Pergi Berguru Sampai Khatam Belajar Vokal 3 Tahun Bukan 3 Bulan Hattan
“AJL adalah satu pentas yang besar dan negara tetangga kita iaitu Indonesia pun turut menontonnya. Boleh dikata, AJL secara langsung itu ibarat membawa Malaysia untuk ditonton oleh orang luar.
“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.
“Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi.
“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar. Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.
“Masalahnya sekarang semua orang boleh jadi penyanyi. Semua pihak sama ada penerbit program dan syarikat rakaman perlu cari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan setakat nilai mereka dari pengaruh di media sosial,” itulah kata-kata penyanyi Datuk Hattan.
Agak mengecewakan apabila masih ada peserta yang gagal menyanyi dengan baik sehingga menjadi tular pada kalangan peminat di media sosial, Hattan meminta penerbit Anugerah Juara Lagu (AJL) mengambil serius kredibiliti pertandingan berprestij terbabit yang kini berusia 35 tahun.
Penyanyi lagu popular ‘Biso Bonar’ ini turut menasihatkan mana-mana peserta pertandingan di pentas besar sebegini agar bersikap terbuka dan mengakui kelemahan yang ada. Hattan berkata dia juga malu apabila nyanyian penyanyi berkenaan dinilai oleh seorang YouTuber Indonesia.
Hattan turut mempertikaikan tindakan penyanyi generasi baru masa kini yang gemar memuat naik segala isu termasuk kelemahan mereka di YouTube semata-mata untuk menarik tontonan yang tinggi.
“Ibaratnya kalau nak pergi berperang, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian. Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur. Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” tuturnya.
SERINA MINTA IZIN KAHWIN LAGI SEBELUM RAYA – CHEF WAN AKUI MASIH TRAUMA
The post “PERGI BERGURU SAMPAI KHATAM… BELAJAR VOKAL 3 TAHUN BUKAN 3 BULAN” – HATTAN appeared first on My NEWS ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-news.online/2021/03/17/pergi-berguru-sampai-khatam-belajar-vokal-3-tahun-bukan-3-bulan-hattan/