Perkara Wajib Tahu Sebelum Semasa Selepas Suntikan Vaksin Covid 19


Hello Health Group Pastikan anda memakai baju berlengan pendek atau lengan panjang yang longgar Pastikan anda memakai baju berlengan pendek atau lengan panjang yang longgar bagi memudahkan suntikan.Sejak fasa pemberian vaksin COVID-19 bermula pada awal tahun ini, timbul pelbagai persoalan mengenai proses temujanji vaksin. Ini kerana mungkin ada yang masih belum jelas mengenai proses suntikan vaksin yang sebenar.
Jika anda masih belum tahu mengenai proses ini, rujuk apa yang kami sediakan di bawah ini.
Jika anda sudah mula mendapat notifikasi temujanji vaksin anda, anda mungkin perlu tahu proses sebenar pemberian vaksin ini. Fahami proses di bawah ini.
Ini yang perlu anda tahu sebelum, semasa dan selepas ‘appointment’ vaksin
Untuk memudahkan anda memahami proses ini, kami bahagikan kepada 3 kategori utama iaitu perkara yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas janji temu vaksin.
Sebelum temujanji vaksin
1. Pastikan anda golongan yang layak. Tidak semua individu sesuai untuk menerima vaksin. Jadi, pastikan anda bukan dalam golongan berikut:
a) Mempunyai sejarah alahan.
b) Menjalani rawatan kanser.
c) Ibu hamil.
d) Ibu yang sedang menyusukan anak.
e) Berumur kurang daripada 18 tahun.
2. Kemaskini MySejahtera. Anda perlu memastikan ketepatan alamat semasa anda memandangkan lokasi janji temu anda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan ditentukan berdasarkan alamat tersebut. Selain itu, pastikan anda sudah menjawab soalan penilaian yang terdapat dalam aplikasi tersebut.
3. Hadir awal ke PPV. Pastikan anda dapat hadir dan datang lebih awal ke PPV agar tidak menyusahkan petugas kesihatan untuk menghubungi anda.
4. Fahami dan isi borang persetujuan. Sebelum anda mula menerima vaksin, petugas kesihatan akan memberikan penerangan mengenai vaksin. Setelah itu, anda perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19.
5. Bawa dokumen pengenalan diri. Anda bukan sahaja perlu membawa telefon bimbit, tetapi juga bawa dokumen pengenalan diri atau IC anda.
6. Pakai pakaian longgar. Untuk memudahkan suntikan vaksin oleh petugas kesihatan, pastikan anda memakai pakaian yang longgar. Sebaiknya pakai baju yang berlengan pendek atau lengan panjang yang longgar. Ini kerana vaksin akan disuntik pada bahagian lengan anda.
Semasa temujanji vaksin
1. Buat pengesahan kehadiran. Pastikan anda dapat hadir pada tarikh janji temu yang telah ditetapkan. Jika anda tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk hadir pada hari tersebut, hubungi pegawai bertugas agar tarikh janji temu anda dapat ditunda.
2. Pastikan lokasi PPV dengan tepat. Jika anda tidak tahu di mana letaknya lokasi PPV tersebut, gunakan aplikasi Google Maps atau Waze untuk sampai ke sana.
3. Amalkan SOP. Walaupun anda sudah hampir menerima vaksin pada hari tersebut, anda masih perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan. Pakai pelitup hidung dan jaga jarak anda dengan orang lain.
4. Elakkan pengambilan ubat tahan sakit. Sebagai langkah pencegahan, elakkan daripada mengambil sebarang ubat tahan sakit sebelum anda menerima vaksin. Ini untuk memastikan tiada sebarang tindak balas tubuh terhadap vaksin yang mungkin boleh menyebabkan ia kurang berkesan.
5. Suntik vaksin pada lengan yang tidak dominan. Sekiranya anda kerap menggunakan lengan sebelah kanan, cuba minta petugas kesihatan untuk menyuntik vaksin pada lengan sebelah kiri. Antara kesan sampingan suntikan vaksin ialah merasa sakit pada lengan. Sekiranya disuntik pada lengan yang tidak dominan, ia tidak akan mengganggu kerja harian anda. Ini bukanlah perkara yang wajib tetapi anda boleh cuba bertanya kepada petugas yang menyuntik anda.
6. Berada di ruang pemerhatian. Selepas anda disuntik, anda akan diminta untuk berada di ruang pemerhatian selama 15 hingga 30 minit untuk memastikan tiada komplikasi berlaku.
Selepas temujanji vaksin
1. Pantau kesan sampingan. Ketika berada di ruang pemerhatian, anda mesti memastikan sebarang tindak balas yang mungkin berlaku kepada diri anda pada ketika itu. Maklumkan kepada pegawai yang bertugas sekiranya anda mengalami salah satu daripada perkara ini:
a) Pening kepala.
b) Sukar bernafas.
c) Bengkak pada muka, bibir atau tekak (reaksi alahan).
d) Muntah-muntah.
e) Berasa hendak pitam.
f) Jantung berdegup dengan laju.
g) Kawasan yang disuntik menjadi bengkak.
h) Wujud ruam pada badan (reaksi alahan).
2. Simpan kad vaksin. Selepas menerima dos pertama, anda akan diberikan dengan kad vaksinasi pengesahan dos pertama vaksin. Kad ini akan diperlukan semula sewaktu anda hadir untuk menerima suntikan dos kedua kelak.
3. Jangan tayang kad vaksin di media sosial. Kad vaksinasi yang anda terima mungkin mempunyai maklumat peribadi yang penting seperti alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Jangan menayangkannya di media sosial untuk mengelakkan kecurian identiti. Tambahan pula, semua orang akan terima kad vaksin yang sama.
4. Ambil ubat tahan sakit jika perlu. Jika anda berasa sakit pada lengan selepas disuntik, anda boleh mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan.
5. Maklumkan jika kesan sampingan berlaku lebih lama. Kesan sampingan vaksin hanya berlaku dalam tempoh sementara waktu. Namun, jika ia berlarutan sehingga lebih daripada seminggu, segera maklumkan kepada petugas kesihatan di PPV anda.
6. Bersedia untuk dos kedua. Jangan lupa bahawa anda masih mempunyai baki satu dos lagi yang perlu dihabiskan.
7. Terus amalkan SOP. Sudah menerima vaksin bukan lesen untuk anda bergembira dan mengabaikan SOP. Terus amalkan SOP seperti biasa.
(*) Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doctor dan telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/perkara-wajib-tahu-sebelum-semasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Perkara Wajib Tahu Sebelum Niaga Online

4 Perkara Wajib Tahu Sebelum Niaga Online

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 229 hits
Sebelum anda berniaga di dunia online selalu ingat 4 perkara ini 1 Mindset2 Profit Calculation3 Cash Flow4 Supplier Yang baikTanpa mengingati perkara ini anda akan kecundang dalam dunia online dan lebih teruk anda akan kerugian wang dan usa...
Thailand Kaji Suntikan Penggalak Vaksin Covid 19

Thailand Kaji Suntikan Penggalak Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 272 hits
Thailand kaji suntikan penggalak vaksin Covid 19 Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 6 Jul 2021 11 19PM
Ribuan Warga India Ditipu Suntikan Vaksin Covid 19 Palsu Isinya Air Garam

Ribuan Warga India Ditipu Suntikan Vaksin Covid 19 Palsu Isinya Air Garam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 277 hits
Diperkirakan ada 2 500 orang yang disuntik dengan vaksin air garam itu Pihak penyelenggara mematok harga vaksin untuk tiap korban dan meraup total uang sebesar USD 28 000 atau Rp 405 juta
Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 331 hits
SAYA terima beberapa soalan bolehkah makan durian selepas ambil vaksin Durian sebagai raja buah sudah sinonim di negara kita dan vaksin bukanlah perkara baru juga Ya kenapa timbul isu ini 1 Durian ada dikaitkan dengan badan menjadi panas Ad...
Wna Masuk Ri Wajib Kantongi Bukti Vaksin Covid 19 Kecuali Pemegang Visa Diplomatik

Wna Masuk Ri Wajib Kantongi Bukti Vaksin Covid 19 Kecuali Pemegang Visa Diplomatik

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 222 hits
Satuan Tugas Penanganan Covid 19 menerbitkan Addendum Surat Edaran Nomor 8 Tahun 2021 Tentang Protokol Kesehatan Perjalanan Internasional Pada Masa Pandemi Covid 19 Addendum ini mewajibkan Warga Negara Asing menunjukkan kartu atau sertifika...
Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

Selepas Desakan Kuat Takiyuddin Jelaskan Sidang Parlimen Sebelum 1 Ogos Tarikh Dimuktamad 7 Julai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 241 hits
Harits Asyraf HasnanJulai 2 2021 00 04 MYTTakiyuddin Hassan memaklumkan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen turut memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini Gambar fail untuk mengadakan sidang Par...
Akhirnya Dapat Appointment Suntikan Vaksin Untuk Mak Dan Abah

Akhirnya Dapat Appointment Suntikan Vaksin Untuk Mak Dan Abah

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 533 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni SA macam biasa ada kat rumah work from home Tapi tengahari tadi bergegas ke Balai Polis area rumah SA semata mata nak apply permit pelepasan merentas daerah Rupanya tak perlu pun minta permit kat anggota po...
Vaksin Dan Kawalan Wabak Covid 19 Malaysia Perlu Belajar Dari Vietnam Dan New Zealand

Vaksin Dan Kawalan Wabak Covid 19 Malaysia Perlu Belajar Dari Vietnam Dan New Zealand

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 296 hits
June 26 2021 1 Malaysia semalam kononnya sudah melakukan Vaksinasi lebih 7 juta orang termasuk Dos kedua Namun kes Covid 19 kekal tinggi Tapi tahukah kita Vietnam yang populasi rakyatnya 3 kali ganda dari Malaysia iaitu 96 Juta penduduk jum...
Program Serbuan Vaksin Lantamal Ii Padang Gelar Vaksinasi Covid 500 Warga

Program Serbuan Vaksin Lantamal Ii Padang Gelar Vaksinasi Covid 500 Warga

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 220 hits
Lantamal II Padang menggelar vaksinasi massal dengan menggandeng sejumlah pihak selama akhir pekan dimulai hari ini Sabtu Vaksinasi Covid 19 tersebut ditargetkan dapat melakukan vaksinasi terhadap 500 orang
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba