Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.
Hari ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.
Hari Israk dan Mikraj adalah cuti umum bagi negeri Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu.
Keistimewaan Hari Israk dan MikrajPeristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Dua keajaiban itu adalah ‘Israk’ dan ‘Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.
Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui AllahMikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.Kronologi PeristiwaDipetik dari Bahagian Dakwah, JAKIM berikut adalah ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj.
1. IsrakNabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq.
Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.
Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.
Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.
Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
MikrajKeseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad SAW bukannya roh sahaja.
Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.
Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda sujud.
Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.)
Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
credit, My Salam Muslim
Selepas MikrajSetelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘Yang Membenarkan’.
sumber, ecentral, mysalammuslim
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafiksolutions.com/2022/02/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad.html