Perjalanan Ke Trx Mall Yang Penuh Liku


Hari Isnin, 16 September 2024, Untuk lunch,Lepas check out dari Hotel UTM,kami sepakat nak makan di TRX Mall.Maklumla MY dan keluarga kan tinggal di Johor.Teringinlah nak ke TRX Mall.Nak tengok bangunan tinggi.
Tapi.. perancangan tak berjalan dengan lancar.. hahaha..Sepatutnya kami park aje kereta kat mana mana stesen MRT,terus aje naik MRT ke Tun Razak Exchange.Ni gatal gak nak bawa kereta..
Mama Yan dan suami dua dua tak tahu jalan,dah tengok Google maps,pun tak berjaya,terlepas susur banyak kali.Pusingan U beberapa kalidah buang masa atas jalan,
Akhirnya dapat juga masuk kawasan parking TRX,Tapi pusing pusing dalam tu,Tak dapat parking.Stress gila weh.Takde parking,parking valet pun full.Akhirnya kawan kawan MY bagi cadangan,pergi ke Intermark Mall,Kemudian menapak ke stesen MRT Ampang Park,Naik MRT dari Ampang Park ke MRT.
Okay.. kami ikut cadangan Shaira keluar dari parking TRX,terus ke Intermark.Dari Intermark, jalan kaki ke MRT Ampang Park,
Teruja sungguh oi orang dari selatan semenanjung ni masuk ke platform MRT.Jauhhhh  ke bawah sana.Naik gayat nak melangkah eskulator...Alhamdulillah...Walaupun kelam kabut,Ini pengalaman yang berharga juga untuk kami sekeluarga.Kagum juga la tengok binaan MRT bawah tanah ni.Kat Pontian mana ada wei...

Bayangkan... tengah tengah kali pertama nak naik MRT,dengan tak tahu arah dan jalan...Tiba tiba muncul seorang zombie nak kokak anak kita...Apa kita nak buat?hahaha...
Wajib ambil gambar okay...Koc Wanita Sahaja.Dressing Sarah tu dia yang tentukan sendiri ya..nak pakai apa dengan apa...Dah besar dah..Maknya masih suka kalau dia bertocang rambut aje..Belum akil baligh kan..Tapi dia dah taknak..Dah malu... maknye punnn la....

Setelah berjaya dapat naik MRT,Memang lega la.Walaupun penuh,Tapi tak jauh pun,selang dua station aje dah sampai.Orang siap bagi Mijan duduk lagi..Mana dia naknya...Abang abangnya semua berdiri kat tiang..Dia pun nak berdiri pegang tiang juga...
Sampai TRX, sambung berjalan ke restoran Absolute Thai..Kelam kabut semuanya..sebab kawan kawan dah lama tunggu.diorang pun dah siap makan dah..Takkan nak tunggu kami yang entah sesat kat mana ni...Anak anak dah kepenatan berjalan huru hara..Mijan dah minta ayahnya gendong..

Sampai aje terus la makan...Kawan kawan dah siap order makanan dah..Tinggal order air aje.Sedap juga food kat sini.Kami makan nasi ala ala kedai toyey kat Johor je..Tapi rasa dan harga berganda la...TRX kann...
Lepas siap makan,Kami pergi ke area atas mall untuk bergambar.Hari terlampau panas sampai nak celik mata pun susah.Gambar pun jadi kelabu..silau.S & S..Shaira dan anak MY, Sarah.

Shaira sorang je yang masih slim macam 20 tahun lepas.Yang lain semua dah bam bam...Banyak kemain kami ambil gambar kat sana...

Nampak bangunan TRX...

Pilih-pilih...Yang mana satu..idaman kalbu...Tapi tiga orang dah jadi mak orang.Memang janji dah nak bawa spek mata hitam..Nak ambil gambar...Tapi MY tertinggal dalam kereta..Masa kat Intermark tu,suami MY berhenti je kereta,Sarah terus berlari nak cari toilet.MY pun terus kejar dia...Biar sorang sorang kang hilang pula,Ini bukannya Pekan Nanas...Tu yang terlupa terus bab cermin mata hitam.
Lepas sesi bergambar ni semua..Kami pun berpisah di sini...InsyaAllah..Kalau panjang umur, murah rezeki,kita jumpa lagi di lain kali...
Mama Yan dan family terus patah balik ke Intermark Mall.Naik kereta dan gerak balik.Suami MY kata, kita solat dan rehat kat R&R atau hentian sebelah je..Tak boleh sambung explore Intermark pula.Kita kena kena keluar dari KL sebelum 5.30 petang...Dah keluar dari KL...Laa... hari ni kat Public Holiday...Patut takyah tergesa gesa pun tadi... hahaha...Takpelah... dah keluar pun.
Sampai Air Keroh, Jem melekat tak bergerak.Dengan bantuan Waze yang MY baru download,Kami ikut Melaka ke Segamat.Selalunya kami turun di Plaza Tol Tangkak.Tapi sebab kenderaan dah merangkak macam kura-kura,Keluar di Plaza Tol Air Keroh.Ada jalan yang kami tak pernah lalu rupanya.Masuk kat Universiti Teknikal Melaka (UTEM) tu.. pastu tembus ke Asahan..Dari Asahan sampai Jementah... pastu Bandar Segamat...Cuma kiri kanan estet..Anak nak terkucil... Cuma boleh cakap Sabar... sabar..sabar...Tak jumpa petrol station.
Sampai Jementah... lega..Ada pun stesyen minyak.Sambung tidur rumah mentau satu malam.Esoknya, kami pun bergerak balik ke rumah sendiri...Makan berakhirlah cuti cuti KL kami...Mama Yan gembira yang teramat sangat.Dapat bawa anak jalan-jalan dan teroka benda baru.Dapat jumpa kawan kawan serumah dulu...Alhamdulillah..







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2024/09/perjalanan-ke-trx-mall-yang-penuh-liku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Idola 3 Jam Penuh Persembahan Jelajah Asia Lee Joon Gi Dirai Meriah Peminat Malaysia

Kalah Idola 3 Jam Penuh Persembahan Jelajah Asia Lee Joon Gi Dirai Meriah Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 295 hits
Rasanya ramai peminat Malaysia yang minat Lee Joon Gi kan Artikel Berkaitan Terbaru lelaki itu telah melawat Malaysia buat julung kalinya dengan jelajah Asia JOONGI S DAY FESTIVAL In Kuala Lumpur di mana ia berlangsung dengan meriah di Mega...
Saya Terkejut Lee Jehoon Titip Ucapan Penghargaan Penuh Dalam Bahasa Melayu Buat Peminat Malaysia

Saya Terkejut Lee Jehoon Titip Ucapan Penghargaan Penuh Dalam Bahasa Melayu Buat Peminat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 256 hits
Lee Je hoon memang seorang yang baik kan Artikel Berkaitan Minggu lalu pelakon Taxi Driver itu telah menyinari Plenary Hall KLCC bagi berjumpa dengan peminat tempatan menerusi acara peminat Lee Je Hoon s Favourite Perjumpaan itu berlangsung...
Tip Melintasi Tempat Penuh Kenangan Pahit Kunci Ketahanan Diri

Tip Melintasi Tempat Penuh Kenangan Pahit Kunci Ketahanan Diri

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 184 hits
Ada tak orang yang trauma sampai tak boleh pegi ke sesuatu tempat nbsp Mungkin tempat tu ada momok nostalgia pahit yang buat mereka trigger Jika anda terpaksa melintasi tempat yang menyimpan kenangan pahit berikut beberapa cara untuk mengha...
Otak Penuh Pencemaran Lekeh

Otak Penuh Pencemaran Lekeh

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 107 hits
Mukhlis Eddie Fazrin Jamal kata omputih ada Artificial Intelligence kita ada Azhar Idrus
Kisah Hidup Salman Al Farisi Sahabat Nabi Saw Penuh Keinsafan Dan Tauladan

Kisah Hidup Salman Al Farisi Sahabat Nabi Saw Penuh Keinsafan Dan Tauladan

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 239 hits
Salman al Farisi Kisah Pengembaraan hidayah Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah ibnu Abbas ra berkata Salman memberitahuku dari mulutnya dia berkata Aku merupakan seorang pemuda Parsi berasal dari Asfahan Kampungku bernama Jayy Ayahku ada...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri