Perihal Penangguhan Pilihan Raya



Menarik sekali bila Ahli Parlimen Padang Terap, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid, membayangkan bahawa beliau mahu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes bagi menjamin kepentingan umum.

Perkara ini amat menarik sekali kerana Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid adalah Naib Presiden UMNO, jadi bila beliau memberi bayangan sebegini ia boleh menghapuskan persepsi umum bahawa UMNO adalah antara pihak yang beria-ia mahukan pilihan raya dilangsungkan segera

Pandangan Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid ini sebenarnya adalah satu pandangan yang cukup rasional sekali tatkala sebelum ini pun sudah ramai tokoh akademik, tokoh masyarakat, pemimpin politik malah pegawai tinggi kerajaan yang menyuarakan pandangan yang sama

Contohnya ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh, yang dilaporkan pada 13 Oktober lalu “memohon kalau boleh tiada pilihan raya ketika ini" kerana pilihan raya tidak sesuai diadakan pada masa ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara

Begitu juga dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang turut dilaporkan menyarankan pada 27 Oktober lalu supaya kerajaan tidak melangsungkan sebarang pilihan raya buat masa ini bagi mengelakkan berlakunya peningkatan penularan Covid-19

Hanyasanya, apa yang menjadi perbincangan hangat di kalangan pelbagai pihak ialah apakah cara yang boleh diambil oleh kerajaan mengikut peruntukan undang-undang untuk memastikan bahawa pilihan raya tidak perlu dilangsungkan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini

Di dalam sidang Parlimen semalam, Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid bertanya adakah kerajaan bercadang untuk meminda perlembagaan atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini

Di dalam jawapan beliau, Dato’ Takiyuddin Bin Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), berkata:
(1) Pengwujudan rang undang-undang khusus bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini “adalah tidak bersesuaian dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan”

(2) Pemindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini “memerlukan sokongan 2/3 Ahli Parlimen”

(3) Penangguhan pilihan raya boleh dilakukan “sekiranya pandemik ini difikirkan boleh diisytiharkan darurat seperti yang diperuntukkan dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan”

Meneliti jawapan yang diberikan oleh Dato’ Takiyuddin Bin Hassan ini, kelihatannya seperti darurat di kawasan-kawasan pilihan raya tertentu seperti di Batu Sapi atau di Sarawak adalah cara paling munasabah untuk mengelakkan pilihan raya daripada terpaksa dilangsungkan

Malah, beberapa orang pakar perlembagaan seperti Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain dari Universiti Malaysia Pahang menyebut darurat hanya di peringkat negeri tertentu boleh diisytiharkan jika situasi amat bahaya atau mencemaskan dijangka atau sedang menghampiri

Begitupun, cadangan Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda juga memerlukan penelitian lanjut termasuklah perkara-perkara yang membabitkan:
(1) Peruntukan mana satukah di dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini

(2) Apakah dalam suasana yang ada sekarang tidak mungkin untuk “sokongan 2/3 Ahli Parlimen” diperolehi bagi meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu

Sebenarnya, jika semua pihak benar-benar ikhlas, tidak perlu menjadi satu kekecohan besar pun isu cadangan perisytiharan darurat ini kerana di dalam fikiran kebanyakan orang ia adalah cara paling munasabah bagi mengelakkan berlakunya peningkatan penularan Covid-19

Melainkan jika terbukti ada cara lain yang boleh digunakan bagi mencapai maksud sama.
Kamarul Yusoff

#Sumber :   

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/perihal-penangguhan-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Covid 19 Penangguhan Pilihan Raya Antara Menu Hari Pertama Dewan Rakyat

Isu Covid 19 Penangguhan Pilihan Raya Antara Menu Hari Pertama Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ke 3 Penggal Ke 3 Parlimen ke 14 hari ini akan menjawab banyak persoalan mengenai Covid 19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya termasuk dalam hal berkenaan pilihan ray...
Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

Hanya Darurat Dapat Halang Pilihan Raya Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 303 hits
freemalaysiatoday com October 31 2020 4 50 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak hanya boleh ditangguhkan sehingga pandemik Covid 19 berakhir sekiranya darurat diisytihark...
Tangguh Dahulu Pilihan Raya Kalau Tidak Boleh Patuh 3 Prinsip

Tangguh Dahulu Pilihan Raya Kalau Tidak Boleh Patuh 3 Prinsip

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Kementerian Kesihatan berpendapat pilihan raya umum tidak sesuai diadakan sekarang ketika negara masih bergelut menentang penularan wabak Covid 19 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Akta 342 perlu dipinda...
Pilihan Raya Terbesar Era Covid 19 Di India

Pilihan Raya Terbesar Era Covid 19 Di India

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 231 hits
Patna Berjuta juta rakyat India keluar mengundi dalam pilihan raya negeri hari ini yang menjadi pilihan raya terbesar di dunia sejak Covid 19 Pondok pilihan raya penuh sesak dan ramai yang mengabaikan nasihat pemerintah untuk memakai pelitu...
Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Kerajaan akan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu yang melibatkan proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafi...
Pilihan Raya As Akan Mempengaruhi Aliran Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Eur Gbp

Pilihan Raya As Akan Mempengaruhi Aliran Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Eur Gbp

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 225 hits
Kedudukan jual mengukuh pada dolar merosot lagi sebanyak 887 juta menjadi 27 066 bilion kali ini Jumlah kedudukan jual masih ketara tetapi trend adalah jelas Sekiranya kita melihat laporan terperinci laporan tersebut tidak memberikan alasan...
Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

Ini Belanjawan Pilihan Raya Lindungi Rakyat Melebihi Segalanya Pm

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 199 hits
Harits Asyraf HasnanNovember 4 2020 Tegas Muhyiddin Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain Sumber foto Pejabat Perdana Menteri Apabila itu telah selesai maka ...
Semak Undang Undang Sedia Ada Beri Kuasa Spr Tangguh Pilihan Raya

Semak Undang Undang Sedia Ada Beri Kuasa Spr Tangguh Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 201 hits
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang Undang Pilihan Raya Ab Rashid Ab Rahman berkata pihaknya berpandangan beberapa peruntukan baharu harus diperkenalkan dengan tujuan mengatasi keadaan yang boleh mengganggu gugat suasana...
Adakah Dolar As Akan Jatuh Sekiranya Biden Memenangi Pilihan Raya

Adakah Dolar As Akan Jatuh Sekiranya Biden Memenangi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 210 hits
Dolar AS mengalami turun naik paling kuat pada hari pilihan raya presiden AS yang tidak menghairankan kerana mata wang utama pada awalnya mencerminkan perubahan politik Sehubungan dengan itu para pakar tidak pasti sejauh mana kemenangan Bid...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Fam Tak Perlu Dirombak Timbalan Presiden Fam

New Findings Brokewell Android Malware Can Take Over Your Cellphone Remotely

Kau Bukan Seorang Introvert

Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis