Perigi Lama Nek Mah Bab 5


Bab 5




KEADAAN di dalam rumah agak suram namun semua barang-barang dan perabot tersusun. Tiada satu pun yang berselerak. Cuma agak berhabuk sedikit dan terasa lemas kerana tingkap tidak dibuka. Aku pun pergi membuka tingkap dan barulah cahaya menerobos masuk ke dalam rumah. Bukan ke lebih seronok kalau keluarga aku tinggal di rumah Nek Mah ini, aku tengok elok semuanya.

Aku perhati Madi ralit menilik keadaan. Dia masuk ke kamar melihat-lihat. Aku pulak meninjau sekeliling isi rumah. Hurm… boleh tahan rumah kampung. Sejuk. Aku seolah-olah lupa apa yang berlaku di halaman tadi. Apa yang aku fikirkan adalah bagaimana nak ajak keluarga aku tinggal di rumah ini.

Bunyi derap kaki kami jelas di atas lantai papan. Di dinding pula tergantung jam dinding yang sudah tidak aktif.  Ayat-ayat suci Al-Quran tergantung cantik. Ketika asyik menilik-tilik, aku jadi terlupa apa yang sedang Madi lakukan sekarang. Lagut aku meninjau sendiri sehingga langkahku diheret sampai ke muka pintu dapur. Ada tangga kayu untuk turun ke ruang dapur. Rumah ini diperbuat daripada jenis kayu yang baik kerana tiada pun kesan dimamah anai-anai.

Rumah yang mempunyai empat bilik itu aku lihat begitu selesa untuk diami, tetapi kenapa ditinggalkan begitu sahaja tidak berpenghuni? Kenapa tak disewakan ke atau apa? Aku memikirkannya lagi. Aku berundur mencari Madi, aku pun menjengul kepala ke satu sudut bilik. Aku nampak Madi pegang sesuatu. Aku tanya Madi pegang apa, dia tunjuk kepadaku.

Eh? Dia ambil dari dalam laci katanya. Kotak diselimut dengan kain kuning. Kotak kayu tersebut tak adalah besar mana, lebih kurang kotak kaca mata cuma terdapat ukiran pada luarannya. Di dalamnya pula terselit sebentuk cincin. Madi keluarkan cincin itu dari tempatnya dan dihadapkan depan muka aku. Aku pun mengambilnya, cantik cincin bermata hitam tu. Aku tengok-tengok, cincin ni seperti diperbuat daripada tembaga. Permatanya pulak aku tak pasti tapi yang jelas adalah warna hitam.

Madi memuncung mulut mulutnya sambil angkat bahu. Dia mintak balik apa yang dia bagi pada aku. Aku masih nak tengok. Tiba-tiba dia merengus geram. “Sini!” Kenapa Madi macam nak naik angin je bila aku tengok lama-lama? Cepat-cepat aku kasi pada dia.

Selepas dia ambil je cincin tu, terus dia kucup. Selepas tu dia meletakkan semula cincin tu dalam bekas tadi. “Ini Madi punya.” Katanya. Cepat mengaku kepunyaannya.

“Jangan ambil barang orang.” Kataku.

“Tapi Madi yang jumpa dulu cincin ni.” Dia sorok kotak tu ke belakang tubuhnya. Cara dan lagaknya berlainan benar. Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang aku terhadapnya.

“Masalahnya, itu bukan barang kita.” Ujarku meminta agar Madi memahaminya. Barang yang tidak diketahui milik siapa harus diletakkan semula ke tempatnya, tetapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

“Siapa kata?” Balasnya mencerlung biji mata.

Aku agak tak puas hati dengan tingkah laku Madi kali ini. Memang lain macam sahaja. Aku kata jangan ambil, simpan semula di tempatnya. Kalau diusik, bimbang nanti ada yang marah. Madi ni pun satu hal, cubalah fikir panjang sikit. Asyik nak melawan cakap sahaja. Aku dah kata letak balik, dia ingkar.

“Abang kata letak balik.” Suruh aku sekali lagi. Dia berkerut dahi.

Aku berdua bertengkar. Aku suruh dia letak, dia pulak enggan. Maka aku tak ada pilihan, terpaksa rebut dari tangan dia. Ketika perebutan itu berlaku, kotak yang dipegang Madi terlepas dari tangan, jatuh ke papan lantai. Kotak itu terbuka dan cincin tu pula tercabut dari selitan tercampak masuk bawah katil.

“Kau ni kan Madi, kalau hilang macam mana?” Aku terpaksa menunduk untuk menjenguk cincin itu. Tiba-tiba, aku rasa tak sedap hati, macam dengar-dengar sahaja nama aku diseru. Ismael…

Madi pulak berjongket bahu buat muka tak bersalah. Aku juga yang susah payah meraba-raba cari cincin bawah katil tu. Huh! Nasib baik jumpa. Aku ambil dan berdiri tegak semula. Aku letak cincin dalam kotak kemudian balut semula dengan kain kuning yang aku sendiri pun tak tahu apa maksudnya benda-benda tu semua.

“Dah la bang, boring la main-main dalam rumah ni…” Madi mengeluh. Aku rasa dia dah bosan sebab baginya tiada apa-apa yang menarik.

“Ala, lepak la Madi…” Kataku sambil memasukkan kotak tersebut ke dalam laci di mana Madi ambil tadi.

“Abang senang la cakap lepak, lepak… tengok rumah ni pun dah rasa seram.”

“Tahu pulak kau nak rasa seram.”

“Ye la, tengok abang tadi duk pegang cincin tu tadi siap cium-cium bagai.” Katanya. Aih! Bukan dia ke  yang aku tengok duk cium cincin? Pelik aku rasa. Padahal aku yang minta tengok cincin daripada Madi, kemudian dia minta balik. Siap cerlung biji mata lagi macam nak telan aku. Ah! Peduli la. Yang penting aku nak lepak sini hari ini menikmati suasana baru di sini.

“Bang, tengah hari nanti kita nak makan apa?” Madi dah gosok-gosok perut. Lapar lagi la tu. Dasar kuat makan!

“Tak apalah, kita tahanlah sampai petang.”

“Senangnya abang cakap.” Balas Madi sambil melangkah keluar dari kamar tu. Aku pulak tertoleh pada laci, rasa macam nak ambil semula je cincin tu. Geram pulak aku  tengok. Aku jengul kepala tengok Madi, dia siap keluar rumah lagi pergi ke beranda sambil hentak-hentak kaki. Merajuk la tu.

“Madi… abang nak try pakai cincin ni boleh…?” Saja aku mengusik dia. Sebab tadi dia macam nak sangat cincin tu.

Usikan aku itu tak berbalas. Suaranya tak kedengaran. Barangkali merajuk dengan aku agaknya. Madi ni memang la… tak boleh nak bergurau sikit, pasti ada sahaja helah nak buat. Pernah hari tu merajuk, beberapa hari tak bercakap. Kalah main PS4 dengan aku aje pun. Katanya aku kena buat-buat kalah, tapi mana boleh… setiap perlawanan kena main betul-betul. Kalah atau menang itu adatlah. Kata juara…

Lagi sekali aku panggil, tiada kedengaran pun suara Madi menyahut. Mana pulak dia pergi ni? “Madi!” Aku panggil kuat-kuat. Aik? Hati aku dah mula risau. Rasa tidak tenteram. Debaran kian terasa bukan kerana tak pernah berhadapan dengan tingkah laku dia tu, cuma tak kena dengan tempat. Sini kampung, tambah lagi ini rumah Nek Mah.

Bila tiada sahutan, maka aku rasa tak sedap hati. Berdebar-debar rasanya. Desiran angin yang manerobos masuk dari kekisi atap membuatkan jantung aku berdegup kecang. Ia seperti bersiul-siul. Tiba-tiba langkah aku seperti diekori sahaja. Aduh, apakah ini perasaan aku cuma? Aku tak pasti tetapi yang aku rasa ketika ini adalah sangat tidak wajar.

Aku menoleh ke kanan dan ke kiri, kenapa kebas semacam sahaja seluruh tubuh aku ni? Nak bergerak pun rasa berat seolah-olah aku dipeluk. Ya Allah… kecut rasa kaki aku ni. Meremang rasanya. Perasaanku ini berbaur. Janganlah ada apa-apa yang berlaku kepada aku dan Madi. Aku datang ke rumah ini hanya untuk mengetahui sesuatu yang aku ingin tahu.



~Bersambung...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rashidsalim.blogspot.com/2020/06/perigi-lama-nek-mah-bab-5.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun Sekolah Juga Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun Sekolah Juga Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 425 hits
Sehubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan yang akan dikuatkuasa bermua dari 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 beberapa kelonggaran baharu akan dilaksanakan Paling ditunggu pastinya kebolehan untuk rakyat Malaysia ...
Mandi Lama Punca Kulit Jadi Kering Ye Ke

Mandi Lama Punca Kulit Jadi Kering Ye Ke

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 488 hits
MANDI LAMA PUNCA KULIT JADI KERING YE KE Korang tau tak bagi sesetengah orang masalah kulit kering boleh menjadi masalah yang membimbangkan bagi mereka So masalah kulit kering ni pulak akan menimbulkan masalah masalah kulit yang lain sepert...
Jokowi Ditentang Pbnu Gara Gara Turunkan Tni Polri Tertibkan Psbb Anda Buka Luka Lama

Jokowi Ditentang Pbnu Gara Gara Turunkan Tni Polri Tertibkan Psbb Anda Buka Luka Lama

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 238 hits
Presiden Joko Widodo mengerahkan aparat TNI Polri dalam rangka penertiban masyarakat selama diberlakukannya Pembatasan Sosial bersakal besar Saat usai meninjau MRT dan Mall di Bekasi Selasa lalu Jokowi mengharapkan kehadiran TNI Polri di ru...
Rupa Rupanya Ph Hancing Dah Lama Pelahap Jawatan Glc Senyap Senyap

Rupa Rupanya Ph Hancing Dah Lama Pelahap Jawatan Glc Senyap Senyap

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 464 hits
Rupanya Rayer juga ada jawatan GLC 10 dari 12 ahli lembaga syarikat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd adalah wakil rakyat DUN atau Parlimen PH Ini lagi teruk Seorang lagi ialah AJK parti PH Maksudnya 11 daripada 12 ahli lembaga sy...
Makin Berisi Budak 5 Tahun Tidak Berjaya Memakai Uniform Selepas Sudah Lama Tidak Bersekolah

Makin Berisi Budak 5 Tahun Tidak Berjaya Memakai Uniform Selepas Sudah Lama Tidak Bersekolah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 358 hits
Pandemik COVID 19 ternyata merencatkan segala aktiviti yang biasanya dilakukan oleh kita semua Tidak terkecuali adalah sesi pengajian di universiti dan juga persekolah murid murid di sekolah Sudah lama mereka tidak ke sekolah Di Anyang wila...
Harga Emas Akan Meningkat Tidak Lama Lagi

Harga Emas Akan Meningkat Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 359 hits
Australia dan New Zealand Banking Group meramalkan emas akan mencecah 1800 per ounce pada bulan September dan kenaikan harga menjadi 1900 per ounce pada bulan Disember walaupun jualan utama minggu lalu Kami optimis terhadap masa akan datang...
Lama Menanti Jemaah Teruja Boleh Solat Semula Di Masjid

Lama Menanti Jemaah Teruja Boleh Solat Semula Di Masjid

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 548 hits
Mohd Shafizi menunjukkan banner SOP yang perlu dipatuhi Oleh Izzat Al QushairiKUALA NERUS 12 Jun Rata rata anak Muda di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit melahirkan rasa teruja apabila orang ramai dibenar solat di masjid semula selepas Perin...
Perjumpaan Bersemuka Paling Lama Agong Pm

Perjumpaan Bersemuka Paling Lama Agong Pm

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra Kabinet di Istana Negara Datuk Pengelola Bijaya Dira...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni