Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebaik Saja Berpindah Ke Tempat Baru Untuk Faedah Maksimum




Artikel ini saya khaskan untuk lelaki. Terutamanya buat anda yang berpegang bahawa lelaki perlu berfungsi sebagai ketua dalam sebuah keluarga.
Saya sendiri secara peribadi, masih berpegang kepada konsep patriarki. Iaitu meletakkan kuasa utama dalam sebuah keluarga dipegang oleh pihak lelaki. 
Lelaki yang tentukan hala tuju keluarga berdasarkan visi yang mahu dicapainya. Dia juga yang keluar rumah setiap pagi, balik malam, usahakan dan sediakan segala keperluan untuk keluarganya supaya sentiasa mencukupi untuk kelangsungan hidup semua ahlinya.
Sebagai ketua keluarga, tak boleh tidak, lelaki perlu berusaha menjadi seorang insan yang hebat. Berikut saya berikan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh anda yang mahu jadi seorang lelaki yang hebat.
Kriteria lelaki hebatApa yang saya maksudkan dengan lelaki hebat adalah seperti berikut:
1. Hidup bermasyarakatJanggal jadinya jika anda seorang lelaki tapi tidak menjalani hidup bermasyarakat. Dengan bermasyarakat, barulah anda boleh menyumbangkan tenaga, harta dan idea yang ada.
Bermasyarakat juga diperlukan untuk membina rangkaian kawan. Seorang lelaki perlu punyai kawan bukan sahaja di luar kawasan kariah tempat tinggal malah lebih penting lagi punyai kawan di kawasan tempat tinggalnya.
Mereka yang dikelilingi kawan-kawan akrab jarang hidup merempat. Mereka juga jarang mengalami masalah kemurungan, kerana sentiasa mendapat suntikan semangat dari kawan-kawan yang ada.
2. Punya kawan baik dan berguna.Kawan cukup penting bagi seorang lelaki. Kawan boleh mencorakkan kehidupan seorang lelaki. Anda boleh kenal atau tahu kedudukan seseorang, hanya dengan melihat bagaimana kedudukan kawan-kawan yang ada di sekelilingnya.
Memilih kawan-kawan yang yang baik dan berguna untuk dirinya adalah ciri-ciri seorang lelaki yang hebat. Biarlah orang berkata dia jenis pilih kawan. Itu memang diperlukan agar dirinya terpelihara dari perkara yang negatif. 
Berkawan dengan mereka yang tidak mendatangkan faedah, juga mereka yang berfikiran negatif wajib ditinggalkan tanpa ada rasa ragu-ragu.
3. Hidup sederhana.Hidup sederhana bermaksud hidup ringkas dengan menyimpan, memikirkan dan membuat semua perkara yang penting dan mendatangkan manfaat sahaja. 
Untuk mencapai matlamat hidup, anda perlu tinggalkan semua perkara yang tidak mendatangkan berfaedah dalam usaha mencapai matlamat yang disasarkan dalam hidup.
Penting untuk hidup ringkas secara sedar kerana ia memberikan isyarat anda seorang lelaki yang tahu apa yang dilakukan, tahu apa yang anda mahu. Paling penting anda punyai akal fikiran dan cara hidup yang tersendiri tanpa dipengaruhi oleh propaganda, media, iklan atau apa saja budaya ikut-ikutan.
4. Punyai sumber pendapatan.Pendapatan tidak semestinya banyak. Asalkan apa yang anda dapat mencukupi bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga serta ada sedikit lebihan untuk simpanan. Itu maknanya anda sudah masuk dalam kategori seorang yang kaya. Paling tidak, anda dah pasti bukan seorang yang miskin dan memang tak layak menerima zakat.
Cara berkesan jadi hebatApa yang saya senaraikan di atas tadi adalah ciri-ciri minimum untuk menjadi seorang lelaki yang hebat. Jika sebahagian daripada 4 perkara di atas masih tidak anda miliki sekarang, jangan risau.
Ada cara yang berkesan untuk merubah kesemua itu dan menukarkan diri anda menjadi lelaki hebat dengan kadar yang cepat, dan lancar. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu berpindah ke rumah baru di tempat yang baru.
Jika anda seorang penyewa, mulakan pencarian kawasan dan rumah baru untuk berpindah.
Jika sekarang tinggal dirumah sendiri, tak payah berpindah, anda hanya perlu ubah suai rumah atau cat semula rumah itu dengan warna yang baru atau kekalkan warna tapi guna cat baru.
Nota: Proses mengecat rumah jadi baru juga membantu untuk anda lakukan proses di bawah.
Persediaan berpindahBerpindah bukanlah perkara yang menyeronokkan. Banyak kerja dan persiapan yang perlu dilakukan. Anda perlu lakukan persediaan terlebih dahulu sebelum berpindah. Sasaran awal adalah untuk kurangkan barang yang anda ada.
Semakin sedikit barang yang anda ada semakin mudah urusan, dan lebih menjimatkan kos pengangkutan.
Jika barang kepunyaan anda sekarang memang dah sedikit, terdiri daripada perkara asas sahaja, syabas! anda seorang yang hidup ringkas dan tidak mengamalkan pembaziran. Itu tandanya anda akan hidup senang satu hari nanti. Insyaallah!
Kurangkan barang rumahJika barang yang ada terlalu banyak bersepah-sepah, maka ini peluang memulakan hidup ringkas dengan menyimpan segala yang penting dan perlu sahaja.
Hadiahkan kesemua barang yang tak pernah anda guna atau hanya digunakan sekali seumur hidup pada mereka yang memerlukan.
Sudah pasti banyak barang yang boleh anda hadiahkan pada orang lain. Ia merupakan satu langkah permulaan membina perhubungan baik dengan orang yang baik yang anda berkenan. Tak ada perkara yang paling dihargai lebih daripada menerima pemberian sesuatu yang berguna daripada seseorang.
Faedah hapuskan barang tak gunaDengan menghadiahkan banyak barang yang anda tak guna atau jarang gunakan, anda berjaya menghapuskan segala barang yang tak diperlukan dengan kadar segera dan mendatangkan faedah yang besar.
Ia mampu berikan peringatan setiap kali anda mahu beli barang, ingat semula segala barang yang telah anda hadiahkan pada orang lain, jangan dibeli dan disia-siakan lagi.
Menghilangkan segala barang lama yang anda simpan juga membebaskan otak dari kenangan lama. Dapat juga bebaskan diri dari rasa bersalah yang membelenggu pemikiran tanpa anda sedari selama ini.
Beli barang kemudian tidak digunakan, mampu membina rasa bersalah dalam diri anda. Ia memberi kesan negatif dalam hidup tanpa disedari.
Apabila anda bebaskan rasa bersalah itu, minda yang telah kosong itu bersedia untuk diisikan dengan perkara baru yang positif.
Jual barang tak perluJika ada barangan berharga. Cuba fikirkan untuk menjualnya. Ini menambahkan wang dan anda boleh simpan dalam tabung. 
Jual dengan harga berpatutan sebanyak mungkin barang yang tak perlu atau jarang digunakan. Insyaallah, anda menambah pendapatan secara tiba-tiba yang selama ini tidak pernah fikirkan.
Bersedia berpindahBila semua di atas selesai dijalankan, anda sudah bersedia untuk berpindah ke rumah baru.
Buat sistem aturan rumah baru anda itu dengan mengikuti konsep minimalism. Iaitu, kurangkan barang dan luaskan ruang yang ada biar lapang seluas mungkin. Isikan dengan barang yang digunakan  sahaja dan jangan semakkan rumah dengan benda tak berguna dan menyakitkan mata lagi.
Cuba perhatikan. Tak ada bilik orang besar atau yang berjawatan tinggi, yang tidak luas dan lapang. Jadi, rumah yang luas dan lapang dan diisi dengan perabut dan barang yang penting sahaja menyuntik keyakinan untuk menjadi orang besar dalam kepala anda.
Setelah selesai berpindah, dah mengemas dan bersedia untuk nikmati pengalaman tinggal dirumah baru itu, anda perlu lakukan beberapa perkara penting sebagai melengkapkan proses pindah rumah tersebut.
Ubah perhubungan sosialSelain daripada mengubah suasana fizikal di sekeliling, anda juga perlu mengubah dengan siapa anda mula jalinkan perhubungan sosial.
Bertemu menjalinkan perhubungan dengan kenalan baru mampu memberikan anda pengalaman dan cara berfikir yang berbeza. Anda akan mendapat pengalaman baru dari segi sudut pandang dan pemikiran kenalan baru tersebut.
Oleh itu, sebaik sahaja selesai mengemas dan bersedia tinggal di rumah baru pastikan anda lakukan perkara-perkara berikut di bawah. 
Segera perkenalkan diri pada jiran
Mula buat pencarian rangkaian kawan yang betul. Ada jiran yang boleh diakrabkan dan ada yang tidak serasi dengan anda. Hanya dengan mengenali mereka sahaja, anda dapat mengenal pasti mana ok mana tak ok.

Segera ke Masjid atau surau paling dekat
Hampir semua orang baik-baik berkumpul di situ. Tak payah menyusahkan diri untuk mengenali golongan berpotensi menjadi kawan yang baik dengan mencari di tempat lain. Pergi saja ke surau atau masjid

Jadikan amalan solat berjemaah di surau atau masjid secara istiqamah
Surau atau masjid yang berdekatan merupakan jalan mudah mengenali masyarakat baik di penempatan baru. Tak ada cara mudah membina kawan melainkan dengan sering berjumpa dan membina perhubungan. Jangan hanya ke surau sekali seumur hidup atau hanya pada bulan puasa. Ia tidak mencukupi membina rangkaian kawan.

Aktif membantu mengimarahkan masjid
Jangan biarkan hanya AJK masjid atau surau saja buat kerja. Tak ada gaji dalam kerja sebegitu dan mereka lakukan secara sukarela. Tak perlu malu kerana mereka tentu berbesar hati bila ada yang sudi dan rajin membantu. Ini merapatkan diri anda pada golongan ringan tulang yang suka bantu orang dan buat kerja amal kemasyarakatan.

Jangan kedekut
Beri sumbangan samada idea, harta atau tenaga pada aktiviti masjid atau surau. Juga pada aktiviti kemasyarakatan lainnya. Ia satu pelaburan terbaik untuk kehidupan dunia dan juga akhirat.

Kenal pasti individu yang paling popular
Dengan menyertai aktiviti masjid atau surau anda dapat perhatikan mana satu individu yang semua orang kenal. Pastikan anda merapatkan diri dengannya. Ia menjadi jambatan perhubungan antara anda dengan keseluruhan masyarakat di tempat baru itu. Jangan lokek berbelanja dengan kerap pada individu tersebut. Sumbangannya pada anda nanti tidak ternilai.

Mulakan pencarian kawan yang serasi
Dalam masa tidak lama, anda akan mula mengenali mana yang serasi dan mana yang tidak. Luangkan masa menjalinkan hubungan lebih akrab dengan mereka yang serasi. Anda sedang membina jalinan kawan karib yang boleh diharapkan di masa kecemasan.
Jika kesemua tersebut di atas anda lakukan sebaik sahaja berpindah ke rumah baru, insyallah anda akan menjadi warga masyarakat yang hebat dan bertenaga.
Yang paling penting dengan berbuat begitu, anda tidak akan hidup kebuluran dan kemurungan. Malah anda juga akan mudah mencari kerja baru, atau menambahkan pendapatan.
Menjalinkan perhubungan dengan masyarakt di mana anda tinggal membantu anda untuk berfungsi di sebagai manusia yang mengimarahkan muka bumi.
Jangan buat kerja sendiri dengan jadi kera sumbang dan meninggalkan terus masyarakat tempat anda berlindung.
Jika anda masih kekal di rumah lama, dan masih tidak menjalinkan perhubungan dengan masyarakat sekeliling, elok segerakan aktiviti yang saya nyatakan di atas tadi. Tak perlu tunggu berpindah baru nak buat kesemua itu.
Dengan memulakan langkah bermasyarakat yang saya sebutkan diatas, anda akan mula menjadi warga aktif baru di kawasan penempatan anda sekarang.
Walaupun sudah lama tinggal di situ, tak usah malu untuk mula menjadi pengunjung tetap masjid atau surau dan menyumbang dengan lebih kerap. Ramai yang akan terpegun dan gembira dengan perubahan diri anda yang luar biasa.
Cubalah laksanakan semua di atas, anda jadi manusia baru, insyallah!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/06/7-langkah-yang-perlu-anda-buat-sebaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Hari Berpantang Baru Hilang 14kg Rasa Jauh Lagi Nak Kurus Tapi Warga Maya Terkejut Madammu Cepat Turun Berat

6 Hari Berpantang Baru Hilang 14kg Rasa Jauh Lagi Nak Kurus Tapi Warga Maya Terkejut Madammu Cepat Turun Berat

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 298 hits
Usahawan terkenal Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid berkongsi perkembangan terkini ketika berpantang di laman Instagramnya Dia yang kini berpantang anak sulungnya berusaha untuk mendapatkan berat badan asal sebelum ha...
Pakai Duit Jutaria Ke Bro Founder Misi Bakal Perkenal Matawang Baru Netizen Kritik Salah Di Sisi Undang Undang

Pakai Duit Jutaria Ke Bro Founder Misi Bakal Perkenal Matawang Baru Netizen Kritik Salah Di Sisi Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 211 hits
Pemilik akaun Founder Misi Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi memaklumkan bahawa dia akan memperkenalkan matawang baru bagi membantu kitaran ekonomi rakyat di Malaysia Dalam kenyataan yang dibuat di media sosial Faiz 8216 matawang 8217 baru itu bukan...
Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Tepi Jalan Raya Masih Bertali Pusat Mempunyai Uri

Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Tepi Jalan Raya Masih Bertali Pusat Mempunyai Uri

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 160 hits
Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di hadapan kawasan tempat letak kenderaan di bawah sebuah pangsapuri di Kajang Bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat itu ditinggalkan dalam keadaan terbaring tanpa seb...
Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 292 hits
Catatan kisah hari Jumaat malam Sabtu lalu Saya dan encik suami ke Jalan Raja Alang Kg Baru untuk makan malam dan melihat kehidupan malam di sini Pada bulan Mac lalu kami pernah mengunjungi di jalan ini Tapi tak perasan kedai apa yang ada d...
God Bless Luncurkan Album Baru Bertajuk Anthology 50th Anniversary

God Bless Luncurkan Album Baru Bertajuk Anthology 50th Anniversary

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 190 hits
God Bless meluncurkan album terbarunya bertajuk Anthology 50th Anniversary di Jakarta Selasa Anthology berisi 11 lagu terbaik serta satu komposisi instrumental medley yang berasal dari enam album selama 50 tahun karir God Bless di dunia mus...
Penantian 15 Tahun Aliff Syukri Baru Terbuka Hati Tunai Haji Tahun Ini

Penantian 15 Tahun Aliff Syukri Baru Terbuka Hati Tunai Haji Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 239 hits
Musim haji yang sedang berlangsung memperlihatkan beberapa selebriti dan public figure telah mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini Antaranya ialah usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila me...
Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tepi Jalan

Bayi Baru Lahir Ditemui Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 150 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tepi jalan berhadapan kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Kajang pagi tadi Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata bagaimanapun bayi malang itu meni...
Sedap Laa Burger King Black Pepper Mayo Baru Nii

Sedap Laa Burger King Black Pepper Mayo Baru Nii

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 315 hits
Malam semalam kak ana suami dan adik Ika ke Aeon Anggun Rawang ni jer lepas maghrib Memang nak makan malam sahaja cadangnya sebab kalau nak shopping tak dan sangat Dari rumah tak jauh mana tapi biasa la kan pukul 8 malam baru gerak dari rum...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba