Perintah Kawalan Pergerakan Tepat Jangan Politikkan Isu Covid 19 Dr Zaki


Azlina Rosdy    ALOR SETAR – Pengamal perubatan yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Kedah, Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid, menyelar tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang cuba mempolitikkan isu virus COVID-19.

Jelas beliau, sikap sebegini tidak akan membantu kerajaan dalam menangani penyebaran wabak virus ini.

“Jadi saya berharap orang ramai agar jangan sesekali menjadi masalah mahupun mencipta masalah bagi memburukkan lagi pencegahan virus COVID-19 dari merebak. Sikap menyebarkan berita tidak benar mahupun mempolitikkan isu ini sama sekali tidak membantu mengurangkan serangan panik yang melanda rakyat di negara ini.

“Kita jangan jadi masalah, tidak kira pembangkang atau kerajaan, sekarang ini kita berharus bersama-sama membantu menangani virus ini. Jangan politikkan isu COVID-19.

“Tapi masalahnya sekarang ini kebanyakan orang suka memburukkan keadaan, suka jadi masalah dan buat masalah. Perkara sebegini tidak membantu untuk menenangkan rakyat yang sudah mula panik.
Jadi lebih baik kita kongsi perkara yang positif,” ujar beliau ketika menjadi tetamu jemputan dalam segmen ‘Kopi O’ anjuran UMNO Negeri Kedah yang bertajuk ‘Sejauh Manakah Keberkesanan Langkah Kawalan Pergerakan Mencegah Wabak COVID-19’.

Tambah Dr. Zaki, tindakan kerajaan mengenakan kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak ini sebenarnya adalah sangat tepat dan kena pada masanyanya.

“Paling utama dalam mencegah penyakit-berjangkit ini adalah mencegah pergerakan sosial. Kita dapat mencegah penyakit polio dan tibi bukan hanya semata-mata kerana antibiotik tetapi perubahan dari segi urbanisasi… lebih baik dan pembangunan perubatan menjadikan ia dapat dikawal.



“Maksudnya, tindakan kerajaan dan masyarakat dari segi tindakan sosial harus dibuat dengan baik. Inilah kaedah yang sangat penting. Kalau nak tunggu vaksin dalam masa yang singkat, ia adalah satu perkara yang mustahil. Nak kaji ambil masa maka kaedah kawalan pergerakan adalah yang terbaik bagi menyekat rantaian penyebaran wabak ini.

“Sejarah sudah membuktikan bahawa kawalan pergerakan berjaya mengekang penyebaran penyakit-berjangkit. Jika dilihat pada sejarah bagaimana suatu ketika dulu penyakit H1N1 yang bermula di China membunuh berpuluh ribu orang berjaya dikawal dalam masa dua tahun apabila kawalan pergerakan dilakukan secara ketat,” jelas beliau.

Menerang dengan lebih lanjut berkaitan COVID-19, Dr. Zaki berkata, masalah dengan virus ini adalah ia mempunyai kadar jangkitan yang tinggi, dan walaupun berada dalam udara tapi ia boleh bertahan selama tiga jam.

“Walaupun tidak menyentuh tapi kita boleh dapat juga kalau kita berada dalam ruang yang sama.
Masalahnya, pembawa tidak semestinya demam. Virus ini juga boleh duduk selama 48 ke 72 jam di permukaan. Jadi, kaedah pencucian adalah baik kerana terdedah dan menjadi sumber merebak jika ada yang menyentuh.

“Semua orang kena faham, ini adalah jalan terbaik buat masa ini dan tindakan kerajaan ini adalah tepat.

“Kalau rakyat masih tidak ambil peduli, masih bergerak seperti biasa, mungkin keadaan menjadi lebih teruk. Kerajaan juga perlu keluarkan lebih banyak sumber dan tenaga kerja untuk merawat mereka yang dijangkiti. Dalam masa 14 hari kita berharap dapat perlahan dan seterusnya memberhentikan penyebaran virus ini dengan syarat beri kerjasama, ini bukan perkara main-main,” tegas beliau lagi.

Terbaru Kerajaan memaklumkan, khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UMNO ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-tepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 244 hits
Ringkasan Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan 1 Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan masih 95 peratus menunjukkan masih ramai yg ingkar 2 Lanjutan PKP bergantung kpd kepatuhan rakyat 3 110 tangkapan oleh Polis semalam kpd mereka ...
Perintah Kawalan Pergerakan Kekal Di Mana Anda Berada Dan Jangan Balik Kampung Pakar

Perintah Kawalan Pergerakan Kekal Di Mana Anda Berada Dan Jangan Balik Kampung Pakar

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 305 hits
Salah seorang ahli Pasukan Petugas COVID 19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menasihatkan agar orang ramai agar kekal di mana anda berada dan kurangkan perjalanan khasnya pulang ke kampung Ia berikutan dengan Perintah Kawalan Perg...
Perutusan Khas Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Perutusan Khas Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 359 hits
Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 Please stay calm and don t panic Eventhough we have extended the Movement
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 289 hits
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan COVID 19 di Daerah Kluang Johor Daripada jumlah itu sebanyak 61 kes adalah dari Kampung Dato Ibrahim Majid dan Band...
Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 595 hits
UNTUK MAKLUMAN DAN HEBAHAN ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERANA WABAK COVID 19 NEGERI PAHANG 1 Memastikan semua premis premis kedai makan di daerah daerah yang mencatatkan kes positif Covid 19 dan di CAMER...
Tawaran Khas Syarikat Penyiaran Dan Telekomunikasi Dudukrumah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Malaysia

Tawaran Khas Syarikat Penyiaran Dan Telekomunikasi Dudukrumah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 355 hits
Berikut ialah Tawaran Promosi Khas Syarikat Penyiaran dan Telekomunikasi Sempena Kempen DudukRumah Perintah Kawalan Pergerakan COVID19 Malaysia 2020 1 AstroPercuma semua channel movie termasuk HBO Fox Movies sehingga 31 Mac 2020 Percuma sem...
Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 776 hits
BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke 6 Sama ada boleh bertahan atau...
Zoo Negara Perlukan Dana Ketiadaan Pengunjung Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Zoo Negara Perlukan Dana Ketiadaan Pengunjung Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 373 hits
Semalam 25 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia telah membuat beberapa pengumuman khas berkaitan Covid 19 Antaranya ialah tempoh perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 Apri 2020 Seperti yang telah diagak kerana kedegilan rakyat Ma...
Covid 19 Notis Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Notis Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 992 hits
Notis Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Assalamualaikum fellas Sediamaklum berhubung dengan perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 baru ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip