Perkara Perkara Yang Menjauhkan Hubungan Diri Dengan Ilahi



Hidup manusia tidak dapat lari daripada ujian dan cubaan daripada Allah s.w.t.  Adapun ujian ini bukanlah untuk menjauhkan manusia dari rahmat-Nya bahkan sebaliknya mendekatkan diri insan pada tuhan jika dia berjaya melaluinya dengan penuh kesabaran. Justeru itu, penting buat seorang hamba mengetahui perkara-perkara yang dapat menjauhkan diri daripada restu Ilahi yang menjadi ujian kepada kepada manusia agar bisa menanganinya dengan baik

Perkara-perkara ini boleh dibahagikan pada dua kategori: Berkait dengan hati berupa nafsu Berkait dengan akal berupa keraguan
Oleh yang demikian, seorang mukmin yang baik itu dapat menjaga hatinya dan menguruskan akalnya dengan baik kerana hakikatnya keduanya salin berkaitan. Hati yang bersih membentuk corak pemikiran yang baik manakala kekuatan akal yang sihat dapat membimbing hati ke arah kebenaran

     1. Berterusan melakukan dosa (fasik)Allah s.w.t berfirman:Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik.[Quran :19 (Al-Hashr)]
Fasik merupakan penyakit hati yang sangat bahaya kerana bukan sahaja ia terkesan pada hati seseorang itu bahkan pada amal zahirnya seperti tidak mudah diterima berita darinya kerana khuatir terdapat pembohongan dan pelbagai lagi jenis perkara keburukan. Bahkan kefasikan ini akan membawa manusia terus-menerus melakukan dosa-dosa yang lain jika tidak diubati dengan segera. Akhirnya, sukar untuk manusia melakukan perubahan kerana hati telah menjadi gelap

     2. Menolak kebenaran (sombong)
Allah s.w.t berfirman:
(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka, amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenangnya.[Quran 40:35 (Al-Mu’min)]
Kesombongan merupakan suatu sikap yang sangat dibenci oleh Allah. Syaitan dan iblis terdahulu juga diseksa bukan kerana mereka jahil terhadap Allah, tetapi disebabkan kesombongan mereka. Selain itu, lihat umat terdahulu seperti kaum Nuh a.s, atau bangsa silam seperti bani Israel, kesemuanya di azab disebabkan mereka berpaling daripada kebenaran yang disampaikan (sombong)

Sikap negatif ini bukan sahaja menyebabkan rosaknya hati bahkan masyarakat kerana ia boleh membawa kepada sifat buruk yang lain seperti dengki, hasad dan sebagainya. Bahkan jika sikap ini masih berterusan dalam diri insan boleh jadi Allah paling kebenaran itu dari jiwa hamba yang akhirnya membuatkan manusia buta. Bukan buta mata tapi buta hati

     3. Hilang pertimbangan (zalim)Zalim yang dimaksudkan di sini adalah apabila manusia tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang hak dan sepatutnya akibat hilangnya pertimbangan rasional dek kerana sering mengikut kehendak nafsu. Allah s.w.t berfirman:Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.[As-Saf, 61:7]
     4. Banyak BermaksiatApabila manusia memiliki sifat-sifat ini maka mereka mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Hal ini kerana hati manusia sudah gelap untuk menerima cahaya lebih lagi untuk membedakan antara kebaikan dan keburukan

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.[Quran 83:14 (Al-Mutaffifin)]
     5. Kelalaian
Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sering membuat seseorang hamba itu lalai. Akhirnya, ia mengalami kebimbangan dalam hidupnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.[Al-A’raf, 7:179]
Jauh Hubungan dengan Allah Disebabkan Kerosakan Akal
     1. Tidak berilmu (jahil)Jahil bererti tidak faham disebabkan kurang usaha dan jauh daripada ilmu yang benar disebabkan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu. Islam menyanjung ketinggian ilmu dan orang-orang yang berilmu. Firman Allah s.w.t:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya.[Al-Isra’, 17 : 36]
Manusia yang tiada ilmu tidak sukar untuk beramal kerana asas bagi sesuatu amalan itu adalah ilmu yang benar. Apabila kurangnya amal maka manusia akan jauh dengan Allah s.w.t. Tambahan lagi, wahyu pertama diturunkan juga adalah berkaitan dengan ilmu (membaca)

Namun perlu diingatkan tentang hadaf utama dalam menuntut ilmu itu bukanlah untuk manusia berdebat semata tetapi untuk mengajak manusia kembali kepada Allah Yang Esa. Adapun perbincangan yang baik dan diskusi untuk mencari kebenaran adalah amat digalakkan tetapi masih terhad kerana akal manusia tidak bisa menjangkaui semua perkara. Mungkin kerana itu juga manusia ini dicipta berbeza-beza untuk saling-melengkapi

     2. Ragu-raguOleh kerana kekurangan ilmu maka timbullah keraguan. Dari keraguan inilah yang menyebabkan seseorang sukar untuk mebuat keputusan yang baik. Firman Allah s.w.t:Dan sentiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu- raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.[Al-Hajj, 22:55]
Bahkan dalam hadis baginda s.a.w menyarankan untuk kita meninggalkan dan menghapuskan keraguan dalam membuat keputusan:“Tinggalkan yang meragukanmu menuju yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kebenaran itu memenangkan dan sesungguhnya kebohongan itu meragukan.” [HR Tirmidzi no.2791]
     3. Penyelewengan (berpaling dari kebenaran)Apabila sesuatu keputusan tidak didasari dengan kelimuan disebabkan timbul rasa syak dan ragu-ragu maka manusia itu boleh terdedah kepada penyelewengan. Penyelewengan ini akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran. Allah s.w.t berfirman:(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu(berpaling), mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan daripada mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [Al-Maidah, 5:13]
Kesimpulan: Segera mendidik hati dan mengasah akal!Mungkin kita selalu tertanya mengapa seolah kita jauh dengan Allah

Seakan doa dan rintihan tidak diendah

Demikian kerna penyakit-penyakit hati dan akal ini yang akan menjauhkan hamba dengan Allah s.w.t. Proses rawatannya ialah setiap muslim hendaklah segera bangkit, bertaubat dan bermujahadah melawan nafsunya demi menjauhkan dirinya daripada penyakit-penyakit ini. Firman Allah s.w.t:Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut, 29: 69]
Manusia tidak terlepas dari ternoda dengan arus dunia yang mengigit. Tetapi sebenarnya ia adalah ujian untuk menentukan siapa yang paling baik dalam kalangan kita bagi menuntukan darjat insan disisi tuhan. Adapun firman Allah ini sedikit sebanyak dapat membantu memotivasikan manusia untuk tidak sekadar memandang nikmat dunia yang sementara tetapi janji-Nya yang abadi di syurga sana

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;[Quran 3:15 (Ali 'Imran)]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2016/08/perkara-perkara-yang-menjauhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Akhir Zaman Selamatkan Diri Kamu Setelah Empat Perkara Ini Habib Ali Zaenal

Di Akhir Zaman Selamatkan Diri Kamu Setelah Empat Perkara Ini Habib Ali Zaenal

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 365 hits
Kata Baginda rasulullah SAW kalau zaman itu kamu melihat adanya orang orang kedut menjadi ikutan yakni orang yang bakhil yang tidak menggunakan hartanya di tempat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya baik zakat baik sedekahnya apabila...
Perjalanan Mencari Diri Pt 3

Perjalanan Mencari Diri Pt 3

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Merasa nikmat faham yang di anugerahkan Allah adalah tidak ternilai Namun bagi saya itu bukan penghujung jalan saya dalam mencari diri Bahkan satu permulaan baru kepada satu dunia baru Saya terasa bagai dihidupkan semula Mati sebelum mati A...
Kucing Cubaan Mengeringkan Diri

Kucing Cubaan Mengeringkan Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 133 hits
Pantang basah sikit macam ni la gaya dia Untuk update terus ke akaun anda sila pilih mana mana option berikut Facebook Twitter RSS Feed Rangkaian Kami GM Hiburan Gambar Artis Dan Selebriti Sumber
Sedarlah Diri Wahai Diri Ini

Sedarlah Diri Wahai Diri Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 326 hits
Salam semua hari ini nak luahkan perasaan di blog kesayangan ni Agak terkilan rasanya bila apa yang di buat selama ini tidak dapat ditukar dengan satu benda yang menggembirakan Pada tanggal June 2013 aku meninggalkan bandar kuala lumpur sem...
Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 196 hits
Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021 Se...
Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Masih ada lagi stigma bahawa covid 19 tiada dan ia hanyalah agenda kerajaan untuk mengawal manusia Walaupun apapun yang kamu fikirkan sedarlah bahawa covid 19 sudah ada dalam komuniti kita bukan seperti di awal kemunculan co...
Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

Jangan Membiarkan Hati Kita Koyak Soal Jodoh Dan Ada Hal Yang Harus Kita Berjanji Pada Diri Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
AssalamualaikumSetiap pagi kita bangun tidur Mengharapkan dapat menghirup udara segar tapi sayangnya hujan sebagai peneman Hati merasa sedih Masihkah ada kebahgiaan untuk esok hari Itulah hidup penuh dengan kejutan yang tak pernah kita jang...
Ujian Bertabahlah Wahai Diri

Ujian Bertabahlah Wahai Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 159 hits
Salam Baru je nak aktif balik blogging dah kena stop balik Stop sekejap sementara tunggu ada laptop lain Hari tu rumah kena masuk pencuri Habis la semua barang berharga dalam rumah Tinggal TV je yang berharga dalam rumah skrg ni yang lain p...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand