Perisa Baru Kokojar Shake Strawberry Yogurt Dan Manggo Yogurt
hai assalammualaikum
Perisa Baru kokojar Shake, Strawberry Yogurt dan Manggo Yogurt - Hah kuih raya dah habis, jadi kita cari kudapan lain untuk mulut ni mengunyah. Teringat dengan Kokojar Shake, terus tengok instagramnya. Wow, nampak Kokojar Shake ada perisa baru, lagi unik, perisa Strawberry yogurt dan Manggo yogurt. Kita cubala..hehehe
Sebelum ni nad pernah rasa perisa original dan mocha, serius sedap dan puas hati. Harga pun murah, cuma RM18 sahaja dengan saiz balang yang besar iaitu 340g. Mana ada kokojar lain dengan harga dan saiz macam ni.
Perisa Baru kokojar Shake, Strawberry Yogurt dan Manggo YogurtKokojar Shake ni campuran bubble rice dan mini white crunch dengan disaluti coklat cair yang premium. Even kau letak luar lama pun, coklat dia masih smooth, tak keras dan campuran dalam tu tak melekat-lekat. Bila nak makan tu, kena shake dulu, kemudian boleh terus makan.
Perisa baru Kokojar Shake Strawberry Yogurt dan Manggo Yogurt, tengok packaging menarik kan. Rasanya macam mana pulak
Kalau tengok botol dah nampak sikit, sebab nad dengan anak-anak dah bedal dulu baru ambik gambar.. Hahahaa.. Tak sabar nak tau rasa dia.
Perisa baru Kokojar Shake strawberry yogurt, gabungan strawberry dan yogurt. Rasa dia memang ada rasa strawberry, rasa masam manis dia. Serius lain dari lain, sedap, korang kene cuba tau
Bagi peminat mangga, hah, ni ada Kokojar Shake perisa Manggo yogurt. Buka je penutup memnag bau dia semerbak bau mangga. Paling terkejut, rasa dia macam mangga harum manis.. Hah, tak caya, cubala beli
Banyak cara boleh makan Kokojar Shake ni. boleh je makan macam tu je atau nak kelainan boleh je makan dengan roti, atau tuang dalam mangkuk, kemudian letak susu, macam makan cereal tu, fuh sedap
Haritu anak kita yang sulung, Fariza jadi kreatif, bila dia suruh letak Kokojar Shake ni dekat atas pancake dia..hehee. Makan Kokojar Shake ni memang takkan sedar, sambil kau layan tengok tv ke, buat kerja ke, makan la dekat mana-mana, tengok-tengok dah separuh. Dhla rangup, krup krap krup krap bunyi dia..ehehe.
Kokojar Shake ni dijamin halal, adunan dan bahan bersih dan selamat. Menggunakan bahan yang berkuliti dan terbaik. Pemilihan bahan yang terperinci mampu buat anda kecur air liur dan puas dengan setiap suapan. Semua perisa Kokojar Shake. Smeua perisa Kokojar shake ni menetapi citarasa semua orang dan akan buat korang nak lagi dan lagi, macam nad ni la..ehehe
Alang-alang sekarang pun tengah " total lockdown ", mesti mulut asyik nak mengunyah je, perut asyik berbunyi, nak cari benda mengunyah yang murah, boleh cari Kokojar Shake ni
Jana Pendapatan Dengan Menjual Kokojar Shake
Mungkin waktu sekarang ada yang nak cari duit sampingan, atau ada yang terkesan sebab pandemik ni, nak cari duit, boleh jadi agent Kokojar Shake ni. Kokojar shake ni mesti orang cari, orang kan asyik cepat lapar je, lagi bila duduk rumah ni..hheehe
Kalau berminat korang boleh hubungi no +60 11-6292 1562
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari;Website: https://kokojar.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kokojarshake.hqpage
Instagaram: https://www.instagram.com/kokojarshake.hq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/06/perisa-baru-kokojar-shake-strawberry.html