Perkara Perkara Berkenaan Pengambilan Vaksin Covid 19 Yang Anda Perlu Tahu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, masih berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan berkat ini. Baiklah, seperti yang anda dah baca pada tajuk artikel kali ini, aku nak kongsikan dengan ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sewaktu mengambil Vaksin Covid-19 ini

Dalam keluarga aku sendiri, hanya ayah aku sahaja yang sudah selesai mengambil vaksin ini, dua dos  telah diambil. Untuk yang tertanya-tanya, ayah aku adalah seorang anggota polis, sebab itu ayah aku dapat dos vaksin terlebih awal. Untuk kita yang masih menantikan giliran dicucuk vaksin, apa kata sambil menunggu kita baca beberapa perkara penting sebelum, semasa dan selepas mengambil vaksin

PERKARA-PERKARA BERKENAAN PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 YANG ANDA PERLU TAHU


SEBELUM PENGAMBILAN VAKSIN#1 Pastikan anda golongan yang layak. Tidak semua individu sesuai untuk menerima vaksin. Jadi, pastikan anda bukan dalam golongan berikut:Mempunyai sejarah alahan.Menjalani rawatan kanser.Ibu hamil.Ibu yang sedang menyusukan anak.Berumur kurang daripada 18 tahun.#2 Kemaskini MySejahtera. Anda perlu memastikan ketepatan alamat semasa anda memandangkan lokasi janji temu anda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan ditentukan berdasarkan alamat tersebut. Selain itu, pastikan anda sudah menjawab soalan penilaian yang terdapat dalam aplikasi tersebut.
#3 Hadir awal ke PPV. Pastikan anda dapat hadir dan datang lebih awal ke PPV agar tidak menyusahkan petugas kesihatan untuk menghubungi anda.
#4 Fahami dan isi borang persetujuan. Sebelum anda mula menerima vaksin, petugas kesihatan akan memberikan penerangan mengenai vaksin. Setelah itu, anda perlu menandatangani Borang Persetujuan Menerima Vaksin COVID-19.
#5 Bawa dokumen pengenalan diri. Anda bukan sahaja perlu membawa telefon bimbit, tetapi juga bawa dokumen pengenalan diri atau IC anda.
#6 Pakai pakaian longgar. Untuk memudahkan suntikan vaksin oleh petugas kesihatan, pastikan anda memakai pakaian yang longgar. Sebaiknya pakai baju yang berlengan pendek atau lengan panjang yang longgar. Ini kerana vaksin akan disuntik pada bahagian lengan anda.
BACA JUGA : SUDAHKAH ANDA BERSEDIA DENGAN VAKSIN COVID-19
SEMASA PENGAMBILAN VAKSIN
#1 Buat pengesahan kehadiran. Pastikan anda dapat hadir pada tarikh janji temu yang telah ditetapkan. Jika anda tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk hadir pada hari tersebut, hubungi pegawai bertugas agar tarikh janji temu anda dapat ditunda.
#2 Pastikan lokasi PPV dengan tepat. Jika anda tidak tahu di mana letaknya lokasi PPV tersebut, gunakan aplikasi Google Maps atau Waze untuk sampai ke sana.
#3 Amalkan SOP. Walaupun anda sudah hampir menerima vaksin pada hari tersebut, anda masih perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan. Pakai pelitup hidung dan jaga jarak anda dengan orang lain. 
#4 Elakkan pengambilan ubat tahan sakit. Sebagai langkah pencegahan, elakkan daripada mengambil sebarang ubat tahan sakit sebelum anda menerima vaksin. Ini untuk memastikan tiada sebarang tindak balas tubuh terhadap vaksin yang mungkin boleh menyebabkan ia kurang berkesan.
#5 Suntik vaksin pada lengan yang tidak dominan. Sekiranya anda kerap menggunakan lengan sebelah kanan, cuba minta petugas kesihatan untuk menyuntik vaksin pada lengan sebelah kiri. Antara kesan sampingan suntikan vaksin ialah berasa sakit pada lengan. Sekiranya disuntik pada lengan yang tidak dominan, ia tidak akan mengganggu kerja harian anda. Ini bukanlah perkara yang wajib tetapi anda boleh cuba bertanya kepada petugas yang menyuntik anda.
#6 Berada di ruang pemerhatian. Selepas anda disuntik, anda akan diminta untuk berada di ruang pemerhatian selama 15 hingga 30 minit untuk memastikan tiada komplikasi berlaku.
BACA JUGA : SELEPAS COVID REDA, APA YANG KITA PERLU BUAT?
SELEPAS PENGAMBILAN VAKSIN
#1 Pantau kesan sampingan. Ketika berada di ruang pemerhatian, anda mesti memastikan sebarang tindak balas yang mungkin berlaku kepada diri anda pada ketika itu. Maklumkan kepada pegawai yang bertugas sekiranya anda mengalami salah satu daripada perkara ini:Pening kepala.Sukar bernafas.Bengkak pada muka, bibir atau tekak (reaksi alahan).Muntah-muntah.Berasa hendak pitam.Jantung berdegup dengan laju.Kawasan yang disuntik menjadi bengkak.Wujud ruam pada badan (reaksi alahan).#2 Simpan kad vaksin. Selepas menerima dos pertama, anda akan diberikan dengan kad vaksinasi pengesahan dos pertama vaksin. Kad ini akan diperlukan semula sewaktu anda hadir untuk menerima suntikan dos kedua kelak.
#3 Jangan tayang kad vaksin di media sosial. Kad vaksinasi yang anda terima mungkin mempunyai maklumat peribadi yang penting seperti alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Jangan menayangkannya di media sosial untuk mengelakkan kecurian identiti. Tambahan pula, semua orang akan terima kad vaksin yang sama.
#4 Ambil ubat tahan sakit jika perlu. Jika anda berasa sakit pada lengan selepas disuntik, anda boleh mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan.
#5 Maklumkan jika kesan sampingan berlaku lebih lama. Kesan sampingan vaksin hanya berlaku dalam tempoh sementara waktu. Namun, jika ia berlarutan sehingga lebih daripada seminggu, segera maklumkan kepada petugas kesihatan di PPV anda.
#6 Bersedia untuk dos kedua. Jangan lupa bahawa anda masih mempunyai baki satu dos lagi yang perlu dihabiskan.
#7 Terus amalkan SOP. Sudah menerima vaksin bukan lesen untuk anda bergembira dan mengabaikan SOP. Terus amalkan SOP seperti biasa.
Info-info diatas adalah daripada HelloDoktor. Terima kasih diucapkan buat HelloDoktor atas informasi ini dan dalam masa yang sama aku fikir info ini patut dikongsikan juga. Sama-sama kita bersabar menanti giliran vaksin. Yang penting, daftar di MySejahtera dengan segera. Kepada yang antivaksin, mungkin anda membaca artikel ini, dan tiba-tiba rasa macam nak daftar jugak, bolehlah daftar di MySejahtera seperti rakyat Malaysia yang lain. ✌
 HelloDoktor | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/04/perkara-perkara-berkenaan-pengambilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Siasat Isu Kematian Kakitangan Dikait Vaksin Covid 19

Kkm Siasat Isu Kematian Kakitangan Dikait Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 234 hits
Tiada laporan kematian babitkan pemberian vaksin fasa kedua BANGI Kementerian Kesihatan akan menyiasat isu tular berhubung kematian kakitangannya yang dikaitkan dengan vaksin COVID 19 di media sosial Bahagian Regulatori Farmasi dalam satu k...
Putrajaya Guna Duit Petroleum Untuk Vaksin Covid 19

Putrajaya Guna Duit Petroleum Untuk Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 283 hits
Putrajaya guna duit petroleum untuk vaksin Covid 19 Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Apr 2021 6 43PM
Moderna Umum Penurunan 4 1 Kadar Keberkesanan Vaksin Covid 19 Kepada 90 Lepas Ujian Klinikal Fasa Ketiga

Moderna Umum Penurunan 4 1 Kadar Keberkesanan Vaksin Covid 19 Kepada 90 Lepas Ujian Klinikal Fasa Ketiga

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 274 hits
Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat Moderna mengumumkan bahawa vaksin COVID 19 keluarannya memiliki kadar keberkesanan 90 peratus bagi menangani sebarang bentuk jangkitan wabak itu Vaksin Moderna juga didapati merekodkan kadar keberkesan...
Mb Hanya 25 Peratus Penduduk Pahang Yang Daftar Vaksin Covid 19 Gunakan Mysejahtera

Mb Hanya 25 Peratus Penduduk Pahang Yang Daftar Vaksin Covid 19 Gunakan Mysejahtera

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 259 hits
KUANTAN Hanya 25 peratus atau kira kira 400 000 individu sudah membuat pendaftaran vaksin Covid 19 daripada kira kira 1 6 juta jumlah keseluruhan penduduk negeri ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada jumlah itu ...
Pfizer Kenal Pasti Vaksin Covid 19 Palsu Di Mexico Poland

Pfizer Kenal Pasti Vaksin Covid 19 Palsu Di Mexico Poland

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 385 hits
Pfizer kenal pasti vaksin Covid 19 palsu di Mexico Poland Dikemas kini 32 saat yang lalu Diterbitkan pada 22 Apr 2021 7 30PM
Vaksin Covid 19 Yang Penting Rakyat Capai 80 Imuniti Kelompok

Vaksin Covid 19 Yang Penting Rakyat Capai 80 Imuniti Kelompok

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 383 hits
Meskipun Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 pada 5 Januari lalu berpuas hati dengan pencapaian Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan namun banyak aspek yang perlu diperbaikki oleh kerajaan Salah seorang anggota Jawatank...
Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 230 hits
Najib terima suntikan vaksin Covid 19 hari ini Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Apr 2021 7 17PM
Kes Covid 19 Melonjak 1 5 Peratus Penduduk Terima Vaksin

Kes Covid 19 Melonjak 1 5 Peratus Penduduk Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 197 hits
Jangkitan Covid 19 melonjak di Malaysia dengan 1 449 kes baharu dilaporkan secara purata setiap hari lapor Reuters Agensi berita yang bertapak di United Kingdom itu berkata terdapat 31 jangkitan setiap 100 000 orang dilaporkan di Malaysia d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization