Perkahwinan Pas Umno Tak Ke Mana


DENYUT REFORMASI

  WALAUPUN sudah 10 bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad terus-terusan diserang dari pelbagai sudut dengan isu sensitif dan berbentuk spekulasi.

Bahkan ‘persandingan’ PASUMNO berhasil memenangi naratif Melayu memberikan tekanan lebih besar dan diakui sendiri oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, yang menganggapnya mengancam PH untuk sementara waktu. Ikuti temubual eksklusif Mohamad oleh wartawan BH, SAFEEK AFFENDY RAZALI dan CHE WAN BADRUL ALIAS

S: Daripada pandangan YB, adakah ‘persandingan’ PAS-UMNO betul-betul untuk perjuangan Melayu dan ummah?

J: Saya dengar Melayu-Cina, Melayu-India, sejak saya kecil. Mereka yang hilangkan hak Melayu, semua orang Melayu. Bagi saya, semua ini hanya propaganda untuk politik. Hanya akan menjejaskan pakatan buat sementara. Saya dalam PAS agak lama, 38 tahun lebih sehingga berada sebagai Timbalan Presiden parti. Perkara besar yang nak dilakukan oleh PAS semua dibawa dalam berbincang. Yang paling besar adalah PAS nak menyertai kerajaan campuran. Ada muktamar khas, berakhir dengan undi dan menyertai Barisan Nasional (BN). Kerjasama dengan parti Semangat 46 pun melalui Majlis Syura. Akhirnya keputusan dibuat walaupun ada pihak yang menentang. Itu biasa.

 Begitu juga nak kerjasama dengan PKR, PAS dipanggil dalam Majlis Syura. Lahir Barisan Alternatif. Paling sukar nak kerjasama dengan DAP, bincang ulang bincang, akhirnya keputusan dibuat harus bertahlul dengan DAP pada 2008 dan kita berjaya menang lima negeri. Yang menghairankan saya kenapa dalam UMNO bermain dalam gelap. Itu sahaja. Kalau betul-betul nak bincang bawa mesyuarat. Barang kali saya tak perlu masuk penjara. Mungkin dah lama jadi menteri.

 Tapi perbincangan dalam gelap ini, saya Timbalan Presiden PAS pun tak tahu. Akhirnya terdedah Sarawak Report, terdedah ada orang ambil duit dan sebagainya. Selepas berlaku perpecahan dalam muktamar PAS 2015 di Kuala Selangor, lahir Parti Amanah Negara (AMANAH). Maka sekarang terdedah semua yang bermain dalam gelap, sekarang dah terang. Bagi saya, kerjasama melalui jalan gelap, sekarang diterangkan dan saya rasa ia mengancam PH buat sementara. Kita akan kerja untuk menerangkan balik semua rakyat menjelang pilihan raya akan datang saya yakin PH akan terserlah semula. Masa sekarang memang naratif yang mengatakan kami macai DAP, alat DAP, barua DAP, itu gelaran yang dimainkan, sekarang zaman berita palsu.

S: Bagaimana nak dijelaskan penafian yang YB alat DAP, orang suruhan DAP?

J: Menerusi praktikal dan tindakan. Orang boleh melihat. Kita ambil contoh macam Lim Guan Eng diangkat Ketua Menteri Pulau Pinang, demonstrasi boleh dikatakan setiap minggu. Sampai kirim replika najis. Apabila pilihan raya 2013, BN tinggal 10 kerusi daripada 11. Penggal kedua mereka hanya hantar memorandum. Sebab sekolah agama dapat bantuan, azan boleh dan orang nampak apa yang berlaku. PRU 2018, BN tinggal dua kerusi. Satu dah masuk BERSATU dan satu lagi itu pun tak tentu lagi. Saya rasa Malaysia juga akan begitu juga. Kelak bila janji kerajaan pun dah mula (nampak), pertumbuhan ekonomi dah pulih, sedikit sebanyak penerangan kita akan kita teruskan, saya yakin gabungan perkahwinan ini mungkin tak ke mana.

S: YB dalam Kabinet. Mohon jelaskan isu menyatakan DAP dan Lim Guan Eng berkuasa dalam Kabinet, PM pun akur dengan DAP?

J: Tanyalah pada saya, mereka orang luar. Perdana Menteri berkuasa dan mendengar pandangan. Macam Lim Guan Eng... orang yang paling kuat lawan judi dalam Kabinet adalah Lim Guan Eng.

Banyak orang tak tahu. Sebarang bentuk judi yang nak dilesenkan baharu dan sebagainya. Masa dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pun. Masa Ketua Menteri lain Melayu izinkan judi bola, tapi dia tak bagi.
 S: Adakah Menteri Melayu dan Islam tidak bersuara dalam Kabinet?

J: Memang bersuara. Saya nak menyebut orang Melayu sungguh pun tak suka lesen judi yang ditambah, tapi yang kuat sekali melawan hal judi adalah Lim Guan Eng. Tapi dia dituduh macam-macam. Saya rasa ini biasa. Dan kini pembangkang ada, seperti tiada.

S: Bagaimana PM melaksanakan mesyuarat Kabinet?

J: Dia memberi ruang untuk bercakap. Kalau PM hanya bercakap sehala, maka mesyuarat Kabinet hanya 30 minit sajalah. Tapi mesyuarat empat jam. Percanggahan pendapat berlaku sangat panas... PM dengan kami semua. PM adalah seorang yang demokratik dan mengikut majoriti. Dia bukan diktator.

S: Kahwin PAS-UMNO ini adakah YB lihat ada kemungkinan ahli PAS beralih kepada AMANAH?

J: Ya, kita tak boleh paksa pemikiran orang untuk ikut kita. Cuma kita boleh bekerja memberi penerangan kepada mereka menjelang pilihan raya akan jadi minoriti. Itu saja. Kalau nak hapuskan keyakinan tak boleh. Macam saya dalam PAS nak tekankan fikiran supaya ikut apa yang kerajaan buat bukan senang. Jadi yang penting buat masa sekarang naratif terhadap Melayu, itu memang mereka kuasai. Melalui berita palsu.. tapi kita yakin dalam penerangan yang kita balas jangka panjang ia akan mengecil. Itu yang saya yakin.

S: Berhubung ucapan pemimpin AMANAH yang disalah tafsir pihak tertentu, apakah pesanan YB mengenai perkara itu?

J: Saya sendiri disalah tafsir bila bercakap sesuatu. Macam zaman ini berita palsu, bila kita nak nafikan ia sudah tersebar kepada orang ramai. Contohnya berita palsu berkaitan Peguam Negara, Tommy Thomas yang membenarkan hina Nabi kerana ini negara demokrasi. Tapi bila kami periksa, dia kata tak buat maka bila buat laporan polis, maka tertangkap orang yang menyebarkan berita palsu itu. Jadi, sebelum ia tertangkap berita dah tersebar dan orang Melayu dah marah Tommy Thomas

Jadi berita palsu ini yang menguasai minda masyarakat sekarang. Macam Tabung Haji (TH) dikuasai oleh DAP. Akaun TH diteliti Kementerian Kewangan dan dapati akaun itu banyak yang dipertikai.

Dalam TH tiada seorang DAP pun. Tapi ini dimainkan dan naratif diyakini orang Melayu buat masa ini. Saya tak bimbang dalam politik kita nampak kita bersabar sikit lagi

S: Pakatan Harapan dikatakan dah berpecah dan ada isu dalaman termasuk ada yang menyatakan kemungkinan undi tak percaya terhadap Tun Mahathir?

J: Saya tak percaya ia datang daripada kami. Tak pernah dengar datang daripada kami dan ia adalah daripada orang (lain). Memang dalam politik perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Tapi hubungan kami dalam Pakatan Harapan masih kuat. Antaranya kita bincang strategi jangka pendek dan panjang untuk hadapi serangan Melayu Islam yang direka cipta oleh parti lawan. Bagi saya itu hak mereka nak cakap tapi yang saya tak setuju berita palsu dan rekaan. Kalau serangan kelemahan kerajaan dan tak mampu tunaikan lagi, maka seranglah
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/perkahwinan-pasumno-tak-ke-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
039 Keterpendaman Melayu 039 Dorong 039 Perkahwinan 039 Umno Pas

039 Keterpendaman Melayu 039 Dorong 039 Perkahwinan 039 Umno Pas

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 236 hits
Inilah adalah Bahagian 3 daripada 5 siri kupasan mengenai 8220 Keterpendaman Melayu 8221 DARIPADA data pilihan raya kecil Semenyih yang saya bentangkan sebelum ini jelas undi Melayu baik yang di kawasan kampung dan pinggir bandar mahu pun k
Ada Penasihat Pakar Strategi Dari Luar Bantu Perkahwinan Umno Pas

Ada Penasihat Pakar Strategi Dari Luar Bantu Perkahwinan Umno Pas

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 391 hits
ARIF ATAN Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat ada pihak tertentu di sebalik perkahwinan Umno Pas yang akan memastikan langkah tersebut tercapai Saya tidak tolak kemungkinan mereka ada penasihat dan pakar strategi dari luar u...
Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 416 hits
MALAYSIAKINI Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan perkahwinan Umno dan PAS sebagai berpaling dari perjuangan tokoh kedua dua parti masing masing Tindakan pemimpin Umno dan PAS hari ini serta apa yang dipanggil perk...
5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

5 Mac 2019 Termeterai Kerjasama Antara Umno Pas Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 482 hits
ISMAIL SABRI YAAKOB NAIB PRESIDEN UMNO ASSALAMUALAIKUM WBT6 Mac 2019 29 JamdilAkhir 1440HSeperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS Dua par...
Tiada Lagi Orang Umno Orang Umno Orang Pas Orang Pas

Tiada Lagi Orang Umno Orang Umno Orang Pas Orang Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 234 hits
Siapa sangka suasana di kampung kampung melibatkan penyokong Pas dan UMNO sekitar negeri ini cukup harmoni sejak kedua dua parti itu mula menjalinkan kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 Pesuruhjaya Pas negeri Mohd Shukri Ramli berkata...
Umno Pas The Ilicit Marriage Of Desperation

Umno Pas The Ilicit Marriage Of Desperation

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 343 hits
UMNO PAS Should Merge Not Collaborate After years of flirting finally UMNO Malay Nationalist Party and PAS Islamist Party are married Congratulations It is certainly a match made in heaven Both parties were so compatible it makes you wonder...
Kenapa Yang Mungkar Seperti Umno Jadi Pilihan Pas

Kenapa Yang Mungkar Seperti Umno Jadi Pilihan Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 218 hits
Keikhlasan kerjasama Umno PAS yang dikatakan bertujuan untuk penyatuan ummah terus diragui oleh pelbagai pihak di negara ini Terbaru Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir turut mempertikaikan ja...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu