Period Tapi Mengandung Bolehkah Ia Berlaku Ini Penjelasannya


Membuat ujian kehamilan dan mendapat hasil positif, sudah tentu menjadi perkhabaran yang membahagiakan. Eh, nanti dulu, tetapi kenapa pula ada darah? Bolehkah kita period tapi mengandung?
Bolehkah period tapi mengandung? Apabila seseorang individu wanita itu hamil, dia tidak akan melalui proses ovulasi. Keadaan ini sekali gus akan menghentikan kedatangan period. Ini kerana darah haid hanya akan keluar apabila seseorang individu itu tidak mengandung.
Kitaran haid berlaku untuk memudahkan proses kehamilan. Ia bermula pada hari pertama seseorang individu itu didatangi haid dan berakhir sebelum hari pertama untuk kitaran yang seterusnya. Ovulasi pula adalah apabila ovari mengeluarkan ovum, ia berlaku pada pertengahan proses kitaran haid.
Ovum hanya dapat bertahan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas proses ovulasi berlaku. Sekiranya sperma hadir dan berjaya menembusi serta bersenyawa dengan telur, maka ovum akan menempel pada dinding rahim; keadaan ini bermakna anda hamil.
Jika tiada persenyawaan berlaku, haid akan hadir dan badan akan meluruhkan lapisan rahim supaya ia boleh menghasilkan dinding rahim baru untuk kitaran haid yang seterusnya.
Jadi bagi menjawab persoalan, adakah boleh untuk anda period tapi mengandung? Jawapan paling tepat, adalah tidak. Namun, terdapat beberapa keadaan yang memungkinkan untuk berlakunya pendarahan ketika mengandung.
Faktor pendarahan Pendarahan yang berlaku pastinya mendatangkan kebimbangan kepada individu wanita yang sedang hamil. Tetapi sebenarnya, sesetengah pendarahan yang berlaku tidaklah membahayakan dan mungkin bersifat sementara.
Berikut adalah beberapa keadaan yang memungkinkan pendarahan untuk terjadi:
Waktu kitaran haid
Period atau darah haid yang muncul ketika anda disahkan hamil adalah kerana proses persenyawaan yang berlaku ketika seseorang individu wanita itu hampir period. Umumnya, proses persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas hubungan seks dilakukan.
Persenyawaan biasanya berlaku selepas beberapa hari hubungan intim antara pasangan dilakukan. Terdapat kemungkinan pada ketika telur berjaya disenyawakan adalah hari yang sepatutnya individu wanita tersebut didatangi haid. Segalanya tidak mustahil untuk terjadi, bukan?
Kadar hormon
Punca lain yang boleh mendasari sebab anda period tapi mengandung adalah disebabkan kadar hormon progesteron di dalam badan yang rendah. Situasi ini mungkin berlaku apabila dinding rahim tidak begitu kukuh dan jatuh, akhirnya ia mengakibatkan terjadinya haid.
Hubungan seks
Adakalanya pendarahan juga boleh berlaku apabila anda melakukan hubungan seks ketika hamil dan darah yang keluar itu disangka sebagai period. Sedangkan apabila seseorang individu wanita itu mengandung, akan berlaku perubahan pada permukaan serviks. Keadaan ini sekali gus boleh menyebabkan darah keluar apabila melakukan hubungan intim.
Jangkitan
Jangkitan kuman juga boleh menjadi antara penyebab mengapa anda period tapi mengandung. Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapatkan rawatan segera kerana terdapat risiko kemudaratan yang boleh mengancam kandungan.
Kehamilan ektopik
Sekiranya pendarahan berlaku dalam minggu ke-4 kehamilan dan ke atas, ia mungkin merupakan masalah kehamilan ektopik atau bahasa mudahnya, kehamilan di luar rahim. Ia berlaku apabila tumbesaran janin berlaku di tiub fallopian. Semestinya ia merupakan satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu.
Masalah uri
Sekiranya kehamilan anda sudah melepasi tempoh minggu ke-24, namun berlaku pendarahan, ia mungkin petanda masalah serius. Anda disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar sakit puan.
Pendarahan yang berlaku mungkin disebabkan keadaan yang dipanggil placenta previa, iaitu uri terletak di bahagian bawah atau placenta abruption di mana uri terlepas dari dinding rahim.
Rawatan doktor Seseorang individu wanita perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami beberapa simptom seperti:
Rasa kesakitan dan kekejangan Pening atau pitam Pendarahan berat atau pembekuan darah Kesakitan pada bahagian perut dan pelvis Jika anda mengalami sebarang simptom yang disebutkan di atas atau berlaku pendarahan yang semakin teruk, anda harus segera berjumpa doktor. Ini kerana terdapat kebarangkalian punca yang menyebabkan pendarahan berlaku boleh mengancam nyawa anda dan kandungan.
Langkah pencegahan Mengalami pendarahan ketika hamil sudah tentu mendatangkan kegusaran pada setiap wanita. Namun terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya pendarahan ketika hamil.
Berhati-hati 
Cara paling mudah untuk mengatasi daripada berlakunya pendarahan adalah dengan berhati-hati. Malahan ia merupakan satu langkah yang perlu sentiasa diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.
Setiap individu wanita yang disahkan mengandung perlu mengikuti nasihat yang diberikan doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan. Jangan sekali-kali mengambil mudah mengenai kesihatan bayi dalam kandungan dan juga anda.
Kerja berat
Anda mungkin merupakan seorang individu wanita yang boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri. Anda mungkin bukan seorang individu yang gemar meminta bantuan individu lain dan boleh berdikari sendiri.
Tetapi sebaik sahaja anda disahkan hamil, tidak kira siapa pun anda sebelum ini, anda harus menghindarkan diri daripada melakukan sebarang kerja mahupun tugasan berat. Ini kerana ia berisiko mengakibatkan mudarat kepada kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Stres
Kebanyakan individu beranggapan bahawa tempoh kehamilan adalah satu waktu yang membahagiakan. Mungkin juga, namun, ia tidak berlaku kepada setiap wanita yang hamil. Adakalanya, tekanan disebabkan faktor sekeliling boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. Sebaiknya anda perlu mengawal emosi dan elakkan daripada menjadi terlalu tertekan.
Pemeriksaan segera
Jika secara tiba-tiba anda mengalami pendarahan yang banyak serta diikuti dengan rasa sakit pada bahagian perut, ia mungkin satu perkara yang melibatkan situasi yang serius. Anda perlu segera mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana uri berada pada bahagian bawah rahim atau uri tercabut daripada rahim dan memerlukan perhatian doktor.
Akhir kata Ketika anda disahkan hamil, penjagaan kesihatan kandungan adalah amat penting untuk menjamin proses tumbesaran janin yang baik dan sihat. Dalam masa yang sama, penjagaan ibu hamil juga tidak boleh diabaikan.
Ia melibatkan aspek penjagaan pemakanan, aktiviti harian serta perlu mendapatkan rehat yang mencukupi. Elakkan sebarang pekerjaan berat yang boleh mendatangkan bahaya sama ada kepada anda mahupun kandungan.
Pendarahan yang berlaku tidak bermakna seseorang individu wanita itu mengalami period. Adakalanya pendarahan tersebut berlaku disebabkan perubahan pada badan ketika mengandung.
Sekiranya pendarahan yang berlaku mendatangkan kegusaran kepada anda, cara yang paling terbaik untuk memastikan anda benar-benar hamil dan kandungan anda berada dalam keadaan selamat adalah dengan mendapatkan pemeriksaan doktor. Jangan ambil mudah, okay?
Sumber: Hello Doktor
The post Period Tapi Mengandung, Bolehkah Ia Berlaku? Ini Penjelasannya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/29/period-tapi-mengandung-bolehkah-ia-berlaku-ini-penjelasannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya Aku

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 706 hits
Wanita Ini Pernah Mengandung Sebanyak 5x Tapi Semua Keguguran Bila Jumpa Ustaz Perubatan Islam Rupanya AkuAku sudah 7 tahun berkahwin Dalam pada masa tu sudah 5x aku mengandung tetapi semua keguguran apabila mimpi seorang nenek tua datang u...
Kenapa Period Lewat Tapi Tak Hamil

Kenapa Period Lewat Tapi Tak Hamil

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 568 hits
Kalau korang baca entry k fiezz yang emosi tu k fiezz ada membebel pasal waktu subur Bagi yang merancang untuk hamil wajib ambil tahu bila waktu subur Kalau yang tak nak hamil atau dalam erti kata lain tengah merancang Pun wajib ambil tahu ...
Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 454 hits
Pihak Polis Diraja Malaysia berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu Melalui peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199...
Kurang Selera Makan Tapi Masak Rajin

Kurang Selera Makan Tapi Masak Rajin

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 512 hits
Hi korang Dah petang baru nak update lately ni SA kurang selera makan tapi SA masak jugak masa weekend tak tau la apa tekak ni nak makan ntah sebenarnya SA dalam kesedihan ada la perkara personal yang SA x leh nak share kat sini tapi SA pen...
Memang Sedap Merokok Lepas Makan Tapi Siapkan Juga Rm10 Ribu Mulai Januari 2020

Memang Sedap Merokok Lepas Makan Tapi Siapkan Juga Rm10 Ribu Mulai Januari 2020

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 305 hits
Jangan ingat kerajaan senyap tu tanda tak jadi buat ok gais Haa buat buat lupa la tu Ohmedia cakap pasal undang undang merokok lah yang sebelum ni kerajaan umumkan Kalau korang nak tahu pihak kerajaan akan tetap meneruskan larangan merokok ...
Tren Fesyen Sopan Makin Disukai Wanita Dunia Tapi

Tren Fesyen Sopan Makin Disukai Wanita Dunia Tapi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 658 hits
Tren fesyen sopan Makin Disukai Wanita Dunia ANTARANYA pakaian menyentuh lantai seluar lebar dan jaket yang besar Trend ini dipanggil fesyen sederhana atau fesyen sopan kononnya Istilah yang merujuk kepada pakaian yang merangkumi tubuh dan ...
Suntikan Untuk Matangkan Paru Paru Bayi Memang Sakit Tapi Lakukanlah Persiapan Ini Demi Bayi Anda

Suntikan Untuk Matangkan Paru Paru Bayi Memang Sakit Tapi Lakukanlah Persiapan Ini Demi Bayi Anda

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 264 hits
ADOOOIII sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor Kalau tak cucuk takpe ke ujar Betty sambil mengosok gosok punggungnya Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan ...
Katanya Dibuka Luas Tapi Seleksi Cpns 2019 Dinilai Tak Ramah Disabilitas Transgender Dan Perempuan

Katanya Dibuka Luas Tapi Seleksi Cpns 2019 Dinilai Tak Ramah Disabilitas Transgender Dan Perempuan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 266 hits
Ternyata seleksi CPNS nggak setoleran yang dikira Ada syarat syarat yang memberatkan sejumlah pihak
Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

Bukan Tun M Tapi Syed Saddiq Punca Ph Kalah Syaiful Irfan Anang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 416 hits
Astro Awani Syaiful Irfan Anang berkata punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti Foto fail KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Pakatan Harapan Syed S...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation