Peristiwa Dan Hikmah Nuzul Al Quran
Nuzul Al Quran 2021 public holiday untuk semua Negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.Sembilan, Sabah dan Sarawak. Selamat bercuti kepada yang bercuti hari ni. Nuzul Al Quran Malaysia 2021 jatuh pada 29 April 2021 bersamaan dengan 17 Ramadan di mana peristiwa Nuzul Al Quran berlaku.
Peristiwa Nuzul Al QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa yang bersejarah dalam Islam dimana Allah سبحانه وتعالى menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ . Dan ianya berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, semasa Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira
Pengertian Nuzul Al QuranPerkataan “Nuzul” bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq, iaitu :
Firman Allah سبحانه وتعالى:
بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
maksudnya :
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4)
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).”
[Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5]
Hikmah Nuzul Al Quran1. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
2. Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
3. Kandungan ajaran Al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al-'Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra': 9 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.Maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang mendalami rahsia Al-Quran.
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
sumber :https://www.facebook.com/yayasanwp/posts/1138459543008590/
https://www.facebook.com/480621232017153/posts/hikmah-nuzul-al-quran-1-al-quran-adalah-mukjizat-terbesar-nabi-muhammad-saw-dan-/1788664164546180/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/04/peristiwa-dan-hikmah-nuzul-al-quran.html