Perjanjian Air Saifuddin Bidas Kenyataan Melulu Singapura



(FMT) – Putrajaya hari ini membidas kenyataan Singapura yang mencadangkan Malaysia tidak menghormati perjanjian air dengan republik itu, dengan Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah menyifatkan rakan sejawatnya mengeluarkan kata-kata “semberono”.
Saifuddin menjawab kenyataan Dr Vivian Balakrishnan kepada seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta perjanjian 1962, di mana Johor membekalkan air mentah kepada Singapura, dikaji semula.
Vivian antara lain berkata Malaysia hilang hak untuk mengkaji perjanjian itu selepas ia sebelum ini memilih untuk tidak mengkaji semula harga air.
“Saya tidak tahu menteri luar Singapura guna bahasa Inggeris apa dalam tafsirannya. Kita menghormati perjanjian itu, sebab itu kita kata kita boleh kaji semula 25 tahun selepas perjanjian itu ditandatangani,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.
Beliau terkejut dengan kenyataan Vivian di Parlimen Singapura mengenai keputusan Malaysia untuk mengkaji semula perjanjian air tersebut, menyifatkan ia “semberono”.
Saifuddin mempersoalkan dakwaan Malaysia tidak boleh mengkaji semula perjanjian itu selepas tempoh 25 tahun.
“Dalam klausa 14 perjanjian itu, ia menyebut ia tertakluk kepada kaji semula selepas 25 tahun dari tarikh sekarang, bukan dalam tempoh 25 tahun,” katanya.
Saifuddin juga membidias Vivian kerana menyifatkan seruan Dr Mahathir sebagai cubaan untuk mengalihkan tumpuan, mengatakan menteri luar negeri itu mengangin-anginkan kerajaan Malaysia semasa berdepan masalah tadbir urus.
Beliau juga mempersoalkan dakwaan Singapura bertolak-ansur dengan Malaysia dengan membekalkan air terawat pada harga murah kepada Johor di masa kemarau.
“Fakta ini tidak tepat,” katanya.
Perjanjian air yang tamat pada 2061 membenarkan Singapura mengambil hingga 250 juta gelen air sehari (mgd) dari Sungai Johor.
Sebagai balasan, Johor berhak mengambil bekalan air dirawat hingga 2% atau 5 mgd daripada air yang dibekalkan kepada Singapura setiap hari.
Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah dan menjual air yang dirawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Saifuddin menjawab soalan Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) yang mahu tahu terma rujukan dalam perbincangan mengenai perjanjian bekalan air antara Malaysia dan Singapura.
Saifuddin berkata rundingan antara kedua-dua negara sudah lama tertangguh tetapi dimulakan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan.
“Ia bermula dengan lawatan saya ke Singapura Julai lalu untuk menemui menteri luar Singapura dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, tetapi masa itu, Singapura enggan berunding.
“Selepas itu, Mahathir menyuarakan perkara ini kepada Lee ketika lawatan beliau ke Singapura November lalu dan Lee setuju perkara tersebut dibincang,” katanya.
Saifuddin berkata, peguam negara kedua negara telah berbincang dalam mesyuarat yang diatur kementeriannya.
“Kita sepatutnya telah memasuki tahap kedua perbincangan untuk meneliti isu modaliti harga air, jangka masa perbincangan dan bagaimana boleh mencapai isu berkaitan,” katanya.
Katanya, wakil-wakil Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, serta kerajaan Johor turut menyertai perbincanga tersebut.
Kepada soalan tambahan Wan Junaidi, Saifuddin berkata, memang ada subsidi diberikan kepada Singapura dalam penjualan dan pembelian air.
“Malaysia memberi subsidi pada kadar minima RM42 juta setahun kepada Singapura, atau sekurang-kurangnya RM2.4 bilion sehingga sekarang atau kira-kira RM100,000 sehari.
“Ini adalah kadar minimum sejak bermulanya perjanjian hingga sekarang. Seperti yang berhormat katakan, kita jual murah dan beli mahal.
“Banyak perkara teknikal terlibat. Kita akan keluarkan kenyataan menyeluruh,” katanya.
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) bertanya langkah Putrajaya seterusnya sekiranya Singapura masih enggan berunding.
Kata Saifuddin, kementeriannya berusaha bersungguh-sungguh bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, serta kerajaan Johor bagi menjamin rakyat Johor mempunyai bekalan air sendiri, tanpa bergantung langsung kepada Singapura.
“Kalau ini gagal, kita terpaksa bawa perkara ini ke mahkamah timbang tara antarabangsa. Saya harap sekiranya kita sampai ke peringkat itu, ahli-ahli Parlimen akan memberi sokongan penuh demi rakyat Malaysia amnya, dan rakyat Johor khususnya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/03/12/perjanjian-air-saifuddin-bidas-kenyataan-melulu-singapura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Mahu Johor Hormati Terma Perjanjian Air

Singapura Mahu Johor Hormati Terma Perjanjian Air

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 322 hits
Singapura mahu Johor hormati terma perjanjian air Dikemas kini 44 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 4 Mar 2019 6 18AM
Fakta Perjanjian Air 1962 Singapura Malaysia

Fakta Perjanjian Air 1962 Singapura Malaysia

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 708 hits
Isu air dari Johor ke Singapura telah melalui beberapa siri rundingan sejak tahun 1998 dalam usaha Malaysia mendapatkan harga terbaik jualan air dari sungai sungai di Johor Singapura menegaskan bahawa kedua dua negara perlu mematuhi sepenuh...
Singapura Dakwa Malaysia Sudah Hilang Hak Untuk Semak Semula Harga Air

Singapura Dakwa Malaysia Sudah Hilang Hak Untuk Semak Semula Harga Air

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 424 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan Singapura hari ini mendakwa Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mengikut Perjanjian Air 1962 Jurucakap Kementerian Luar republik itu dalam satu kenyataan di sini berkata tiada keputusan mengkaji harga ai...
Mahathir Ingatkan Singapura Akan Kalah Jika Bawa Isu Air Ke Mahkamah Dunia

Mahathir Ingatkan Singapura Akan Kalah Jika Bawa Isu Air Ke Mahkamah Dunia

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 318 hits
SEPANG Perbincangan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu perjanjian air belum sampai ke tahap membawa perkara itu ke Mahkamah Dunia kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Beliau berkata setakat ini rundingan mengenai isu berkenaa...
Johor Mahu Henti Beli Air Terawat Dari Singapura

Johor Mahu Henti Beli Air Terawat Dari Singapura

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 411 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri merancang untuk tidak lagi mendapatkan bekalan air terawat dari Singapura sekali gus mahu menampung sendiri keperluan sumber itu Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata perancangan berhubung perkara tersebut aka...
Bekas Mb Bidas Cadangan Johor Beli Legoland

Bekas Mb Bidas Cadangan Johor Beli Legoland

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 370 hits
Khaled Nordin mempersoalkan kemampuan kerajaan Johor membeli dan menguruskan Legoland PETALING JAYA Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menyifatkan cadangan kerajaan Johor membeli taman tema Legoland Malaysia Resort daripada Khazanah N...
Adam Corrie Bidas Anti Vaksin Flat Earth Nak Faham Al Quran Kau Kena Berguru

Adam Corrie Bidas Anti Vaksin Flat Earth Nak Faham Al Quran Kau Kena Berguru

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 480 hits
Pelakon terkenal Adam Corrie Lee Abdullah hari ini tampil memberi nasihat ringkas buat pihak tertentu yang menggunakan hujah hujah keliru tetapi disandarkan kepada Islam misalnya untuk menyebarkan fahaman antivaksin dan bentuk Bumi Tidak ad...
Geramm Bidas Syarikat Produksi Gagal Bayar Gaji Pekerja Media

Geramm Bidas Syarikat Produksi Gagal Bayar Gaji Pekerja Media

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 354 hits
Geramm kesal dengan sikap syarikat produksi yang gagal membayar gaji pekerja media KUALA LUMPUR Gerakan Media Merdeka membidas tindakan sebuah syarikat produksi televisyen baharu yang didakwa gagal membayar gaji 15 orang pekerjanya Geramm d...
Nga Enggan Mohon Maaf Kenyataan Negara Taliban

Nga Enggan Mohon Maaf Kenyataan Negara Taliban

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 391 hits
PARLIMEN Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi negara Taliban sekiranya pakatan Umno PAS berkuasa Apa yang nak dimohon maaf...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit