Hayati Israk Mikraj Dari Sudut Lain



ISRAK Mikraj adalah antara peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Usah kita berbahas tentang bilakah tepatnya berlaku peristiwa mencarik adat ini. Usahlah juga berbahas adakah boleh untuk kita mengadakan majlis bagi mengingati peristiwa ini.
Apa yang pasti, peristiwa ini benar-benar berlaku kepada nabi kita, Muhammad SAW. Ini bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat pertama: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Kebiasaannya Israk Mikraj dilihat dari sudut penerimaan ibadah solat lima waktu sehari semalam dan peristiwa-peristiwa yang dilalui dan diperlihatkan kepada baginda Rasul SAW. Kali ini melihat dan menghayati dari sudut pandang yang kurang diberikan perhatian oleh kebanyakan kita.
Cuba kita perhatikan pada ayat pertama surah al-Isra’ tadi. Adakah kita perasan di mana Allah SWT menyebutkan Nabi Muhammad dengan panggilan abdihi yang bererti ‘hamba-Nya’? Panggilan ‘hamba-Nya’ seperti ini kita boleh temukan pada beberapa ayat lain seperti surah al-Kahfi:1, surah al-Furqaan:3 dan surah al-Najm:10.
Lalu para ulama mengambil kefahaman yang tersirat daripada panggilan ‘hamba-Nya’ adalah untuk memberitahu kepada kita bahawa menghamba diri kepada Allah merupakan kedudukan paling mulia. Bahkan menghamba diri kepada nafsu, harta benda akan mengundang kecelakaan dan penyesalan tidak terhingga.
Secara mudah kita fahami apabila manusia menghambakan diri kepada sesuatu perkara, mereka sanggup lakukan apa sahaja maka sangat penting untuk kita sebagai manusia yang mengaku beriman dengan Allah, hari akhirat untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah. Melakukan segala perintah Allah tanpa banyak soal.
Apabila Allah mewajibkan atau mengharamkan sesuatu perkara, maka turuti tanpa mempersoal. Manusia hari ini lagaknya seperti cerdik. Kata mereka, “kita boleh tanya kenapa ini wajib, kenapa itu haram, kenapa begini haram, kenapa begitu wajib dengan alasan supaya kita lebih beriman kepada Allah” tetapi hakikatnya dalam tidak sedar kita sedang menerapkan suatu sikap memberontak dan tidak puas hati terutama apabila tidak temukan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.
Walhal kita ini hanyalah hamba yang menumpang ihsan Allah hidup atas muka bumi ini. Layakkah seorang hamba untuk mempersoalkan tindakan atau keputusan Allah? Jawapannya, tidak layak sama sekali.
MISTERI
Kita hanya layak untuk patuh dan ikut semata-mata perintah dan ketentuan Allah. Bahkan sifat Allah yang Maha Pengasih terhadap hamba-Nya yang patuh dan taat di mana Allah akan kurniakan sebesar-besar ganjaran kepada hamba-Nya yang taat itu.
Hari ini, ada juga manusia yang hidup di atas muka bumi dengan sifat besar diri, berasa diri hebat, apatah lagi apabila dikurniakan pangkat dan kedudukan serta harta melimpah ruah. Lebih malang lagi jika ada manusia yang miskin dan lemah tetapi masih bongkak dan sombong.
Jangan sesekali lupa diri, kita hanyalah makhluk yang lemah dan hina. Kita hanya akan beroleh kemuliaan apabila mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Hiduplah menumpang di bumi ini dengan jiwa kehambaan supaya kita selamat daripada sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong dan takbur.
Sekali lagi bila kita soroti peristiwa Israk Mikraj dengan jiwa kehambaan yang hakiki inilah baginda nabi kita Muhammad SAW dimuliakan Allah. Allah menjemput dan memperjalankan baginda Rasul SAW dengan suatu perjalanan agung. Baginda Rasul SAW diperlihatkan oleh Allah akan perkara-perkara yang melangkaui adat manusia.
Peristiwa Israk Mikraj juga menjadi misteri kerana ia berlaku pada waktu malam tanpa ada seorang manusia pun menjadi saksi kepada peristiwa mukjizat ini. Inilah juga sebenarnya pelajaran penting yang patut diinsafi bersama. Antara pasak penting keimanan ialah beriman kepada rasul. Menjadi ujian dan cabaran terbesar kepada umat Islam untuk membenarkan keimanan mereka kepada Rasulullah SAW.
Adakah sempurna iman kepada rasul dengan hanya melantunkan qasidah dan nasyid-nasyid memuji rasul? Adakah cukup keimanan kepada rasul dengan hanya pengakuan di bibir mulut. Iman adalah perkara berkaitan hati, lisan dan anggota badan. Hati mengakui dan menerima dengan yakin, lisan juga membenarkan apa yang tersirat di hati dan anggota badan menjadi bukti kepada keimanan.
Jadi, sikap kita sebagai orang Islam yang beriman, hendaklah kita dengan sedaya upaya membenarkan dan mengikuti segala syariat dibawa Nabi Muhammad SAW. Jalan keselamatan dan kesejahteraan hidup adalah dengan Islam. Islam adalah agama Allah, Nabi Muhammad SAW pula diutuskan Allah untuk mengajak dan mengajar manusia kepada-Nya dan beramal dengan agama-Nya.
Maka untuk beroleh selamat sejahtera dunia dan akhirat, hendaklah kita menuntut ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kita mengenal Allah dan rasul-Nya, ilmu yang menerbitkan rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya, ilmu yang mengatur kehidupan kita dengan syariat Ilahi. Ilmu adalah cahaya yang akan menyinari kehidupan kita. – UTUSAN
PENULIS ialah Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
 
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

The post Hayati Israk Mikraj dari sudut lain appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/03/hayati-israk-mikraj-dari-sudut-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Israk Dan Mikraj

Salam Israk Dan Mikraj

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 180 hits
Keistimewaan Hari Israk dan MikrajPeristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya Dua keajaiban itu adalah Israk dan Mikraj ya...
Sambutan Hari Israk Mikraj 1443h 2022

Sambutan Hari Israk Mikraj 1443h 2022

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 242 hits
Selasa 1 Mac 2022 bersamaan 27 Rejab 1443H merupakan tarikh sambutan Israk Mikraj 2022 Malaysia Ringkasnya Hari Israk Mikraj merupakan peristiwa penting bagi umat Islam Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang ber...
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 311 hits
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam Isnin 27 Rejab kira kira 18 bulan sebelum hijrah Hari ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s a w pada tahun k...
Lelaki Mengamuk Di Majlis Perkahwinan 7 Tahun Menyulam Cinta Wanita Kahwin Lelaki Lain

Lelaki Mengamuk Di Majlis Perkahwinan 7 Tahun Menyulam Cinta Wanita Kahwin Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 164 hits
Lelaki tersebut ditenangkan oleh tetamu majlis perkahwinan ketika mengamuk di acara itu Instagram andreli 48 Merdeka JAKARTA Gara gara kecewa cinta dikhianati seorang lelaki mengamuk di sebuah majlis perkahwinan kerana teman wanitanya memil...
Di Malaysia Muhammad Sajjad Tetap Lelaki Di Negara Atau Alam Lain Dia Nak Jadi Jantina Apa Kita Tak Campur

Di Malaysia Muhammad Sajjad Tetap Lelaki Di Negara Atau Alam Lain Dia Nak Jadi Jantina Apa Kita Tak Campur

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 239 hits
Di Malaysia Muhammad Sajjad tetap lelaki di negara atau alam lain dia nak jadi jantina apa kita tak campur Jantina usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sajat di Malaysia adalah lelaki seperti yang tertera di kad pengenalannya iaitu Muham...
Mh370 Diekori Pihak Lain Sebelum Hilang Dakwa Pakar Aeroangkasa

Mh370 Diekori Pihak Lain Sebelum Hilang Dakwa Pakar Aeroangkasa

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 206 hits
LONDON Seorang pakar aeroangkasa mengemukakan teori baharu mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan mendakwa juruterbang pesawat itu mungkin diekori pihak lain Lapor Daily Mail jurutera aeroangkasa Richard Godfrey mendakwa...
Hiburan Sampai Koyak Rabak Baju Netizen Geram Ibu Bapa Biar Anak Royal Rumble Anak Orang Lain Di Playground

Hiburan Sampai Koyak Rabak Baju Netizen Geram Ibu Bapa Biar Anak Royal Rumble Anak Orang Lain Di Playground

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 251 hits
Tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan sekumpulan kanak kanak bermain di sebuah kawasan permainan indoor namun keadaan kemudian dilihat menjadi tidak terkawal sehingga terjadinya sebuah pergaduhan kecil Rakaman CCTV itu sekal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash