Perjumpaan Antara Pemaju Dan Pembeli Rumah Lsh 33 Sentul


Sis pernah share kat sini pasal rumah LSH 33 Sentul yang k.fiezz & mr hubby beli tahun 2021. Masa PKP, pembinaan rumah ni terbantut sekejap. Jangkaan siap awal tahun depan sepatutnya tapi pemaju ada hantar surat rumah ni akan lewat sikit siap. Macam k.fiezz & mr hubby, jangkaan dapat kunci Februari tahun depan tapi di anjak hingga hujung tahun depan. So tak apa lah nak buat macamana, kan. As long rumah ni siap juga..
PERJUMPAAN DENGAN PEMAJU Sabtu lepas ada perjumpaan pihak pemaju dengan pembeli sebab ada masalah dengan rumah LSH 33 Sentul yang kitaorang beli ni. Mr hubby joint group whatsapp LSH 33 Sentul ni, jadi dapat info rumah ni ada masalah dengan penggantian brick wall kat koridor luar rumah. Ikut plan dan model asal, sepatutnya sepanjang koridor laluan di bahagian luar adalah brick wall iaitu batu tapi ada pembeli yang tengok brick wall tu telah di tukar kepada besi. Aikk. Sudah tukar ke?Tapi kitaorang tak di maklum awal pun oleh pemaju. Jadi ni lah sebabnya perjumpaan antara pemaju & pembeli. 
Ramai yang tak puas hati sebab tak di maklumkan awal oleh pemaju satu hal, lepas tu tukar pasang kepada besi membahayakan. Risau keselamatan budak-budak, ada yang mengalami masalah anxiety , gayat tengok dari tempat tinggi. Aihh..Masalah sangat tu. 
Unit k.fiezz & mr hubby beli  kat tingkat rendah tapi kitaorang datang juga masa perjumpaan ni untuk support pembeli-pembeli yang membeli unit kat tingkat tinggi membantah penggantian batu kepada besi di sepanjang koridor. Biar pemaju nampak ramai penduduk yang tak menyokong penggantian ni..

Dari tepi boleh nampak pemasangan besi sedang di pasang kat sepanjang koridor...Laluan koridor ni nanti akan separuh batu, separuh besi. Pemaju maklumkan pertukaran ni dibuat sebab tak dapat pelepasan dari pihak bomba sekiranya keseluruhan batu di pasang sepanjang koridor. Kalau berlaku kebakaran, asap tak boleh nak keluar dengan cepat. 
Silapnya pihak diaorang tak maklumkan awal pada pembeli. Dapat tahu ni pun dari salah seorang pembeli yang saja melawat perumahan yang masih dalam pembinaan ni. Pembeli tu beritahu dalam group whatsapp rumah kitaorang beli ni kat koridor dah ditukar dari brick wall kepada besi...Kecoh dalam group whatsapp sebab kitaorang tak tahu menahu pasal pertukaran ni. 

Perjumpaan bersama pihak pemaju. Yang ni rasanya owner syarikat. Sekali yang ada masa ni, officer in charge & arkitek yang bertanggungjawab untuk handle projek LSH 33 Sentul ni.


Tak ramai sangat masa ni..Tapi okey lah kan dari tak ada siapa yang datang langsung
Majoriti yang datang masa ni, k.fiezz rasa orang yang membeli unit tingkat atas..Sebab mr hubby ada sembang-sembang dengan seorang dua. Seorang kat tingkat 20, seorang lagi kat tingkat 24...Mak aihhh, gayat k.fiezz dengar.



Majoriti yang kat depan masa ni, semua lelaki. Sis je terselit tak berenggang dengan mr hubby. haha..Ada la orang perempuan datang tapi semua kat belakang...Sis yang melekat dengan mr hubby..haha..


Model rumah yang dipamerkan masa mula-mula penjualan rumah LSH 33 Sentul ni. Kalau tengok dari model ni, boleh nampak sepanjang koridor laluan jalan kaki sepatutnya brick wall (batu).

HASIL PERJUMPAAN?
Ater hasil perjumpaan ni apa yang dapat dirumuskan..Kalau kata nak tukar semula ke brick wall tu memang tak lah. Kos walaupun syarikat pemaju kata pakai batu lagi murah berbanding besi tapi takkan lah diaorang nak keluar duit tambahan lagi untuk tukar semula ke asal, jadinya diaorang akan tukar design besi tu yang lebih selamat & tak ada ruang besar antara besi macam yang diaorang guna sekarang. 
Kata wakil syarikat pemaju tu, dia akan email design besi terbaru dalam masa terdekat. Jadi kita tunggu dan lihat, ada ke idak seperti yang dikatakan tu.

K.fiezz & mr hubby ni benornya tak kisah sangat sebabnya kitaorang kat tingkat 8. Consider macam kat tingkat 2 je sebab 6 tingkat parking, start tingkat 7 baru rumah-rumah, lepas tu belah luar tingkat 6 ada pula kolam renang. Unit rumah kitaorang pula mengadap kolam renang, jadi lebih kurang macam tingkat 2 je..hehe..Nasib masa perjumpaan ni wakil syarikat tu tak tanya mr hubby tingkat berapa sebab mr hubby yang banyak komen..hehe. Kalau diaorang tahu kitaorang tingkat 8 je, mesti diaorang macam annoying..'Ehhh banyak cakap mamat ni padahal tingkat 8 je'..hehe...Mr hubby cuma bersuara on behalf untuk pembeli-pembeli yang kat tingkat atas.

Harapnya pihak pemaju tukar lah design besi tu yang lebih selamat.. Walaupun kitaorang kat tingkat rendah, risau juga..Nasib lah sis berkeras masa pilih unit nak juga tingkat rendah..Lantak lah orang nak tingkat tinggi, nak tengok view hijau lah apa lah..Padahal buka pintu balkoni tu sayup jauh tu baru ada bukit-bukau nya..Bila jadi kes macam ni, cakap kat mr hubby 'nasib saya cakap nak juga tingkat rendah. tak kira'. Kalau kata masa nak beli tu, tingkat rendah dah habis memang tak beli lah rumah ni. Tapi rezeki, ada terselit sebiji rumah tingkat 8 yang kitaorang beli ni kosong sebab pembeli sebelum tu, loan dia tak lepas...Jadi macam ni, rasa syukurrr sangat kitaorang beli tingkat rendah je...Ngadap kolam pun ngadap kolam le..Janji sis tak gayat bila nak sidai kain..haha. Itu point benornya pilih tingkat rendah, sis gayat bila time nak sidai kain. Tertengok kat bawah, gigil lutut...So pilih tingkat 8 ngadap kolam renang kat tingkat 6, lebih kurang macam dari tingkat 2 je..Okey lah...Puas hati..hehe

Hasil design besi nanti, kita tunggu & lihat betul ke idak pihak pemaju akan tukar..atau kekal macam yang sekarang ni..Macam besi kat flat je..Padahal rumah kondo..adeh...Apooo...

So wait & see da result...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/02/Perjumpaan-Antara-Pemaju-dan-Pembeli-Rumah-LSH-33-Sentul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunang Di Restoran Gadis Ini Jadi Perhatian Rumah Tak Payah Kemas Makan Dihidang

Tunang Di Restoran Gadis Ini Jadi Perhatian Rumah Tak Payah Kemas Makan Dihidang

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 154 hits
TUNANG di restoran dalam satu majlis yang ringkas gadis ini menjadi perhatian warganet Lazimnya sebelum menempuhi gerbang perkahwinan wanita akan melalui beberapa upacara seperti adat merisik meminang dan bertunang Seiring peredaran masa ad...
Semangat Kim Jong Un Letakkan Batu Pertama Bangun Pertanian Rumah Kaca Dan Rusun

Semangat Kim Jong Un Letakkan Batu Pertama Bangun Pertanian Rumah Kaca Dan Rusun

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 139 hits
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melakukan peletakan batu pertama untuk pembangunan Pertanian Rumah Kaca Kangdong dan rumah susun baru tahap ke 2 dalam proyek konstruksi di distrik Hwasong di Pyongyang Momen peletakan batu tersebut juga diw...
Cantik Lagi Bini Dia Individu Ini Dedah Siapa Wanita Penyondol Rumah Tangga Hafidz Roshdi

Cantik Lagi Bini Dia Individu Ini Dedah Siapa Wanita Penyondol Rumah Tangga Hafidz Roshdi

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 251 hits
Makin hangat kisah 8216 penyondol 8217 dalam kalangan rakan artis apabila hari ini media hiburan digemparkan dengan berita kecurangan pelakon lelaki Hafidz Roshdi di media sosial Terbaru seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada...
Peniaga Oku Kampung Tanjung Pulai Terkejut Agong Tawar Rumah Percuma

Peniaga Oku Kampung Tanjung Pulai Terkejut Agong Tawar Rumah Percuma

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 111 hits
PEKAN Pertemuannya dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara tidak disangka dalam satu program lebih setahun lalu membawa berita menggembirakan buat peniaga kedai runcit Orang Kurang Upaya Mo...
Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

Cara Mudah Meredakan Biang Keringat Pada Tubuh Anak Bisa Ibu Terapkan Di Rumah Lho

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 151 hits
menjadi tugas buat ibu untuk mencari solusi agar berbagai gejala biang keringat yang menyerang tubuh anak bisa segera mereda Namun jika belum mengetahuinya maka bisa juga membaca informasi di bawah ini
Van Syarikat Terbakar Tiba Tiba Di Depan Rumah Waspada Malang Tak Berbau

Van Syarikat Terbakar Tiba Tiba Di Depan Rumah Waspada Malang Tak Berbau

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 221 hits
Minggu lepas ketika bersiap nak balik ke rumah dari pejabat saya dapat panggilan dari salah seorang pekerja syarikat Boss van kita terbakar Itu saja yang dia mampu cakap Dia panik risau dan tak tahu apa nak buat Itu pengalaman pertama saya ...
Isteri Ada Hak Dapat Rumah Jika Suami Meninggal Dunia Peguam Syarie

Isteri Ada Hak Dapat Rumah Jika Suami Meninggal Dunia Peguam Syarie

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 189 hits
Peritnya apabila diuji dengan suatu kehilangan terutamanya apabila menerima berita kematian membabitkan insan yang rapat dengan diri kita lebih lebih lagi melibatkan tonggak keluarga seperti suami yang telah berjanji untuk sehidup semati Se...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah