Perihal Belanda Minta Tanah Dan Tanah Kurnia



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Bukit Persekutuan:Tanah kerajaan bernilai premiumKES pengurniaan terbalik tanah kepada Sultan Johor dan mungkin juga kepada raja-raja lain mengingatkan saya kepada peribahasa “Belanda minta tanah”.
Kalau setakat tanah kerajaan negeri bertukar hak milik menjadi harta raja, rasanya bukankah berita yang mengejutkan lagi.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Yang menimbulkan kegusaran lebih besar adalah tanah Kerajaan Persekutuan tiba-tiba menjadi milik raja.  
Tetapi sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai amalan dan ancaman Belanda minta tanah ini, izinkan saya memperjelaskan ungkapan pengurniaan terbalik.
Selalunya yang mengurniakan tanah atau sesuatu yang berharga adalah raja dan yang menerimanya orang yang kedudukannya di bawah daripada raja.
Tetapi dalam kes pengurniaan tanah di Johor Darul Takzim, yang mengurniakan tanah adalah Kerajaan Negeri dan yang menerimanya adalah Sultan. Pelik tapi benar.
Kalau hal ini berlaku pada zaman pemerintah Barisan Nasional (BN) ia tidak menghairankan sangat. Amalan engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau adalah perkara biasa.
Ia adalah lazim bagi seorang pemimpin kerajaan yang lemah atau banyak rangka bergantungan di dalam almari sehingga terpaksa menyogok atau tunduk kepada tekanan pelbagai pihak untuk kekal berkuasa.
Anehnya, apa yang berlaku di Johor itu dikatakan atau didakwa berlaku juga dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Inilah yang membimbangkan.
Semua pihak boleh nafi kalau tak betul. Saya akan siarkan penafian mereka sepenuhnya kerana blog kita ini mengamalkan hak menjawab (right of reply).
Saya harap dakwaan ini akan disiasat dan disahkan oleh Menteri Besar baru, Sahruddin Jamal, sebab dia tentulah tidak mahu mengulangi kesilapan lampau dan menderita nasib yang serupa dengan pendahulunya.
Kita bagilah dia sedikit masa sebab dia pun baru dilantik. Cuma saya hendak beritahu dia yang kita akan memasang telinga dan membeliakkan mata mendengar dan melihat apa dia lakukan.
Belanda Minta Tanah
Berbalik kepada peribahasa Belanda minta tanah, saya terbaca sebuah rencana Berita Harian atas talian (online) bertarikh 25 Januari 2018 yang mengatakan ungkapan itu mempunyai bukti sejarah.
Laporan tersebut memetik Pensyarah Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Universiti Leiden, Belanda, Dr Surya Suryadi sebagai berkata, Syarikat India Timur Belanda (Dutch Vereenigde Oost-Indische Compagnie) meminta sedikit tanah daripada Kerajaan Buton di Sulawesi, tetapi mengambil lebih daripada apa yang diberikan.
Tembok pertahanan Kesultanan Boton 1332-1960Nampaknya tipu helah cara ini tidak bermula dan berakhir dengan Belanda saja. Ia masih berterusan, sama ada atas dasar kurnia, permohonan atau pengambilan paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah.
Cara ketiga ini sedang berlaku di Melaka ke atas tanah milik anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), iaitu Sime Darby Plantations, tetapi sedang digagalkan. PNB adalah agensi amanah Bumiputera dan berjuta orang melabur dengannya.
Tanah SDP yang cuba diambil alih dengan harga murah itu adalah untuk syarikat dari Taiwan. Malah ada bukti tersurat yang mendakwa bahawa Sultan Kelantan sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong terlibat dengan permohonan tanah ini.
Kalau tidak betul sila nafi dan saya dahulukan dengan permohonan maaf. Tetapi apa yang jelas ialah SDP telah mengemukakan kes itu kepada mahkamah.
Kerajaan Melaka sekarang dipimpin oleh PH dan Ketua Menteri, Adly Zahari sudah dimaklumkan berkaitan sentimen Putrajaya mengenai hal itu.
Pada zaman pemerintahan kleptokrasi Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Mohd Najib Abdul Razak, banyak permohonan tanah dan projek oleh raja-raja.
Ada permohonan ini menyerupai Belanda minta tanah, diberi betis hendak paha.
Ini mungkin kerana Najib seorang aristokrat dan berupa salah seorang Orang Besar Berempat Pahang. Jadi dia bagi keutamaan apabila raja minta. Ikut cerita, bukan raja saja, isteri raja pun ada yang tumpang sekaki.
Atau boleh jadi juga disebabkan dia sendiri menganggap harta dan duit ringgit negara sebagai milik peribadinya maka dia tidak berasa apa-apa untuk “mengurniakan” tanah kerajaan, projek dan konsesi kepada raja-raja.
Buat masa ini saya tidak berhasrat merumitkan jalan cerita jadi saya tumpukan kepada satu kes yang saya tahu dengan agak jelas.
Ceritanya lebih kurang macam ini. Seorang raja telah meminta tanah Kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur seluas hampir 14,000 meter persegi dengan penilaian hampir RM30 juta.
Tapi premium atau harga jualan tidak sampai RM6 juta atau diskaun sekitar 80 peratus.
Kemudian macam Belanda, raja itu minta tambah hampir 10,000 meter persegi lagi yang penilaiannya kira-kira RM45 juta tetapi premium yang dikenakan hanya RM4.5 juta atau diskaun 90 peratus.
Jadi untuk tanah seluas lebih kurang enam ekar, raja itu hanya bayar kira-kira RM10 juta.
Pengurniaan dan penjualan tanah dengan harga di bawah nilai pasaran ini berlaku secara berleluasa pada zaman pemerintahan Najib, termasuk tanah milik tentera.
Ini adalah antara legasi buruk yang ditinggalkan oleh Najib. Dia percaya bahawa duit dan harta kekayaan adalah raja.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyelamatkan harta negara maka Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusaha mereformasi institusi dan mencegah rasuah, wajib bertindak ke atas legasi buruk Najib ini.
Dalam keadaan di mana negara semakin kekurangan tanah dan ramai rakyat jelata tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana nilai hartanah yang melambung maka adalah amat tidak patut tanah milik kerajaan dikurniakan atau dijual dengan harga murah kepada mana-mana pihak sekali pun.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/05/perihal-belanda-minta-tanah-dan-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentang Bidalan Belanda Meminta Tanah

Tentang Bidalan Belanda Meminta Tanah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 321 hits
A Kadir Jasin Kes pengurniaan terbalik tanah kepada sultan Johor dan mungkin juga kepada raja raja lain mengingatkan saya kepada peribahasa Belanda minta tanah Kalau setakat tanah kerajaan negeri bertukar hak milik menjadi harta raja rasany...
Sultan Ibrahim Iskandar Tidak Pernah Dimaklumkan Mengenai Tanah Baginda Terbabit Dalam Pembinaan Rts

Sultan Ibrahim Iskandar Tidak Pernah Dimaklumkan Mengenai Tanah Baginda Terbabit Dalam Pembinaan Rts

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 573 hits
Sultan Ibrahim Iskandar tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah baginda terbabit dalam pembinaan RTS dan berkenan menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos Setiausaha Sulit Sultan Johor Datuk Jaba Mohd Noah https t co sNnM383...
Rts Sultan Johor Berkenan Serah Tanah

Rts Sultan Johor Berkenan Serah Tanah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 355 hits
Oleh Ibrahim Isa SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedia menyerahkan sebidang tanah di Bukit Chagar untuk Projek Sistem Transit Rapid Setiausaha Sulit Sultan Johor Datuk Jaba Mohd Noah dalam satu kenyataan berkata Sultan Ibrahim k...
Sultan Johor Sedia Serah Tanah Di Bukit Chagar Secara Percuma Sekiranya Untuk Rts

Sultan Johor Sedia Serah Tanah Di Bukit Chagar Secara Percuma Sekiranya Untuk Rts

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 436 hits
Sultan Johor sedia serah tanah di Bukit Chagar Sultan Johor sedia menyerahkan tanah milik Baginda di Bukit Chagar di sini tanpa sebarang kos sekiranya tanah itu benar terlibat untuk projek Sistem Transit Rapid Setiausaha Sulit kepada Sultan...
Pm Tanah Rts Akan Dituntut Semula Jika Benar Dipindah Milik

Pm Tanah Rts Akan Dituntut Semula Jika Benar Dipindah Milik

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 293 hits
Kerajaan akan menuntut semula tanah yang digunakan untuk pembinaan projek RTS Johor Bahru Singapura kata Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 3 Mei Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan menuntut semula tanah y...
Federer Kembali Ke Gelanggang Tanah Liat

Federer Kembali Ke Gelanggang Tanah Liat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 317 hits
BEKAS juara dunia Roger Federer kembali ke kejohanan gelanggang tanah liat pertamanya dalam tempoh tiga tahun dengan destinasi sulungnya adalah di Madrid pada minggu depan Sambil menyifatkan dirinya sebagai orang asing di gelanggang berdebu...
Isu Tanah Rts Selesai Kerana Sultan Johor Benar2 Berjiwa Rakyat

Isu Tanah Rts Selesai Kerana Sultan Johor Benar2 Berjiwa Rakyat

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 647 hits
Dalam perkembangan terkini berhubung isu tanah yang dikatakan mengganggu pembinaan projek Sistem Transit Aliran Johor Singapura Sultan Johor memaklumkan sedia menyerahkan kembali tanah di Bukit Chagar Johor Bahru tanpa kos kepada kerajaan p...
Hilangnya Kesultanan Di Persekutuan Tanah Melayu

Hilangnya Kesultanan Di Persekutuan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 319 hits
Hilangnya Sultan di Persekutuan Tanah Melayu Rakyat semakin keliru apa yang sedang berlaku diantara Kerajaan PH dan juga Majlis Raja Raja ramai yang tertanya kenapa secara tiba tiba sahaja isu berkenaan Raja raja ini menjadi hangat diantara...
Keluh Kesah Pelaku Industri Mainan Plastik Di Tanah Air

Keluh Kesah Pelaku Industri Mainan Plastik Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 251 hits
Direktur Utama PT SHP Plastik Harry Tio mengatakan dengan adanya industri pendukung di dalam negeri maka pihaknya akan lebih mudah mendapatkan bahan bahan untuk keperluan produksi
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm