Peribadi Seimbang Ibu Bapa Perlu Jadi Guru Pertama Murid


Imej hiasan

SEORANG guru selalunya dikaitkan dengan sekolah. Namun, guru juga boleh dikaitkan dengan rumah. Lahir sahaja seorang bayi, maka pada saat itu juga pasangan suami isteri akan menjadi guru kepada anaknya

Menjadi ibu bapa bukan hanya bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan anak, tetapi menjadi guru pertama kepada si cahaya mata sebelum mereka menjejakkan kaki ke dunia persekolahan

Namun, masih ada ibu bapa yang lupa akan tanggungjawab untuk mendidik anak sebaik sahaja mereka menempuhi alam persekolahan

Orang kata 'masa itu emas'. Ibu bapa mempunyai tempoh satu sehingga empat tahun untuk meluangkan masa bersama anak sebelum mereka menempuhi era persekolahan. Tanpa disedari tempoh empat tahun itu akan berlalu dengan sangat cepat

Tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan kebajikan anak terjaga itu adalah perkara biasa. Apa yang ibu bapa sering lupa adalah tanggungjawab sebagai ibu bapa ini lebih daripada yang difikirkan

Bagi memastikan anak mampu berhadapan dengan onak duri kehidupan pada usia seterusnya, ibu bapa perlu membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kesedaran mengenai dunia luar yang umumnya mempunyai pelbagai cabaran

Ajarkan anak mengenai pergaulan, komunikasi, pembangunan rohani, kemahiran sara diri dan penguasaan mental kerana semua itu sangat penting

Ramai ibu bapa yang menekankan mengenai pencapaian pendidikan sahaja sehingga lupa akan perasaan dan kemahuan anak itu sendiri atau kesejahteraan mental mereka

Sebagai guru pertama kepada anak, seharusnya ibu bapa lebih peka dengan perkembangan bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, tetapi juga perlu peka terhadap sosial, mental dan rohani malah paling utama adab sopan dan budi pekerti

Peka perkembangan sosial, mental dan rohani
Selain itu perlu juga diajar mengenai tatacara bergaul dan komunikasi yang betul. Hal ini adalah sangat penting kerana kemahiran itu digunakan setiap masa dalam kehidupan anak, terutama apabila mereka mula terdedah dengan persekitaran luar. Penyampaian yang betul dan efektif pasti akan mempengaruhi pengalaman anak dalam aspek pembelajaran, persahabatan dan aspek pekerjaan

Pengetahuan dan kesedaran dari aspek rohani juga tidak kurang penting bagi membentuk dan memimpin anak dalam membezakan hal baik atau buruk. Perkembangan rohani sangat penting dipelihara supaya dapat membentuk peribadi anak yang bermoral dan beretika

Pengurusan emosi juga adalah satu aspek yang sangat penting. Semakin meningkat usia maka bertambah banyak dugaan yang mampu menjejaskan pembentukan peribadi, justeru perlunya mereka mempunyai ketahanan mental dan pengurusan emosinya baik

Malah, pada era kehidupan sekarang, pengurusan emosi sangat penting. Jika tidak, maka tumpaslah di pertengahan jalan kehidupan

Namun, setakat menjalankan tanggungjawab dalam mendidik anak tidak juga begitu tepat. Sebaliknya, ibu bapa juga perlu menjadi dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak

Mendidik dan mempraktikkan perkara yang diajarkan kepada anak adalah kaedah pembelajaran terbaik. Hal ini kerana ia sangat telus dan dapat dilihat anak. Mereka akan bertindak melalui panduan ibu bapa secara langsung. Malah, anak akan mencerminkan ibu bapa mereka

Sedarilah peranan ibu bapa bukan setakat mengasuh dan mendidik sahaja, tetapi membentuk peribadi anak-anak secara seimbang. Pembentukan peribadi anak yang seimbang pasti akan mempengaruhi perjalanan cerita kehidupan mereka pada masa akan datang

Jadilah ibu bapa yang berjalan bersama-sama anak tanpa berasa tanggungjawab itu satu bebanan. Sebaliknya jalani ia sebagai amanah dan lakukan dengan tenang, santai dan penuh syukur

Shendah Jahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/02/peribadi-seimbang-ibu-bapa-perlu-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Memang Melampau Kejar Viral Tak Ada Consent Ibu Bapa Netizen Bengang Guru Buat Konten Dengan Anak Murid Bawah Umur

Dia Memang Melampau Kejar Viral Tak Ada Consent Ibu Bapa Netizen Bengang Guru Buat Konten Dengan Anak Murid Bawah Umur

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 196 hits
Lambakan individu berpangkat guru yang membuat content membabitkan anak murid mereka membimbangkan ramai orang dalam kalangan masyarakat Mana tidaknya masih ramai guru yang tidak mengambil serius tentang kesalahan merakam dan memuat naik wa...
Guru Tergamam Dipakaikan Gelang Emas Rupanya Hadiah Penghargaan Dari Ibu Bapa

Guru Tergamam Dipakaikan Gelang Emas Rupanya Hadiah Penghargaan Dari Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 190 hits
Seorang guru tidak menyangka bakal menerima hadiah seutas gelang emas sebagai tanda penghargaan daripada para ibu bapa kepada anak muridnya Malah wajahnya yang sempat dirakam lensa kamera itu juga tampak begitu terkejut seakan tidak percaya...
Abai Cakap Ibu Bapa Gadis Kahwini Suami Orang Diceraikan Selepas 1 Hari Bersama

Abai Cakap Ibu Bapa Gadis Kahwini Suami Orang Diceraikan Selepas 1 Hari Bersama

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 243 hits
Baru baru ini tular di media sosial seorang gadis berasal dari Beijing China menyesal kahwini seorang lelaki kerana dibutakan dengan cinta Sehari kahwin dah kena cerai Difahamkan dari kisah gadis malang itu perkahwinannya bersama seorang le...
Ibu Bapa Digalak Persoal Dasar Pendidikan Negara Pensyarah

Ibu Bapa Digalak Persoal Dasar Pendidikan Negara Pensyarah

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mempersoalkan meneliti dan memahami dengan lebih baik tentang sesuatu dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan Isu ini disuarakan oleh pensyarah kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidik...
Sah Nikah Di Thailand Tapi Haram Amp Dosa Besar Malukan Ibu Bapa Ustaz Azhar Idrus

Sah Nikah Di Thailand Tapi Haram Amp Dosa Besar Malukan Ibu Bapa Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 124 hits
Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memaklumkan haram dan berdosa besar jika seseorang anak lari diri nikah di Thailand bersama pasangannya Ia berikutan isu bernikah di Thailand kembali hangat menjadi bualan selepas kecoh anak kepada pasangan...
Majlis Graduasi Jangan Sampai Bebankan Ibu Bapa Tegas Persatuan

Majlis Graduasi Jangan Sampai Bebankan Ibu Bapa Tegas Persatuan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 276 hits
Mak Chee Kin dan Azizee Hassan mengulas trend menganjurkan majlis graduasi untuk murid Tahun 6 dan Tingkatan 5 di hotel PETALING JAYA Majlis graduasi tidak patut jadi aktiviti mewah sehingga membebankan ibu bapa yang bayar ratusan ringgit a...
Tanda Tanda Burnout Pada Ibu Bapa

Tanda Tanda Burnout Pada Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 357 hits
TANDA TANDA BURNOUT PADA IBU BAPA Sentiasa rasa letih Sentiasa tiada mood Cepat memarahi anak Tidak menjalankan tugasan harian dengan sempurna Emosi tidak serasi dengan anak Mudah lupa Rasa seperti anda bukan ibu bapa yang baik Kesihatan te...
Murid Malu Keluarkan Makanan Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

Murid Malu Keluarkan Makanan Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 178 hits
Tindakan seorang guru yang menghargai makanan dibawa salah seorang muridnya meraih pujian netizen di media sosial Menerusi sebuah hantaran video di Tiktok azfaizalaziz yang dipercayai merupakan seorang guru muridnya itu malu untuk mengeluar...
Bapa Ditahan Ugut Guru Dakwa Anak Dipukul Kerana Merokok

Bapa Ditahan Ugut Guru Dakwa Anak Dipukul Kerana Merokok

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bapa ditahan mengugut guru kerana mendakwa anaknya dipukul selepas didapati merokok dalam tandas sekolah Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata pengadu 40 tahun yang juga guru sekolah itu di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt