Pergeseran Warisan Ph Hanya Sementara Kata Penganalisis


 




Penganalisis berpendapat kebiasaannya apabila menjelang pilihan raya, pasti akan berlakunya perundingan politik dalam kalangan pembangkang.

 
KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat pergeseran yang berlaku antara Warisan dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan perjanjian kerjasama antara pembangkang dengan kerajaan, hanya bersifat sementara.

Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah berkata, jika dilihat dari sudut luaran sahaja, ia sememangnya menimbulkan spekulasi seolah-olah hubungan Warisan dan PH agak dingin.

Bagaimanapun, katanya ia mungkin hanya bersifat sementara dan kebiasaannya apabila menjelang pilihan raya, pasti akan berlakunya perundingan politik dalam kalangan pembangkang.

“Seperti yang diutarakan oleh Ketua Pemuda Warisan Aziz Jamman, ‘Warisan were kept in the dark’ (Warisan disimpan dalam kegelapan), ia sebenarnya memberi indikasi bahawa berlakunya ‘communication breakdown’ (kegagalan komunikasi) antara PH dan Warisan.

“Bagaimanapun, kemungkinan ada juga faktor lain (menyebabkan Warisan tidak menyertai perjanjian kerjasama dengan kerajaan) iaitu Warisan secara teguh bersama dengan pendirian parti Pejuang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, ia menjadikan mereka sebagai blok pemerhati dan pengimbang terhadap perjanjian memorandum persefahaman (MoU) antara PH dan kerajaan.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, Warisan harus faham isu perjanjian dengan kerajaan ialah berdasarkan jemputan perdana menteri kepada pemimpin PH yang mewakili blok pembangkang terbesar negara dan Warisan juga bukan dalam komponen PH.

Justeru, katanya, jemputan berkenaan adalah daripada perdana menteri sendiri dan beliau yang mempunyai kuasa untuk menjemput mana-mana parti pembangkang, bukannya PH.

“Warisan, Pejuang dan Muda hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen berbanding PH yang mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen. Jadi PM (perdana menteri) lebih melihat kepentingan dan ancaman terbesar yang perlu dibawa berunding ialah PH dan bukannya Warisan.

“Malah, Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia) menyatakan giliran Warisan dan Pejuang untuk dijemput akan dibuat sedikit masa lagi kerana mereka fokus kepada PH dulu,” katanya.

Terdahulu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, parti itu tidak dilibatkan langsung dalam perbincangan awal berhubung memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan.

Katanya, mereka hanya dilibatkan selepas PH telah menyatakan persetujuan dengan kerajaan untuk menandatangani MoU terbabit.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan PH yang ditandatangani kelmarin merangkumi enam bidang utama.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata, MoU itu merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga kebebasan institusi kehakiman.

Selain itu, ia akan melibatkan pembaharuan Parlimen, transformasi pentadbiran dan pembentukan jawatankuasa pemandu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pergeseran-warisan-ph-hanya-sementara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 489 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Kami Hanya Dapat Melihat Harta Benda Kami Musnah Kata Mangsa Banjir Kg Sugud Penampang

Kami Hanya Dapat Melihat Harta Benda Kami Musnah Kata Mangsa Banjir Kg Sugud Penampang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 615 hits
Keadaan rumah keluarga Andison selepas banjir PENAMPANG Air naik dengan cepat dan dalam beberapa minit air sudah sampai di paras dadaku kata Asin Yumpoh 65 dari banjir besar baru baru ini di Sugud dekat sini Berpakaian t shirt berwarna oren...
Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Pembangkang Akan Neutralkan Kluster Mahkamah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 399 hits
A Pemerhati politik berkata sukar untuk golongan kleptokrat sabotaj kerajaan sedia ada sekiranya kerjasama dengan PH diteruskan dengan lancar Wakil dari blok kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU persefahaman Isnin lalu dalam usaha tr...
Apa Kata Penganalisis Barat Mengenai Emas

Apa Kata Penganalisis Barat Mengenai Emas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 255 hits
Emas gagal menembusi tahap 1 800 per auns sekali lagi tetapi menurut penganalisis salah satu pemacu yang akan datang berpotensi untuk mengeluarkan logam berharga dari julat dagangannya Kebanyakan pakar dalam bidang ini memberikan amaran kep...
Covid 19 Berakhir Hanya Apabila Kes Harian Bawah 1 000 Kata Kit Siang

Covid 19 Berakhir Hanya Apabila Kes Harian Bawah 1 000 Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 304 hits
September 11 2021 Lim Kit Siang mengingatkan Khairy Jamaluddin bahawa vaksin sahaja tidak dapat menurunkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian PETALING JAYA Negara hanya patut mengisytiharkan wabak Covid 19 telah berakhir apabila jumla...
Perubahan Budaya Politik Harus Bermula Dengan Pengundi Kata Penganalisis

Perubahan Budaya Politik Harus Bermula Dengan Pengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 208 hits
September 10 2021 Penganalisis berkata budaya politik semasa ini diamalkan sejak dulu lagi apabila ahli ahli politik yang berkuasa sering melihat pembangkang sebagai musuh mereka PETALING JAYA Pengundi perlu memainkan peranan yang besar bag...
Zahid Hamidi Kerajaan Hari Ini Hanya Sementara

Zahid Hamidi Kerajaan Hari Ini Hanya Sementara

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 215 hits
Malaysiakini Kerajaan yang ada hari ini hanya bersifat sementara sehingga mandat mutlak diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Katanya perkara itu antara dua mandat besar akar umbi...
Siapa Kata Hadi Awang Duta Yang Hanya Makan Gaji Buta Kongsilah Bersama Rakyat

Siapa Kata Hadi Awang Duta Yang Hanya Makan Gaji Buta Kongsilah Bersama Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 315 hits
Selama ini ramai yang menganggap perlantikan Presiden Pas Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah sebagai sia sia Kerjanya yang tidak kelihatan malah ketika Mahiaddin Md Yasin melawat Arab Saudi pun bel...
Sertai Ph Bukan Bermaksud Upko Warisan Berpisah Kata Madius

Sertai Ph Bukan Bermaksud Upko Warisan Berpisah Kata Madius

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 218 hits
Wilfred Madius Tangau berkata pengumuman Shafie sebelum ini yang mengatakan Warisan kini adalah PH minus juga tidak akan menjejaskan hubungan antara dua parti itu KOTA KINABALU Presiden Upko Wilfred Madius Tangau berkata penyertaan parti it...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam