Perdana Menteri Digesa Agar Pecat Menteri Kewangan


harakahdaily.com
February 27, 2024
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa agar memecat Menteri Kewangan ketika ini yang disifatkan gagal mengurus pelbagai isu ekonomi negara terutama soal kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD)

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, ia selaras dengan sikap yang diambil Perdana Menteri ketika menjadi Ketua Pembangkang dahulu di mana telah mengecam Menteri Kewangan di bawah kerajaan terdahulu kerana isu sama.

“Sebagai Perdana Menteri, YAB Tambun patut marah juga kepada Menteri Kewangan yang ada sekarang ini. Kena pecat Menteri Kewangan yang ada hari ini. Kerana prestasi Menteri Kewangan ini lebih teruk daripada Menteri Kewangan sebelum ini.

“Saya hanya minta supaya YAB Perdana Menteri pecat Menteri Kewangan yang ada pada hari ini,” ujarnya membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, rakyat kini mula bersuara mengenai kejatuhan nilai Ringgit yang mencecah nilai terendah iaitu RM4.80 berbanding USD1 dan hampir menyamai paras terburuk ketika berlakunya Krisis Kewangan Asia 1997.

Kata Hamzah lagi, secara kebetulan Menteri Kewangan ketika Ringgit terburuk pada tahun 1998 dan semasa Ringgit menjunam pada RM4.80 sekarang adalah orang yang sama, iaitu Perdana Menteri ketika ini.

Ahli Parlimen Larut itu turut menzahirkan rasa kesal apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan media usai mesyuarat Kabinet baru-baru ini mendedahkan bahawa mesyuarat tersebut tidak membincangkan mengenai isu tersebut.

“Harga barangan import khususnya makanan akan melambung tinggi. Apa kerajaan buat? Menteri Komunikasi kata Kabinet tak bincang isu Ringgit jatuh RM4.80.

“Apakah isu ini tidak penting kepada kerajaan? Mana tanggungjawab kerajaan dalam isu seserius ini? Apa nak jadi dengan kerajaan ini?” soal beliau.

Hamzah turut mengimbau semula kata-kata pernah dilafaz Anwar di dalam ucapan-ucapannya yang kembali tular di mana pernah mengecam Menteri Kewangan kerajaan terdahulu akibat Ringgit jatuh iaitu, ‘Sebab apa Ringgit jatuh? Sebab hang tak reti jaga negeri ini!’.

Beliau juga mengimbau ucapan Anwar di Dewan Rakyat ketika itu yang melahirkan rasa hairan dan menyifatkan Menteri Kewangan semasa itu sebagai satu-satunya Menteri Kewangan di dunia yang tidak bimbang nilai Ringgit jatuh.

“Tiba-tiba sembang kari hari ini, dia kata apa? ‘Jangan jadikan isu kelemahan Ringgit sebagai isu politik’. Apa nak jadi? Bila kena batang hidung dia ‘tai chi’ (letak kesalahan pada pihak lain) habis,” ujar beliau. 
– HARAKAHDAILY 27/2/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/02/perdana-menteri-digesa-agar-pecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tertekan Isu Gaza Perdana Menteri Palestin Letak Jawatan

Tertekan Isu Gaza Perdana Menteri Palestin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 178 hits
RAMALLAH Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh mengumumkan peletakan jawatannya selepas memerintah beberapa bahagian Tebing Barat Shtayyeh menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Ketua Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkalan d...
Kes Spanco Sprm Ambil Keterangan Bekas Menteri Kewangan

Kes Spanco Sprm Ambil Keterangan Bekas Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 305 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengambil keterangan seorang bekas Menteri Kewangan bagi membantu siasatan dakwaan rasuah bagi projek fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4 5 bilion Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam B...
Gaya Menteri Ahy Pimpin Rapat Perdana Di Kementerian Atr Bpn Bahas Program 100 Hari Kerja

Gaya Menteri Ahy Pimpin Rapat Perdana Di Kementerian Atr Bpn Bahas Program 100 Hari Kerja

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 256 hits
AHY menyampaikan pengalaman pertamanya ketika menyerahkan sertifikat secara door to door kepada masyarakat di Kota Manado
Anwar Patut Serah Jawatan Menteri Kewangan Kepada Rafizi

Anwar Patut Serah Jawatan Menteri Kewangan Kepada Rafizi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 317 hits
Akibat kejatuhan nilai ringgit Anwar Ibrahim selalu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kini dihentam dengan teruk daripada segenap sudut tak kira siang atau malam Lebih teruk lagi hentaman itu kerana tindakan Anwar sendiri cuba mengelak d...
Video Perdana Ke Ikn Menteri Ahy Terpukau Bangga Pembangunan Di Era Pemerintahan Jokowi

Video Perdana Ke Ikn Menteri Ahy Terpukau Bangga Pembangunan Di Era Pemerintahan Jokowi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 316 hits
AHY bersama Wamen ATR Waka BPN Raja Juli Antony melakukan kunjungan kerja di Provinsi Kalimantan Timur tepatnya di Ibu Kota Nusantara atau IKN
Bocoran Daftar Menteri Beredar Ini Respons Gibran

Bocoran Daftar Menteri Beredar Ini Respons Gibran

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 278 hits
Cawapres nomor urut 02 Gibran Rakabuming Raka merespons bocoran daftar susunan kabinet pemerintahannya bersama Prabowo Subianto yang beredar di media sosial
Serahkan 205 Sertipikat Tanah Di Sleman Menteri Atr Harga Tanah Naik 3 Kali Lipat

Serahkan 205 Sertipikat Tanah Di Sleman Menteri Atr Harga Tanah Naik 3 Kali Lipat

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 346 hits
Efek kenaikan harga tanah disebabkan karena adanya rencana pembangunan fasilitas umum di Kelurahan Sumberarum
Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

The Ultimate Guide To Facelift In Malaysia Everything You Need To Know

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Lumos Tablet Berkualiti Tinggi Paling Murah Hanya Rm499

Double Meaning Names Work


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beg Samma Denim Dato Aliff Syukri Sasar Rekod Jualan Terpantas Dalam Sejarah

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu

Anak Tun Dr Mahathir Perlu Perjelas Sumber Kekayaan Pm Harian Metro

Intan Serah Berdepan Tindakan Tatatertib Fam Utusan Malaysia

Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini

Kerajaan Kyrgyzstan Umum Kawalan Penuh Akses Internet Global Selama Setahun