Pergi Bercuti Dengan Tol Percuma Sempena Krismas


Berita baik buat pengguna lebuh raya di seluruh negara! Selama dua hari penguna bakal menikmati pengecualian tol pada 23 dan 24 Disember ini bersempena sambutan Hari Krismas. Buat keluarga yang merancang nak pergi bercuti tu boleh lah mengambil manfaat tol percuma ni!
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tol percuma ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Isnin (23 Disember) sehingga 11.59 malam Selasa (24 Disember).
 SEGERA TEMPAT TERHAD: DAFTAR DI SINI 

Namun begitu, pengecualian ini hanya diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim.
Menurut beliau, pemberian tol percuma ini adalah sebahagian daripada aspirasi “Madani di Hati, Rakyat Disantuni” yang dibawa oleh Kerajaan Madani sempena perayaan Hari Krismas 2024.
“Implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM38 juta,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Nanta berharap pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pengecualian tol itu dengan sebaik-baiknya dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti.
Patuhi Jadual Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) Beliau menyarankan agar pengguna mematuhi jadual waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dicadangkan bagi memastikan keselamatan pemanduan terjamin. Langkah ini penting untuk memastikan semua pengguna lebuh raya dapat tiba di destinasi masing-masing dengan selamat, sekaligus menjadikan sambutan perayaan kali ini lebih bermakna.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan bagi pengalaman pemanduan yang selamat, memastikan kondisi kenderaan dan tayar kenderaan sentiasa baik serta baki kad Touch ‘n Go serta eWallet yang mencukupi.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk berhati-hati terutama semasa trafik tinggi di lebuh raya,” katanya.
Nanta turut menyarankan pengguna lebuh raya untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), aplikasi X (@LLMtrafik) serta TikTok (@llmtrafik).

INFO TRAFIK Beliau turut memaklumkan bahawa pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai trafik atau sebarang bantuan yang diperlukan.
“Selain itu, pengguna juga boleh mengakses paparan CCTV di semua lebuh raya melalui laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my untuk mengetahui keadaan trafik semasa. Maklumat trafik terkini juga boleh diperoleh melalui WhatsApp Channel LLM Info Trafik,” tambahnya.
Sumber: Sinar Harian
The post Pergi Bercuti Dengan Tol Percuma Sempena Krismas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pergi-bercuti-dengan-tol-percuma-sempena-krismas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 352 hits
23 Disember 2024 Isnin Pengecualian tol ini akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang Johor Darul Takzim Pengecu...
Tol Percuma Hari Krismas 2024 Tarikh Masa Pelaksanaan

Tol Percuma Hari Krismas 2024 Tarikh Masa Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 456 hits
PENGECUALIAN TOL SEMPENA KRISMAS 2024 WAKTU TARIKH TOL PERCUMA HARI NATAL Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan kelas 1 sahaja selaras aspirasi MADANI di hati Rakyat Disantuni sempena Perayaan Hari Kr...
Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 371 hits
nbsp BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bers...
Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 296 hits
AwaniEN nbsp BMBernamaLAGOS Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra Krismas di tengah tengah krisis ekonomi yang teruk kata polis di negara Afrika Barat itu pada Ahad lap...
Concorde Hotel Shah Alam Raikan Kanak Kanak Good Samaritan Home Sempena Krismas

Concorde Hotel Shah Alam Raikan Kanak Kanak Good Samaritan Home Sempena Krismas

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSempena musim perayaan Krismas ini Concorde Hotel Shah Alam berbesar hatinya meraikan anak anak dari Good Samaritan Home dengan menganjurkan majlis CSR Christmas 2024 Sambutan penuh meriah ini telah diadak...
Sempena Bufday Mama Ke 73 Rosmah Bebas 17 Tuduhan Money Laundry

Sempena Bufday Mama Ke 73 Rosmah Bebas 17 Tuduhan Money Laundry

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 386 hits
Rosmah Mansor menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai adalah hadiah hari lahir buat dirinya Rosmah isteri bekas perdana menteri Najib Razak menyambut kelahi...
Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 511 hits
Malaysia akan berkongsi kepakaran pengalaman dan amalan terbaik dalam teknologi nuklear dengan negara negara ASEAN sempena Kepengerusian ASEAN 2025 Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan mencerminkan aspirasi untuk...
Cepat Sambar 2 Game Ini Berharga Hampir Rm300 Dengan Percuma Untuk Masa Terhad

Cepat Sambar 2 Game Ini Berharga Hampir Rm300 Dengan Percuma Untuk Masa Terhad

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 321 hits
Peminat game semua anda mesti mendapatkan 2 judul permainan ini dengan kadar segera kerana ia sedang ditawar dengan percuma untuk masa terhad 2 permainan itu adalah Bus Simulator 21 Next Stop dan LEGO Star Wars The Skywalker Saga kini sedan...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat

Lelaki Wanted Sosma Maut Ditembak Di Stesen Minyak