Perembat Balak Ulama Tak Tegur



Perembat balak tak buat perkara yang ada kena mengena dengan perkara yang boleh merosakkan aqidah. Begitu juga, semasa merembat balak, perembat tidak mendedahkan aurat.
Perbuatan rembat balak juga tak tersenarai sebagai kesalahan besar dalam agama biarpun sampai lingkup alam. Justeru, tak ramai cerdik pandai agama mengulas mengenai kerosakan perbuatan rembat balak.
Tak ramai agamawan yang tegur dan kritik perembat balak. Jika ditegur pun, secara sipi-sipi saja. Tak ada dalil Quran, sunnah dan qaedah fiqh yang dibawa untuk menyokong kritikan terhadap perembat balak.
Berbeza dengan aktiviti cuci selut banjir. Gigih betul agamawan kita memberi peringatan kepada sukarelawan dan mangsa banjir. Di sana-sini dilakar garisan merah yang tak boleh dilangkau oleh sukarelawan dan mangsa.
Mangsa banjir tak boleh dedah aurat, tak boleh ambil hak orang lain, tak boleh bergaul bebas, tak boleh… tak boleh… tak boleh! Baguslah. Ingatan sebegitu memang betul dan perlu.
Sukarelawan pula tak boleh cuci rumah ibadat orang bukan Islam secara sembrono, tak boleh cuci berhala, tak boleh … tak boleh… tak boleh…! Baguslah. Peringatan ini juga betul dan penting.
“Sukarelawan dan mangsa banjir, ingat-ingatlah! Nak tolong orang boleh, tapi jaga hukum agama. Sukarelawan, nak bantu boleh, tapi jaga aqidah dan jaga aurat.” Demikian fatwa agamawan kita.
Macam biasa. Keberanian agamawan kita hanya terhadap rakyat marhaen. Hukum agama lebih senang dibaca, difatwa dan diaplikasi untuk orang awam. Garisan merah mudah dibuat untuk rakyat biasa.
Tapi, fatwa rembat balak, pemilikan saham oleh orang besar SPRM sehingga menimbulkan keraguan, tidak dibaca, ditulis dan dilafaz oleh agamawan kita. Apa sebabnya? Entah, saya pun tak tahu.
Ketika Nabi menampilkan contoh keberanian baginda menegur dan mengajak penguasa besar dunia kepada Islam, agamawan kita yang mengaku mewarisi kerja Nabi masih berkeliting di sekitar orang marhaen dan rakyat biasa.
Seribu satu hukum, fatwa dan peraturan dibuat oleh orang agama untuk orang biasa. Seolah-olah orang besar, orang utama, orang penting tak terikat dengan hukum agama, tak tertakluk kepada fatwa.
“Tidak! Agama mengikat semua orang. Ini mala fide!” Habis tu, kenapa fatwa dan hukum-hakam agama setiap hari hanya untuk orang biasa? Mana fatwa untuk perembat balak? Mana hukum untuk pelari duit rakyat?
Wahai kita semua rakyat biasa, peraturan, garisan merah dan fatwa agama hanya untuk kita. Untuk orang besar pula, garisan hijau, lapang dada dan maslahah.
Ingat tu…!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33754

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Fatwa Untuk Perembat Balak Dan Hukum Buat Pelari Duit Rakyat

Mana Fatwa Untuk Perembat Balak Dan Hukum Buat Pelari Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 305 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINPerembat balak tak buat perkara yang ada kena mengena dengan perkara yang boleh merosakkan aqidah Begitu juga semasa merembat balak perembat tidak mendedahkan aurat Perbuatan rembat balak juga tak tersenarai sebagai kesala...
Momen Luar Biasa Pangdam Termuda Gandeng Tangan Ulama Berpengaruh Di Aceh

Momen Luar Biasa Pangdam Termuda Gandeng Tangan Ulama Berpengaruh Di Aceh

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 163 hits
Mayjen TNI Mohamad Hasan merupakan perwira tinggi belum lama ini mengemban amanat menjadi Pangdam Iskandar Muda Aceh Hal itu lantas membuatnya menyabet predikat sebagai Pangdam termuda Berikut potretnya saat berkunjung ke ulama di Aceh dihi...
Tokoh Ulama Ucap Jumpa Di Syurga Sebelum Maut Nahas

Tokoh Ulama Ucap Jumpa Di Syurga Sebelum Maut Nahas

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 211 hits
PENDANG Tokoh ulama Syeikh Yahya Ashaari 65 dilaporkan sempat bertemu tiga ulama dari Yaman sebelum terkorban dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Sungai Jagung Padang Pusing Pendang pada jam 4 40 petang Ahad Melalui ha...
Kapolda Sampai Kadensus Ini Potret Ulama Kawan Kasad Dudung Dengan Jenderal Polisi

Kapolda Sampai Kadensus Ini Potret Ulama Kawan Kasad Dudung Dengan Jenderal Polisi

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 216 hits
Habib Husein Baagil pemimpin dari Majelis Ta lim Wal Maulid Ar Ridwan Tuban tengah menjadi sorotan Hal ini lantaran kedekatannya dengan Kasad Jenderal TNI Dudung yang terlihat di beberapa momen Selain itu terlihat pula potret keakraban Huse...
Rombak Kabinet Segera Buang Kayu Mati Dan Balak Reput

Rombak Kabinet Segera Buang Kayu Mati Dan Balak Reput

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 385 hits
MALAYSIA DATELINEJika Datuk Seri Ismail Sabri benar benar seorang perdana menteri yang menjaga kepentingan rakyat dan negara beliau perlu membuat rombakan kabinet segera bagi membuang kayu mati di dalam kabinet beliau Tokoh media Datuk A Ka...
Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

Syarikat Balak Perlu Bantu Mangsa Banjir Di Pahang Anwar

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 317 hits
Tanggungjawab membantu mangsa banjir di Pahang tidak perlu dilepaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sahaja sebaliknya syarikat syarikat balak yang sedikit sebanyak menjejaskan alam sekitar perlu turut sama menghulur bantuan Ketua P...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mendakwa Kepala Air Punca Balak Hanyut Di Telemong

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 335 hits
BENTONG Kejadian kepala air yang terlalu deras dari Sungai Kerau di sini selepas hujan lebat dikenal pasti menjadi punya berlaku balak hanyut di jambatan Sri Telemong Jalan Karak Pelangai di sini Longgokan balak dan sisa pokok juga terdapat...
Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 173 hits
Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy