Kenapa Period Lewat Tapi Tak Hamil
Kalau korang baca entry k.fiezz yang emosi tu, k.fiezz ada membebel pasal waktu subur. Bagi yang merancang untuk hamil, wajib ambil tahu bila waktu subur?Kalau yang tak nak hamil atau dalam erti kata lain, tengah merancang. Pun wajib ambil tahu bila waktu subur. Cuma bezanya untuk yang nak hamil kena baby dancing dengan suami masa waktu subur ni. Manakala yang merancang, kena elakkan bersama waktu subur ni. Tu je beza dia.
Kredit - FB - juenaqayla08
Jadi bila waktu subur, nah ni penerangan dari K.Jue, tukang urut yang k.fiezz pernah pi berurut dulu. Macam k.fiezz beritahu sebelum ni, kalau follow facebook K.Jue ni banyak info-info berkaitan TTC (Trying To Conceive) dia kongsikan. K.fiezz selalu dapat apa-apa ilmu berkaitan TTC ni, dari K.Jue selain dari mencari jawapan di Mr Google.
Dan dari penerangan ni, rasanya korang boleh faham kenapa period lewat?bila check upt, -ve (untuk yang nak hamil). Semua bergantung pada ovulasi. Tu yang penting waktu ovulasi ni bagi yang tengah berusaha untuk hamil.
K.fiezz dulu pun tak faham. Dan dulu memang period k.fiezz haru biru. Sekarang alhamdulillah. Untuk bagi period regular ni, banyak juga faktor. Pemakanan paling penting. dan kurangkan makanan yang tak berkhasiat. Dan banyakkan minum air putih/masak. Kena kurangkan berat badan pun, memainkan peranan untuk bagi period regular. OPK & BBTMacamana nak tahu waktu subur?hah, ni penerangan secara ringkas k.fiezz boleh ringkaskan untuk mudahkan pemahaman korang.
Salah satu cara untuk tahu waktu subur, ialah dengan buat Ovulation Test & BBT. BBT ni ambil suhu badan setiap pagi. Agak leceh tapi percaya lah, sangat membantu untuk yang sedang berusaha untuk hamil tahu waktu subur. Lebih tepat kalau gabungkan OPK & BBT. K.fiezz cuma buat test OPK ni je. Sebab senang proses dia, cuma buat tester macam urine pregnancy test (UPT) tapi guna Ovulation tesk (OPK)..Dan dari hasil test ni, korang boleh tahu dah sampai ke belum waktu subur. Kalau dapat 2 line yang sama terang, bermaksud korang dalam waktu subur. Jadi boleh lah mencuba baby dancing dengan suami dalam tempoh ni (penerangan mengenai waktu subur rujuk gambar di atas).
Nanti k.fiezz cuba buat entry lain pasal OPK ni.
Untuk yang suhu badan tu senang juga cuma kena pastikan setiap pagi bangun je dari tidur, terus ambil suhu dulu. Jangan bangun, jangan banyak bergerak. so termometer tu seeloknya letak di tempat yang senang nak capai & tak banyak pergerakan. K.fiezz pernah buat juga BBT, ambil suhu ni. tapi selalu terlupa. Pagi-pagi selalukan kita nak terkucil, jadi kadang tak tahan sangat, terus bangun. Lepas tu baru teringat kena catit suhu badan patutnya. haih. sabar je lah.
Menjadi ke dengan OPK ni untuk hamil?kita usaha. Yang menentukan Allah. Ramai juga yang berjaya hamil dengan OPK ni.
Kalau kata hasil baby dancing tak menjadi, senang nak detect bila period akan keluar.
Dan setakat ni, memang k.fiezz boleh tahu bila waktu period hasil dari OPK ni.
Dah ambil test OPK ni, lepas tu nak buat apa?guna Apps Pre Mom. Download je. So tiap kali lepas ambil test, snap gambar test dalam apps ni. Dari situ kita boleh pantau & tengok hasil OPK. Kalau kata dapat OPK +ve, dia akan highlight. Senang lah nak tahu kita dah subur ke belum. ada bacaan dia. TTCSebenarnya hasil dari cubaan demi cubaan untuk hamil, banyak k.fiezz belajar pasal trying to conceive ni. Kena buat OPK, buat BBT. Kena jaga pemakanan terutama yang ada masalah PCOS, Cyst, Fibroid. Banyak sebenarnya info-info yang k.fiezz tak pernah tahu pun sebelum ni. Bila dah berada dalam situasi ni, baru kita belajar. Tu pun tak semua k.fiezz tahu. Sini sikit info. Sana sikit info..Gabungkan, dapatlah info-info baru. Dapat ilmu ni pun, rezeki dari Allah juga. Kalau tak berada dalam situasi ni, kita pun malas nak ambil tahu, kan. Alhamdulillah.
Sebenarnya banyak lagi info-info pasal TTC. Ni k.fiezz share sikit je. Kang korang yang tak berada dalam situasi ni pening nak baca. apa ni OPK..BBT?tak faham la k.fiezz...
Chill okey. kalau korang yang berada dalam situasi TTC ni & tak faham apa-apa, feel free isi borang kat sidebar sebelah ni..yang mana k.fiezz tahu jawapan, k.fiezz akan jawab..k.fiezz tak lah terer benor. Untuk yang bukan berada dalam TTC, anggap lah info ni sebagai general knowledge. Mana tahu korang ada kenalan/sedara-mara yang berada situasi sama macam k.fiezz. Boleh korang terangkan sikit-sikit. Yang selebihnya suruh lah orang yang berkenaan , cari di Mr Google. Banyak blog yang share pasal Trying To Conceive ni. Ada yang dah berjaya. dan ada yang masih mencuba macam k.fiezz.
Doakan baby 2020 untuk k.fiezz & mr hubby..aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/11/kenapa-period-lewat-tapi-tak-hamil.html