Perhilitan Tangkap Pindah Tujuh Gajah Liar


Hazira Ahmad Zaidi PERHILITAN Kelantan menangkap tujuh gajah liar susulan aduan penduduk di Kampung Lawar, Jeli. - Foto ihsan PERHILITAN JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap tujuh gajah liar di kawasan kebun di Kampung Lawar, di sini dalam operasi yang dijalankan selama empat hari bermula 7 September lalu.
Pengarah PERHILITAN Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif, berkata tangkapan termasuk lima gajah jantan dianggarkan berusia lingkungan tiga hingga 30 tahun dijalankan susulan aduan berterusan sejak 17 Ogos lalu mengenai gangguan gajah liar.
Katanya, pada 7 dan 8 September, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan PERHILITAN Kelantan dengan kerjasama kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang berjaya menangkap lima ekor gajah.
Beliau berkata operasi diteruskan dan berjaya menangkap dua lagi gajah jantan di lokasi sama pada Jumaat lalu.
"Kumpulan gajah liar ini dipercayai daripada kumpulan gajah liar sama yang ditangkap berhampiran Kampung Bukit Ipoh, Jeli pada Ogos lalu.
"Tujuh gajah liar ini keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor untuk mencari makanan dan populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan ini juga dianggarkan lebih 30 ekor," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, sebelum operasi tangkapan gajah liar dijalankan, pihaknya sudah mengambil beberapa tindakan seperti memberi khidmat nasihat kepada penduduk setempat, pemasangan lampu LED biru dan juga kaedah tembak halau bagi memastikan gajah liar ini kembali semula ke hutan simpan berhampiran tetapi tidak berhasil.
"Oleh itu, pihak kami menjalankan operasi tangkap pindah bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada penduduk setempat selain memastikan keselamatan gajah liar ini dan anggaran jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk di kawasan Kampung Lawar pada tahun ini adalah kira-kira RM90,100," katanya.
Katanya, operasi pemindahan kesemua gajah liar berkenaan dilakukan selama dua hari sehingga semalam membabitkan 35 kakitangan dari Jabatan Perhilitan Kelantan, Perak, Terengganu dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.
"Dua ekor gajah denak dari PKGK iaitu Abot dan Rambai digunakan bagi membantu operasi pemindahan gajah liar ini yang akan dilepaskan semula ke habitat semula jadi di Taman Negara Kelantan-Terengganu-Pahang," katanya.
Ady Ermanty Haniff berkata, operasi tangkap pindah gajah bukan penyelesaian jangka panjang terutamanya di kawasan kebun atau ladang yang berhampiran dengan kawasan hutan simpan.
"Langkah mitigasi yang lebih efektif seperti pembinaan pagar elektrik gajah (SPEG) adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menghalang gajah liar memasuki kawasan tanaman," katanya.
Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada PERHILITAN menerusi hotline 1-800-88- 5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/perhilitan-tangkap-pindah-tujuh-gajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Tangkap 11 Pelaku Kematian Lima Ekor Gajah Di Aceh Jaya

Polisi Tangkap 11 Pelaku Kematian Lima Ekor Gajah Di Aceh Jaya

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 248 hits
Ada pun pelaku yang ditangkap itu masing masing HD LH HI SP MR ZB MA kemudian SD AM serta 2 orang lainnya yang berperan membantu menjual dan membeli gading yaitu IF MN
Nikmati Masakan Panas Indonesia Di Gajah Madah Mytown Cheras

Nikmati Masakan Panas Indonesia Di Gajah Madah Mytown Cheras

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 531 hits
Salam to all readers Nikmati Masakan Panas Indonesia di Gajah Madah MyTown Cheras Semalam jadual aku begitu padat sejak diberi kelonggaran ini macam macam tempat nak pergi Kalau boleh aku nak cuba elakkan pergi tempat yang ramai orang Kalau...
Lori Bawa Gajah Isi Minyak Undang Tular

Lori Bawa Gajah Isi Minyak Undang Tular

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 269 hits
September 4 2021 Video yang dikongsi pemilik akaun TikTok shellberkembarhieway itu menunjukkan betapa mesra layanan yang diberikan pekerja stesen minyak sehingga ada yang sempat memberinya roti Bukan senang hendak lihat gajah secara dekat M...
Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid SEBANYAK tujuh lagi lokaliti di tiga negeri akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan susulan peningkatan kes positif COVID 19 PKPD terbaharu itu melibatkan kawasan di Kelantan Pahang dan S...
Tujuh Menteri Clock In Di Putrajaya Esok

Tujuh Menteri Clock In Di Putrajaya Esok

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 254 hits
Tujuh menteri clock in di Putrajaya esok Sekurang kurangnya tujuh menteri yang membarisi Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan clock in di kementerian masing masing di sini esok Menerusi jemputan yang diedarkan kepada ...
Mission Impossible Saman Syarikat Insurans Selepas Tujuh Sekatan Pergerakan Covid 19

Mission Impossible Saman Syarikat Insurans Selepas Tujuh Sekatan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 299 hits
Mission Impossible saman syarikat insurans selepas tujuh sekatan pergerakan COVID 19 LOS ANGELES Produksi filem terbaru Mission Impossible telah ditangguh sebanyak tujuh kali akibat pandemik COVID 19 menurut satu saman yang difailkan pada I...
Nasib Sempat Dibantu Gelagat Anak Gajah Berusaha Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian

Nasib Sempat Dibantu Gelagat Anak Gajah Berusaha Nak Panjat Tebing Sungai Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 282 hits
Seorang pembuat filem Kim Wolhuter 62 tahun yang sedang berkunjung ke Mashatu Game Reserve di Botswana berjaya merakam suatu kejadian yang mengharukan di mana seekor anak gajah yang tersekat di tebing sungai telah dibantu oleh ibunya Katany...
Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

Menjawab Tuduhan Liar Kelompok Kecil Cuba Jatuhkan Mb Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 209 hits
MALAYSIA DATELINESetiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Romli Ishak tampil menjawab tuduhan liar kelompok kecil yang cuba menjatuhkan Menteri Besar Aminuddin Harun Menurut beliau yang juga salah seorang penama disebut dalam ...
Berparti Liar Di Kondo 2 Penjawat Awam Antara 9 Ditahan

Berparti Liar Di Kondo 2 Penjawat Awam Antara 9 Ditahan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 271 hits
Selain dua penjawat awam tujuh suspek lain yang ditahan itu terdiri daripada penganggur individu bekerja sendiri dan pekerja swasta PETALING JAYA Dua penjawat awam antara sembilan individu yang ditahan ketika asyik berpesta di sebuah kondom...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material