Perjalanan Ke Lofoten Hari Kedua Transit Di Oslo Norway


Melihatkan papan tanda perlepasan di Dubai menulis ‘Oslo’, saya dah rasa sebak dalam hati. Ya Allah, sampai juga nanti aku ke sana. Tak sangka Ya Allah..
Saya tak pernah sampai ke negara Norway sebelum ini. Mendengarkan namanya pun jarang atau hampir tak pernah.
Papan tanda masuk balai perlepasan ke Oslo
Tapi demi impian melihat Lofoten, baru saya tahu dunia di sebelah kutub utara ini.
Sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Oslo, salji halus sedang turun dengan sangat lebat. Juruterbang maklumkan yang suhu sedang mencecah serendah -9C.
Juruterbang kata suhu -9C. Jadi Maryam cuba buat mulut nak keluarkan ‘asap’
Beg ‘free gift’ dari Emirates
Perubahan pemandangan dari Malaysia ke Dubai kemudian ke Oslo memang sangat menggamit jiwa. Masya-Allah. Cantiknya pokok pine di selimuti putih salji.
Anak-anak sangat tak sabar dah nak main salji.
Terowong masuk Hotel Radisson Blu. 2 minit jalan kaki saja dari pintu airport
Alhamdulillah laluan keluar imigresen dan pihak keselamatan mudah.
Sejurus selesai semua, kami pun cari hotel transit kami, iaitu Hotel Radisson Blu. Ia sepatutnya terletak betul-betul berdekatan dengan lapangan terbang.
Oh satu perkara yang kami perasan beza lapangan terbang Oslo ini, ianya senyap. Tidak kedengaran apa-apa bunyi pengumuman penerbangan.
Tapi semua pengunjung tahu jalan nak ke mana dan buat apa.
Rupa-rupanya di sini di amalkan ‘self-service’.
Dan masyarakat Scandinavia (Finland, Sweden, Norway) setakat yang kami baca dan temui, mereka ini tidak peramah pada perjumpaan pertama.
Tidak lah tiba-tiba ada orang sapa ‘Hai!’ seperti di Amsterdam.
Kalau kita tak tahu apa-apa, kita yang kena tanya. Mereka di kenali sebagai hormat kepada ruang privasi individu, iaitu tak tegur jika tiada apa-apa keperluan.
Tapi sekali kita tanya, memang mereka akan terangkan dengan sangat terperinci.
Berbalik kepada nak masuk hotel. Kami belum boleh masuk hotel waktu itu sebab bilik belum siap. Patut ‘check-in’ jam 3pm. Kami tiba pula jam 12 pm.
Waktu ini saya dah sangat letih. Tapi anak-anak dah tak sabar sangat mahu main salji.
Itu lah kata salah satu cabaran untuk ke Lofoten. Cabaran urus emosi diri dan anak-anak.
Nak main salji bukan semudah keluar bangunan dan terus main macam main hujan. Tapi kena ‘dress-up winter attire’ sekurang-kurangnya pakai jaket dan seluar yang betul supaya badan tak sejuk.
Dalam nak bertukar pakaian ini lah macam-macam ragam keluar.
Penat naik kapal terbang 7 jam tadi pun belum habis, nak tambah dengan anak-anak mahu main salji. Sampai terdetik dalam hati, ‘Apa benda lah aku buat ini. Buat penat diri sendiri.’ 😂
Sabar saja lah kan.
Selesai tukar pakaian, anak-anak main di tempat bermain dalam lapangan terbang terlebih dahulu sementara kami cari jika ada makanan boleh beli.
Sekali tengok harganya bagai tak percaya. Tapi itu lah Norway. Harganya lebih tinggi dari di Switzerland.
Air mineral mereka sahaja mencatatkan 33 Krone (RM 15) Tak perlu beli lah air mineral di sini. Air paip mereka bersih dan boleh di minum macam di Jepun.
Kebanyakan barang mereka bermula dengan 30 Krone. Tak jumpa sangat lah sen-sen ini. 20 Krone (RM 10) kira murah sangat dah, 10 Krone rasanya kami belum jumpa.
Ya walaupun di bandar Oslo dan juga di Lofoten. Sama saja.
Lapangan terbang Oslo ini juga seperti biasa ada ruang untuk orang beragama menunaikan solat. Maksud di sini ruang tersebut bukan untuk Muslim saja, tapi juga untuk agama lain.
Di sini namanya Little Chaplain, terletak di tingkat 2, bahagian perlepasan.
Mula-mula saya ingatkan nampak tanda salib lah kan. Sekali, lah kosong saja. Ianya sebuah bilik yang terbuka. Dan tak sangka nampak banyak sejadah di sini.
Ruang untuk orang beragama solat di Oslo Airport
Banyak sejadah
Mungkin ramai pekerja muslim di lapangan terbang ini.
Selesai solat, anak-anak pun di benarkan main salji sampai basah kasut (baru perasan patut tukar sekali kepada ‘snowboot’) dan kemudian kami ‘check-in’ hotel.
2 minit saja jalan kaki dari lapangan terbang.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat ‘family room’ yang kami tempah sangat besar. Ada 2 set bilik tidur. Sesuai lah dengan kami yang ada 4 anak.
‘Family Room’ di Hotel Radisson Blu, di depan Oslo Airport (bukan di bandar Oslo ya)
Mak apak kami tempahkan bilik yang berasingan, pun ada 2 set bilik tidur.
Sampai sahaja bilik, apa lagi, tidur lah kita. Ambil sedikit makanan dari mak buat alas perut.
Mak apak keluar ke bandar Oslo. Bandar Oslo dan lapangan terbang Oslo adalah dalam 10 minit naik keretapi mereka.
Mak cerita ada banyak rupanya restoran halal di Oslo. Mak jumpa dalam 3.
Saya langsung tak sangka. Ingatkan negara kutub utara ini tiada muslim mahu menetap. Konon dah persiapkan mental untuk makan ‘seafood’ sepanjang di sini.
Alhamdulillah syukur lah ada perantau seperti warga Turki, Syria dan Palestin.
Mereka datang bukan meminta sedekah, tapi membawa rahmah kepada pelancong muslim yang teringin nak makan daging di negara orang.
Mak tapaukan kami satu bungkus nasi beserta daging kambing dari kedai makan Turki. Harganya dalam 200 Krone.
Syukur lah mak tapaukan nasi. Bangun tengah malam, itu yang kami anak-beranak habiskan.
Esoknya, perjalanan untuk naik kapal terbang ketiga dan kapal terbang keempat.
Fuh! Tak sabar sangat dah ni nak sampai betul-betul merehatkan badan.
Download Itenary Lofoten Trip Kami

Download Tahniah! Sila semak emel anda dalam 3-5 minit dari sekarang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://diaryofmuhammad.com/perjalanan-ke-lofoten-hari-kedua-transit-di-oslo-norway/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Sar Hari Kedua Gagal Temui Penumpang Jatuh Feri

Operasi Sar Hari Kedua Gagal Temui Penumpang Jatuh Feri

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 285 hits
Operasi SAR hari kedua gagal temui penumpang jatuh feri Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 Feb 2019 8
Ditanya Persiapan Debat Kedua Jokowi Bilang Tunggu Hari Minggu

Ditanya Persiapan Debat Kedua Jokowi Bilang Tunggu Hari Minggu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 206 hits
Komisi Pemilihan Umum akan menggelar debat kedua Pilpres di Hotel Sultan Jakarta Minggu 17 Februari 2019 Debat antarcapres ini mengusung tema energi lingkungan hidup infrastruktur pangan dan sumber daya alam
Lofoten Norway Syurga Dunia

Lofoten Norway Syurga Dunia

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 297 hits
Cantiknya Mak Macam gambar yang Mak print kata Maryam kepada mak nya merujuk kepada gambar dalam Vision Board kami Alhamdulillah syukur tak sangka boleh sampai Sebak kagum semua ada Saujana mata memandang Tapi kan Maryam cakap macam itu mun...
Perempuan Ni Complicated Ada Hari Dia Ok Ada Hari Dia Moody Jadi Lelaki Kena Faham

Perempuan Ni Complicated Ada Hari Dia Ok Ada Hari Dia Moody Jadi Lelaki Kena Faham

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 403 hits
Perempuan Ni Complicated Ada Hari Dia Ok Ada Hari Dia Moody Jadi Lelaki Kena Faham Tak semua lelaki memahami perasaan perempuan yang kadang kadang ok kadang kadang moody Lelaki ni kongsi apa lelaki kena faham bila bersama dengan seorang mak...
Jejaka Ini Sungguh Terkejut Bagi Kucing Makan Hari Ini Esok Dapat 2 Tawaran Kerja

Jejaka Ini Sungguh Terkejut Bagi Kucing Makan Hari Ini Esok Dapat 2 Tawaran Kerja

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 526 hits
Jejaka ini sungguh terkejut Bagi kucing makan hari ini esok dapat 2 tawaran kerja Sebagaimana kita dituntut mengasihi sesama manusia dan haiwan kesayangan begitulah yang dilakukan seorang pemuda sehingga dia dikejutkan dengan rezeki yang ti...
10 Juta Main Game Apex Legends Dalam Masa 3 Hari

10 Juta Main Game Apex Legends Dalam Masa 3 Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 361 hits
Game terbaru dan popular masa kini Apex Legends berjaya mencecah 10 juta pemain dalam masa 3 hari sejak dikeluarkan secara rasmi pada 5 Februari lalu JIka dibandingkan game popular Fortnite mengambil masa dua minggu untuk mencecah angka ter...
Esdm Realisasi Penyaluran B20 Capai 92 Persen Per Hari Ini

Esdm Realisasi Penyaluran B20 Capai 92 Persen Per Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 200 hits
Rida menyebut untuk mencapai realisasi 100 persen memang tidak mudah Sebab masih ada beberapa persoalan seperti yang terjadi pada floating storage crude oil di Balikpapan dan Tuban
Sprm Panggil Empat Saksi Hari Ini

Sprm Panggil Empat Saksi Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 393 hits
NOR IDAYU BOSRO07 Februari 2019 7 20 PMLogo SPRMPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil empat saksi esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemim...
Hanya Rm1 400 Honeymoon Bajet Selama 7 Hari Di Istanbul Amp Cappadocia Turki

Hanya Rm1 400 Honeymoon Bajet Selama 7 Hari Di Istanbul Amp Cappadocia Turki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 273 hits
5156 SHARES Setiap pasangan terutamanya yang baru saja mendirikan rumahtangga pastinya inginkan tempat yang boleh dijadikan sebagai memori terindah Biasanya lokasi honeymoon yang handak dituju tdaklah perlu tempat yang mahal mahal Malah den...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya