Perkara Asas Tentang Duit Yang Anda Perlu Tahu Untuk Hidup Tenang



Saya kongsikan beberapa perkara asas yang anda perlu tahu tentang duit dalam artikel ini.
Perkara asas ini perlu difahami dan diamalkan. Supaya hidup jadi lebih senang dan paling penting, tenang.
Namun begitu, jika anda seorang yang lebih suka untuk kerja kuat, kerja teruk, selesa dengan keadaan jiwa tertekan dan hidup serabut kelam kabut, sila abaikan artikel ini.
Teruskan saja denga amalan anda itu. Tiada paksaan dalam memilih cara hidup.
Sebelum saya teruskan. Perlu diingatkan bahawa saya bukan pakar dalam bidang kewangan. Bukan pengurus wang bertauliah. Masih tak layak untuk buat jaminan, “tak hensem takpa, janji kaya!”.
Apa yang saya kongsikan di sini belum tentu dapat bantu anda jadi kaya secara pasti.
Saya hanya tahu perkara asas sahaja. Saya sendiri masih mencari jalan untuk ke depan.
Semua maklumat yang di sini saya dapat dari aktiviti pembacaan dan juga pertanyaan kepada kawan-kawan yang lebih pandai serta banyak pengalaman. 
Ditokok tambah dengan hasil dari pengamatan serba sedikit selama hidup sebagai seorang pemilik bisnes kecil sejak lebih dari 20 ahun yang lalu.
Kenapa perlu bekerja?Jika anda ada kerja, alhamdulillah. Tak sia-sia Tuhan berikan kesihatan dan kesempatan untuk hidup. 
Ada dua sebab anda bekerja selama ini.
Sebab pertama.
Memang sangat suka buat kerja tu. Jatuh cinta dengan kerja yang dilakukan sehingga mampu jadikan anda rasa murung dan naik biru muka tu kalau tak kerja.
Kategori yang atas tu, amat jarang berlaku. Hanya insan terpilih dapat rezeki sebegitu.
Jika anda salah seorang insan yang bernasib baik itu, tahniah! 
Anda masuk dalam kumpulan insan ‘rare’, yang tidak perlu bekerja untuk hidup.
Sebab Kedua.
Untuk dapatkan duit.
Ini paling ramai ada di luar sana. 
Duit diperlukan dalam hidup di zaman moden ni. Bila dapat duit, anda boleh uruskan hampir semua urusan kehidupan yang lain.
Saya pun sama, masuk dalam kumpulan ni.
Walaupun memang ada kerja yang saya buat sebab memang suka buat kerja tu. Tapi, kebanyakan kerja yang saya buat, tujuan akhirnya masih nak dapatkan duit juga.
Ada banyak kerja saya terpaksa buat juga, walaupun tak suka. Nak buat camna, kerja itu mampu berikan duit.
Cari duit tapi tak fahami duitJika anda sama macam saya, buat kerja sebab nak dapatkan duit, maka saya yakin anda tentu setuju bahawa, sangat penting untuk fahami duit.
Perlu tahu macam mana duit berfungsi.
Cuba fikirkan.
Sangat pelik seandainya selama ini, anda pulun buat kerja untuk dapatkan duit. Tetapi, tak berapa nak faham tentang cara duit itu berfungsi.
Pulun cari sesuatu yang anda sendiri tak tahu menahu secara pasti! agak luar biasa tu.
Apa yang biasanya orang faham pasal duit?
Kebanyakkannya mereka faham macam ni saja.

‘Pulun buat kerja, kerja kuat. Lagi kuat kerja, dapat lagi banyak duit. Bila dapat banyak duit boleh banyak belanja. Bila habis, pergi cari lagi, dapat dan belanja lagi’.
Macam itulah yang berlaku selama sejak sekian lama.
Terutamanya kepada mereka yang kerja makan gaji. Memang tak boleh nak mengelak dari berulangnya semua itu.
Untuk berikan pencerahan terhadap keadaan di atas, maka artikel ini saya tulis. Saya kongsikan beberapa prisip supaya anda faham perkara asas tentang duit.
Anda perlu kenal benda yang dicari selama ini, yang dibayar hasil dari kerja yang anda buat. Bila dah kenal, faham, insyallah anda akan nampak lebih jelas sikit bagaimana duit itu berfungsi.
Jom kita tengok perkara asas tersebut.
Duit banyak bukan perkara utamaRamai orang yang berjaya cari duit dengan sangat banyak. Tapi bila dia tak faham macam mana duit bekerja, sekejap saja semua duit tu akan habis lesap.
Ada seorang kawan yang pernah ceritakan pada saya bagaimana dia boleh habiskan duit sebanyak 12 juta dalam tempoh setahun saja. Dia belanjakan RM1 juta sebulan!
Bukan belanja buat bisnes ke apa. Tapi belanja enjoy. Joli katak kata orang kampung.
Bayangkan! 12 juta tu !.
Bila dia cerita kat saya, masa tu saya terfikir panjang. 
Fikir untuk cuba cara jalan macam mana nak buat, supaya cekap habiskan RM1 juta sebulan tanpa teragak-agak. 
Itu satu ilmu yang sangat hebat.
Bukan senang nak cari 12 juta. Tapi dia boleh buat dengan kreatviti yang dia ada. Malangnya dia hanya pandai cari duit. Tapi tak berapa pandai nak buat apa dengan duit tu.
Anda tak perlu pandai sampai mampu buat duit RM12 juta dengan pantas. Sebab yang pentingnya, anda hanya perlu ada sumber pendapatan.
Itu paling utama. 
Banyak atau sikit adalah tidak berapa penting sangat.
Jika anda fikirkan semula, dalam zaman sekarang ni, nak cari duit adalah satu urusan yang sangat mudah.
Buat bisnes secara online saja mampu membuatkan anda dapat duit dengan mudah. Cuba tengok orang buat kerja kat dunia cyber tu. Macam-macam mereka ketengahkan ..
Hanya kongsikan saja maklumat, anda boleh dapat duit.
Anda tentu pernah tengok paparan kat skrin media sosial anda ayat macam ni kan ..
“Bukan MLM, bukan Skim Cepat Kaya, bukan bla-bla-bla, kata ‘nak’ saya akan kongsikan ..”
Jangan terkejut. Ada saja orang yang joint.
Ada saja yang akan dapat jana duit berbekalkan ayat-ayat macam tu.
Nak beritahu kat sini, nak buat duit sebenarnya memang agak mudah.
Pegang maklumat itu dan tak perlu nak risau untuk ligan duit yang banyak.
Simpan banyakpun tak gunaCuba kaji berapa banyak nilai duit RM1 kita telah menyusut dari awal tahun 60-an dahulu sampai sekarang. RM1 zaman P Ramlee sudah tentu lansung tak sama nilai dengan RM1 yang ada dalam poket anda tu sekarang. Betul tak?
Jadi, kalau anda buat kerja, dapat RM100. Belanja RM50 dan baki lagi RM50 tu anda simpan masukkan ke dalam bank.
Biarkan pendam saja kat situ. Sebab anda amalkan apa yang orang pesan, bila dapat duit jangan lupa untuk menabung.
Tambah satu lagi.
Jika anda tak suka riba. Tak mau simpan dalam akaun yang janjikan bayaran interest.
Katakan anda simpan duit RM50, sejak zaman P Ramlee dulu lagi. Sampai sekarang masih ada dan kekal duit tu dalam simpanan sebanyak RM50.
Jika di zaman P Ramlee dulu, anda boleh senyum lebar, layak bangga.
Tapi sekarang, anda cepat-cepat akan koyak penyata baki akaun yang keluar dari mesin ATM tu. Sikitpun tak rasa bangga dengan jumlah sebanyak tu!
Jadikan duit bekerja untuk andaJika anda dah baca buku Rich Dad Poor Dad tentu dah biasa sangat dengar ayat ni. “Buat supaya duit bekerja untuk anda dan bukannya anda yang kena bekerja untuk duit”.
Kita dah baca kat atas tadi 2 perkara penting tentang duit.
Banyak bukanlah perkara utama dalam mencari duitMenabung juga bukan perkara utama dalam mencari dan simpan duit.Yang penting adalah usahakan supaya duit tu mula buat kerja untuk anda. Dalam ertikata yang betul, anda perlu melabur. Mat Saleh kata Invest. Itulah maksudnya yang dikatakan, duit buat kerja untuk anda.
Dan dalam bab melabur pulak. Tak perlu nak pandai macam Warren Buffet baru nak mula melabur. Anda boleh mula melabur dalam beberapa pilihan yang asas seperti berikut.
EmasHartanahBondPasaran sahamMatawang DigitalDengan meletakkan duit anda dalam pilihan tersebut, nilai duit itu tak akan menyusut teruk apabila masa beredar.
Pelbagaikan pelaburan andaIni satu lagi panduan tambahan yang sangat penting. Anda perlu pelbagaikan sumber di mana anda laburkan duit yang anda dapat tu. Jangan labur hanya pada satu tempat sahaja.
Cuma masalahnya, berapa dan nak letak kat mana.
Dalam contoh yang saya berikan kat atas tadi. Ada 5 tempat yang anda boleh laburkan duit sekarang. Cuba perdalamkan lagi pengetahuan anda terhadap ke semua perkara itu sedikit demi sedikit supaya lebih faham.
Jumlah yang perlu ditetapkan ke setiap saluran pelaburan itu juga bergantung pada umur dan jumlah duit yang anda ada sekarang.
Jika ada RM100 ribu lain caranya. Jika ada RM5000 pula lain lagi caranya.
Juga bergantung pada umur anda tu. Kalau RM100k dan masih muda dalam 20-an, anda ada masa panjang untuk ambil risiko naik turun ekonomi dalam pasaran saham.
Tapi kalau umur dah 60 tahun, elok pertimbangkan betul-betul kalau nak main saham di bursa yang biasanya sangat ‘volatile’.
Apapun, perlu selidik dan ambillah kursus atau seminar supaya mula faham sedikit demi sedikit. Faham tentang mekanisma setiap pelaburan dan mula tentukan berapakan peratusan yang sesuai untuk anda buat pelaburan.
Mungkin begini,
Emas – 10%Hartanah – 40%Bond – 20%Pasaran saham – 25%Matawang digital – 5%Saya main letak saja peratusan tu secara spontan dengan sedikit pertimbangan berdasarkan umur saya dan jumlah duit yang ada. Mungkin untuk anda sendiri berbeza.
Bagi yang berniaga pula tentu bergantung pada kedudukan perniagaan sekarang. Ok ke tak ok. Stabil ke tidak. Anda perlu fikirkan kepantasan untuk cairkan pelaburan seandainya diperlukan untuk kegunaan perniagaan yang jauh lebih penting dari pelaburan kat atas tu.
Moga ada manfaat artikel ini. Saya ingatkan sekali lagi yang saya sekadar kongsikan maklumat asas. Bukan saya pandai dalam bab pelaburan ni. Sama macam anda juga. Silap hari bulan, anda lebih pandai dari saya.
Sama-sama lah kita cari maklumat dan mendalami urusan seterusnya bagaimana nak melabur. Yang pentingnya perlu melabur dan jangan simpan statik macam tu saja. Apatah lagi kalau simpan dalam tin milo! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/07/perkara-asas-tentang-duit-yang-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Amalkan Gaya Hidup Work Smart

6 Perkara Yang Anda Boleh Buat Untuk Amalkan Gaya Hidup Work Smart

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 193 hits
Pernah dengar tak perkataan popular yang orang selalu sebut work smart Work hard saja tak cukup bila anda mula berniaga Malah dalam apa urusan sekalipun Kalau anda lihat kat dunia luar sana orang yang kerja kuat paling rendah dibayar sekara...
Anwar Belum Perlu Bersara Biar Tun M Jadi Saksi Hidup Beliau Duduk Kerusi Pm Dulu

Anwar Belum Perlu Bersara Biar Tun M Jadi Saksi Hidup Beliau Duduk Kerusi Pm Dulu

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 145 hits
Perkara lain yang dibangkitkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam interbiunya dengan sebuah portal berita ialah menyarankan ahli ahli politik lama agar berundur daripada kancah politik Secara khusus beliau menyebut Anwar Ibrahim sebagai sosok ya...
Jom Taksir Zakat Bayar Jumlah Tepat Hidup Lebih Berkat

Jom Taksir Zakat Bayar Jumlah Tepat Hidup Lebih Berkat

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 437 hits
AssalamualaikumDalam setiap rezeki kita ada hak orang lain di dalamnya termasuk gaji kita setiap bulan Mungkin kita masih ada dibenak fikiran kita akupun susah apalagi nak bayar zakat Cetusan hati itu berlarutan dan akhirnya kita abaikan ta...
Pencegahan Kanser Kolon Gaya Hidup Diet

Pencegahan Kanser Kolon Gaya Hidup Diet

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 209 hits
Kanser kolon adalah kanser lelaki yang paling biasa dan kanser wanita kedua paling biasa Ketahui lebih lanjut tentang cara mengurangkan risiko kanser kolon melalui perubahan gaya hidup dan diet Kanser Kolon Penyakit Gaya Hidup Gaya hidup ha...
Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

Kos Sara Hidup Tinggi Satu Peluang Untuk Pembangkang Menang Pru

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 270 hits
Hanya tinggal lebih kurang 11 bulan lagi sebelum pilihanraya terjadual terpaksa dilaksanakan dan tempoh tersebut sangat cepat Setakat manapun kerajaan berusaha peningkatan kos sara hidup tidak akan selesai dan sebahagiannya akan menjadi ter...
Kita Ni Hidup Untuk Menunggu Mati

Kita Ni Hidup Untuk Menunggu Mati

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 182 hits
Kita ni hidup untuk menunggu mati Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya maka Allah bagi sikit hiburan Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja manja Dia bagi kita anak anak untuk bermain main Dia bagi kita em...
Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

Maafkan Daddy Kalau Tak Sehebat Arwah Papa 3 Anak Tiri Ubah Hidup Issey

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 265 hits
Kita perlu jadi kawan dengan anak anak Turunkan ego cuba luangkan masa dengar apa anak nak bercerita Ini tip dikongsikan personaliti TV radio pelawak dan pelakon Issey Fazlisham Bapa kepada empat cahaya mata ini menganggap keluarga adalah n...
Yasin Terlepas Hukuman Gantung Tetapi Berdepan Dengan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Yasin Terlepas Hukuman Gantung Tetapi Berdepan Dengan Hukuman Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 152 hits
Foto Malaysia NowMahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini melepaskan tanpa membebaskan penyanyi nasyid Muhammad Yasin Sulaiman dari tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja sekali gus terlepas daripada hukuman gantung Yasin meluahkan r...
Sedang Alami Tekanan Hidup Tips Ini Mungkin Membantu

Sedang Alami Tekanan Hidup Tips Ini Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 228 hits
Sedar tak sedar ramai dikalangan kita yang mengalami mental illness Luaran nampak ceria seperti tidak punya apa apa masalah tapi dalam hati 1001 cerita yang terpendam yang semakin hari semakin menekan jiwa secara diam Akibatnya sering berla...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator