Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri Susulan Dr Zulkifli Positif Covid 19

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin  Yassin mengesahkan akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman beliau  selama 14 hari mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam  satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, berkata, keputusan itu  diambil susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 hari  ini
Muhyiddin  berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan  Negara (MKN) di Putrajaya pada 3 Oktober lalu dan Dr Zulkifli merupakan  salah seorang yang menghadiri sesi berkenaan
“Berdasarkan  penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti  kontak rapat semasa mesyuarat ini telah diberikan surat perintah  pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3  Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan
“Ahli mesyuarat yang bukan merupakan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) selama 14 hari bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober dan memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” katanya lagi
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, perintah kuarantin kendiri yang beliau jalani tidak akan mengganggu urusan kerajaan
Menurut Perdana Menteri, beliau akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang penting
“Sebagai  langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan  COVID-19 (ujian swab) setiap dua minggu sejak bulan April 2020 dan  kesemua ujian pengesanan ini telah disahkan NEGATIF
“Selain  itu, saya telah melakukan tiga (3) ujian pengesanan COVID-19 dalam  tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020 dan  didapati negatif,” kata Muhyiddin lagi
#Sumber :   Astro  
MR :   Ini cara terbaik untuk tak jumpa wartawan 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/perdana-menteri-jalani-kuarantin.html