Perjalanan Rentas Negeri Bermula Hari Ini Hingga Ahad Ikut Pesanan Pdrm Ini Untuk Perjalanan Lancar


Hari ini akan bermulalah perjalanan rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas untuk kembali ke kediaman masing-masing. Perjalanan rentas negeri ini bermula pada hari ini, 7 Mei sehingga Ahad 10 Mei 2020.
Seperti Orang ramai sedia maklum adalah dinasihatkan agar memuat turun aplikasi terkini Gerak Malaysia versi 2.0 yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di telefon pintar menerusi Play Store dan App Store bagi pergerakan rentas sempadan negeri.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun menegaskan, pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih itu hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja.
Kedua-dua kategori berkenaan ialah:
1. Individu yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing
Individu yang kembali ke tempat kerja sahaja. Jika tiada kemudahan telefon pintar, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri:
1. Muat turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman media sosial rasmi PDRM.
Pautan FB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan.
Bagi yang tiada kemudahan telefon pintar dan rangkaian internet, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri
1. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.
2. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:
a. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),
b. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),
c. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan
d. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).
Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.
Bas Ekspress, Motorsikal Tidak Dibenar Perjalanan Antara Negeri
Dalam satu laporan yang lain yang dikeluarkan oleh BERNAMA, Mereka yang terlibat dalam perjalanan rentas negeri bermula esok hingga 10 Mei ini tidak dibenar menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata perkara itu telah dimuktamadkan oleh polis sebelum ini.
“Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula perjalanan di Semenanjung Malaysia dibenarkan namun mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.
Mengulas bilangan individu yang dibenar menaiki sesebuah kenderaan ketika perjalanan rentas negeri, beliau berkata peraturan mengehadkan kepada empat orang.
“Bagaimanapun, ia bergantung pada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan,” katanya.
Sumber: Astro Awani & BERNAMA
 
 
The post Perjalanan Rentas Negeri Bermula Hari Ini Hingga Ahad. Ikut Pesanan PDRM Ini Untuk Perjalanan Lancar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perjalanan-rentas-negeri-bermula-hari-ini-hingga-ahad-ikut-pesanan-pdrm-ini-untuk-perjalanan-lancar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Pulang Rentas Negeri Ikut Jadual Pdrm Bermula 7 Mei Hingga 10 Mei Ismail Sabri

Perjalanan Pulang Rentas Negeri Ikut Jadual Pdrm Bermula 7 Mei Hingga 10 Mei Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 445 hits
Perjalanan pulang bagi mereka yang terkandas di kampung halaman atau di bandar untuk pulang ke tempat masing masing akan bermula pada Khamis dan dijangka berakhir pada Ahad Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Polis Diraja M...
Perjalanan Rentas Negeri Bermula Esok Bagi Yang Terkandas Di Kuala Lumpur

Perjalanan Rentas Negeri Bermula Esok Bagi Yang Terkandas Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 515 hits
PERJALANAN merentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia mulai esok dikhususkan untuk yang terkandas di Kuala Lumpur pulang ke kediaman mereka di negeri lain Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain membenarkan orang ra...
Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

Tiada Lagi 10km Radius Perjalanan Namun Rentas Negeri Masih Belum Dibenarkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 487 hits
Sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan 14 April lalu menetapkan had perjalanan individu yang keluar rumah dibenarkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman Menurut peraturan itu yang dibuat di bawah subseksyen 11 Akta Pence...
Pkp Polis Benarkan Rentas Negeri 1 Hingga 3 Mei

Pkp Polis Benarkan Rentas Negeri 1 Hingga 3 Mei

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 475 hits
Anggota polis dan tentera mengawal sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Shah Alam 5 April 2020 Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 25 April Orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dib...
Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika Pkpb

Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 703 hits
Jadual Perjalanan Rentas Negeri Ketika PKPB Kerajaan benarkan orang ramai yang terkandas di Kampung atau di mana mana tempat dibenarkan membuat perjalanan pulang ke kediaman masing masing mulai 7 Mei Berikut dikongsikan
Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Cuti Raya Tidak Dibenarkan Muhyiddin

Perjalanan Rentas Negeri Balik Kampung Cuti Raya Tidak Dibenarkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 487 hits
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menonton Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2020 di Balai Bomba Kota Raja Klang foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaa...
Perjalanan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Dilarang Kata Muhyiddin

Perjalanan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Dilarang Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 389 hits
Perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri PUTRAJAYA Perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau ...
Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 578 hits
Mungkin sesetengah daripada anda keliru adakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke mana mana daerah negeri Selangor atau Putrajaya dikira sebagai rentas negeri Malaysia Government Call Centre dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean