Perjuangan Umno Bukan Barang Dagangan Kata Zahid




Selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno pada 7 Disember lalu, presidennya Ahmad Zahid Hamidi berharap pemimpin dan anggota parti itu memperkuatkan daya tahan terhadap apa yang disifatkannya sebagai “godaan tawaran material yang tidak terduga”.
Beliau berkata, ia bagi mengukuhkan gaya politik baru Umno iaitu politik ketahanan – daripada godaan tersebut – dan juga “politik berimbang” bagi menanggalkan budaya negatif yang dikaitkan dengan parti itu sebelum ini.
“…Pasca PAU 2019, wajar diperteguhkan (gaya politik baru Umno) dengan memperkuatkan daya tahan, daya saing dan daya juang…bagi menghadapi godaan tawaran material yang tidak terduga yang kadangkala menggoyahkan prinsip perjuangan.
“Perlu kita ingat bahawa perjuangan Umno bukan seperti barang dagangan yang berunsurkan tawar-menawar dan tolak ansur tanpa bersebab.
“Tetapi perjuangan ini adalah amanah yang diwariskan kepada kita untuk dipertahankan selamanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid berkata beliau meneliti setiap kritikan dan cadangan yang disuarakan ketika perhimpunan yang lalu dan baginya ia menunjukkan harapan agar parti itu kekal pragmatik dan relevan untuk rakyat Malaysia.
“(Perbahasan) kadang kala diselang-seli dengan istilah nakal bagi menarik perhatian perwakilan seperti pintu depan pintu belakang, perang proksi, politik hanyir…Tetapi setiap perbahasan dan teguran diolah dengan baik dan tertib seumpama ‘pukul anak sindir menantu’ serta terkawal,” katanya lagi.
Antara topik utama dalam perhimpunan minggu lalu adalah kerja sama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan isu kerajaan ‘pintu belakang’.
Kontroversi mengenai kerajaan “pintu belakang” tercetus apabila timbulnya khabar angin berkenaan komplot belakang tabir antara beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.
Kontroversi itu berlanjutan apabila pada 18 November lalu 18 anggota parlimen Umno, termasuk Hishammuddin, mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di kediamannya di Putrajaya.
Dalam ucapan dasarnya 6 Disember lalu, Zahid mengulang kembali pendirian menolak perubahan kerajaan melalui “pintu belakang” dan sebaliknya berkata ia akan dibuat melalui Muafakat Nasional.
Pada hari seterusnya, Zahid meminta kesemua 38 anggota parlimen Umno untuk berdiri dan berikrar bagi menunjukkan komitmen terhadap perkara itu.
Mengulas lanjut, Zahid berkata mesej perhimpunan tahun ini ialah kesinambungan daripada mesej tahun sebelumnya iaitu ‘bangkit’.
“Tahun ini kita membawa mesej mengisi kebangkitan tersebut, bermula dengan penghargaan Umno kepada presiden PAS, MCA dan MIC duduk di pentas utama.
“Ia membuktikan Umno sudah mengorak langkah ke arah transformasi politik,” katanya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/13/perjuangan-umno-bukan-barang-dagangan-kata-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Akan Jarakkan Diri Dengan Najib Ahmad Zahid

Umno Tidak Akan Jarakkan Diri Dengan Najib Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 275 hits
11 November 2019 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bertindak menjarakkan diri dengan bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak Menurut beliau UMNO tetap dengan pendirian sebelum ini yang tidak akan m...
Jangan Keruhkan Keadaan Kata Hishammuddin Kepada Lembaga Disiplin Umno

Jangan Keruhkan Keadaan Kata Hishammuddin Kepada Lembaga Disiplin Umno

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 366 hits
Jangan keruhkan keadaan kata Hishammuddin kepada Lembaga Disiplin Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Dec
Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 675 hits
Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis masing masing mempunyai 2 kad kredit KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi membayar hampir RM1 3 juta bagi 4 kad kreditnya antara Januari 2014 dan Januari 2016 yang digunakannya termasuk untuk membe...
Barang Turun Tapi Rakyat Kata Ph Kencing

Barang Turun Tapi Rakyat Kata Ph Kencing

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 306 hits
Via WhatsApp Mlm ni pak aji pegi shopping barang dapur kat Aeon Rawang Terkejut harga minyak masak jenama Saji 5 liter harga turun jadi RM 16 99 sebelum ni masa zaman Najib RM 24 00 Lps tu beli minyak sunflower jenama Natural 3 3 liter sebe...
Syed Saddiq Contoh Orang Muda Tidak Bersedia Jadi Pemimpin Kata Mahasiswa Umno

Syed Saddiq Contoh Orang Muda Tidak Bersedia Jadi Pemimpin Kata Mahasiswa Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 362 hits
Perwakilan Kelab Mahasiswa Umno Muhammad Mirza Adnan ketika membahaskan ucapan presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2019 di Dewan Merdeka PWTC hari ini KUALA LUMPUR Perwakilan Kelab Mahasiswa Umno berkata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq...
Umno Future In Zahid S Hand

Umno Future In Zahid S Hand

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 248 hits
THE 73rd Umno General Assembly starts today with special emphasis given to effort in putting the largest Malay Bumiputera party on its right footing again Fresh from Tanjung Piai by election victory which saw the new politics of Muafakat Na...
Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

Puak Umno Kata Kalau Najib Bersalah Kenapa Dah Lebih Setahun Dia Masih Berlegar Bebas Kesana Kesini

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 319 hits
Oleh Sentum selalu Puak Umno kata kalau Najib bersalah KENAPA dah lebih setahun DIA MASIH berlegar BEBAS KESANA kesini Ni CARA kita NAK JAWAB 1 Kalau kita negara komunis KITA BOLEH tangkap NAJI hari ni DAN subuh ESOK JATUH HUKUM tembak Syuk...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko