisa

Cara Mudah Buat Dadih Homemade Sedap Pelbagai Perisa

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1625 hits
Dadih homemade memang enak Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak kanak Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual Namun anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah...
Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 Minit Siap

Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 Minit Siap

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 952 hits
Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap Salam semua baru baru ini berkesempatan nak eksperimen bakar coklat cupcake guna air fryer resepi dah simpan lama dah hii Biasalah nak datang mood baik ni bukan senang ...
Nasi Kerabu Sedap Di Permatang Pauh

Nasi Kerabu Sedap Di Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1286 hits
Nasi Kerabu Sedap Di Permatang Pauh Duduk utara ni nak cari menu pantai timur senang saja tapi nak cari yang betul betul sedap agak susah Lain orang lain resepi So nak jumpa yang kena dengan selera susah sikit Macam mana mommy boleh jumpa g...
Cara Masak Rendang Kerang Pedas Perak Mudah Sedap

Cara Masak Rendang Kerang Pedas Perak Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 721 hits
Sedapnya Rendang Kerang Pedas ni Makan dengan pulut kuning ketupat atau nasi panas memang terbaik Istimewa buat anda RASA kongsikan salah satu resipi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur Bagi anda yang teringin nak masak m...
Tart Nanas Kerang Menu Raya Yang Cantik Dan Sedap

Tart Nanas Kerang Menu Raya Yang Cantik Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 880 hits
Ana pasti ramai di antara kita ni peminat kuih tart atau tart lover Ada sesetengah orang tak sah raya kalau tak ada hidangan kuih tart atas meja di rumah Ana sendiri penggemar tart tegar Cuma ana ni pemilih juga nak beli atau tempahan tart ...
Cara Kukus Pulut Kuning Yang Sedap Lembut Tak Berderai

Cara Kukus Pulut Kuning Yang Sedap Lembut Tak Berderai

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 1113 hits
Pulut kuning yang lembut sedap dan cukup lemaknya memang enak Namun tak ramai yang mahir dalam memasak hidangan ni Sesekali teringin nak makan bersama rendang macam tak berbaloi untuk tempah Jadi jom belajar masak Pulut Kuning yang sedap le...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity