Perdana Menteri Australia Puji Hero Bondi Beach Ahmed Al Ahmed


Perdana Menteri Australia Puji “Hero” Bondi Beach, Ahmed al-Ahmed
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, memuji keberanian Ahmed al-Ahmed dalam insiden tembakan di Bondi Beach, dengan menyifatkannya sebagai “lambang terbaik negara”.
Albanese meluangkan hampir setengah jam melawat Ahmed dan bertemu ibu bapanya, yang disifatkan sebagai sangat bangga dengan tindakan anak mereka.
“Keberaniannya menjadi inspirasi kepada semua rakyat Australia. Dia seorang yang sangat merendah diri,” kata Albanese.
Albanese turut menjelaskan bahawa Ahmed pada mulanya hanya mahu mendapatkan secawan kopi sebelum insiden cemas itu. Namun, apabila melihat orang ramai ditembak, beliau membuat keputusan berani untuk bertindak.
https://x.com/AlboMP/status/2000740227783205030
Kongsi ucapan terima kasih dari hospital Penyiar awam Turkiye, TRT World, pada Selasa menyiarkan sebuah video memaparkan Ahmed yang ditolak menggunakan kerusi roda di hospital.
Dalam video tersebut, beliau menyampaikan ucapan terima kasih dan doa kepada semua yang memberi sokongan.
“Saya sangat menghargai segala bantuan dan sokongan. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dan memberi kesihatan yang baik. Insya-Allah, kami akan kembali dengan khabar gembira. Terima kasih atas keprihatinan anda.
“Saya melalui detik yang amat sukar, hanya Allah yang mengetahuinya. Saya mohon ibu saya yang tersayang mendoakan saya,” katanya dalam bahasa Arab.
https://x.com/trtworld/status/2000636977826459759
Untuk info, Ahmed al-Ahmed, 44, kini dirawat di hospital selepas cedera ditembak ketika berani melucutkan senjata seorang penyerang yang disyaki.
Tindakannya itu sekali gus berjaya menyelamatkan banyak nyawa dalam kejadian di Sydney pada petang Ahad lalu.
Satu kempen GoFundMe yang dilancarkan bagi membantu Ahmed telah mengumpul lebih AUD2 juta setakat ini. Ini termasuk sumbangan sebanyak AUD99,999 daripada bilionair Amerika Syarikat, William Ackman.
Dikunjungi pemimpin negara Gabenor Jeneral Australia, Sam Mostyn, melawat Ahmed di Hospital St George, selatan Sydney, pada Selasa selepas beliau menjalani pembedahan akibat dua das tembakan.
Mostyn menyampaikan penghargaan bagi pihak rakyat Australia dan Raja Charles, yang dimaklumkan turut bertanyakan keadaan Ahmed.
Mostyn menjangkakan Ahmed akan menerima anugerah keberanian dan memaklumkan bahawa pencalonannya telah dibuat oleh ramai pihak.
Ahli Parlimen Persekutuan kawasan Sutherland, Simon Kennedy, antara yang menggesa agar Ahmed dianugerahkan Cross of Valour, iaitu anugerah keberanian tertinggi negara.
Selain itu, Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns, turut melawat Ahmed, manakala bekas Perdana Menteri Australia, John Howard, memuji tindakan tersebut sebagai satu keberanian luar biasa.
Howard menegaskan bahawa terdapat ramai individu baik daripada pelbagai latar belakang di Australia. Tambah Howard, tragedi itu tidak sepatutnya menghilangkan kepercayaan terhadap keharmonian negara.
Siapa Ahmed al-Ahmed? Ahmed merupakan bapa kepada dua anak perempuan dan mengusahakan sebuah kedai berhampiran Stesen Kereta Api Sutherland sejak 2021.
Dilahirkan di Idlib, Syria, Ahmed berhijrah ke Australia pada 2006 dan hanya berjaya memperoleh kewarganegaraan selepas melalui proses rayuan mahkamah selama beberapa tahun.
BACA: Orang Awam Pertaruh Nyawa Dalam Insiden Tragis Di Pantai Bondi
Sumber: The Guardian
The post Perdana Menteri Australia Puji “Hero” Bondi Beach, Ahmed al-Ahmed appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/17/perdana-menteri-australia-puji-hero-bondi-beach-ahmed-al-ahmed/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Breaking Jihadis Kill 12 At Bondi Beach Sydney

Breaking Jihadis Kill 12 At Bondi Beach Sydney

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 147 hits
THIS HAPPENED LESS THAN SIX HOURS AGO IN SYDNEYIT IS 9 PM NOW KL TIME SUN 14 DEC 2025 12 killed after gunmen open fire at Hanukkah on Bondi Beach Jews murdered at Jewish community functionAnti Zionist graffiti spotted days before attack at ...
Bondi Beach Shooting Death Toll Rises To 12

Bondi Beach Shooting Death Toll Rises To 12

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 147 hits
Emergency personnel work at the scene of a shooting incident at Bondi Beach Sydney Australia SYDNEY At least 12 people were killed and almost 30 wounded when gunmen fired on a Jewish holiday event at Sydney s Bondi Beach today in what Austr...
Perdana Menteri Seru Waspada Dan Bersama Hadapi Musibah Banjir Hargai Usaha Barisan Hadapan

Perdana Menteri Seru Waspada Dan Bersama Hadapi Musibah Banjir Hargai Usaha Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 111 hits
Perdana Menteri Malaysia Dato 8217 Seri Anwar Ibrahim tampil menyampaikan pesanan peringatan dan simpati yang mendalam kepada seluruh rakyat yang terjejas akibat banjir baru baru ini Beliau menekankan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap ...
Insiden Penembakan Gegarkan Pantai Bondi Pihak Berkuasa Australia Lancar Operasi Kecemasan

Insiden Penembakan Gegarkan Pantai Bondi Pihak Berkuasa Australia Lancar Operasi Kecemasan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 150 hits
Sydney Australia Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku di kawasan Pantai Bondi Sydney sekali gus mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam dan pengunjung yang berada di lokasi kejadian Berdasarkan laporan awal beberapa individu...
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 205 hits
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan MOSCOW 14 Dis Sepuluh orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Bondi Beach Sydney Australia semasa satu majlis Hanukkah Yahudi lapor pada Ahad memetik sumber Polis percaya s...
Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

Isu Pengiktirafan Sijil Uec Keadilan Pahang Sokong Perdana Menteri Pertahankan Perlembagaan Utamakan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Isu pengiktirafan sijil Unified Examination Certificate tidak wajar dijadikan tuntutan utama untuk diiktiraf dalam negara majmuk seperti Malaysia Sehubungan itu Biro Pendidikan dan Latihan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang menz...
Jabatan Perdana Menteri Terima Kenderaan Berkuasa Hidrogen

Jabatan Perdana Menteri Terima Kenderaan Berkuasa Hidrogen

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 126 hits
Jabatan Perdana Menteri hari ini telah menerima kenderaan berkuasa hidrogen model Toyota Mirai yang diserahkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi PM Anwar Ibrahim dalam hantaran di akaun FB rasminya menyatakan ia menandakan satu l...
Perdana Menteri Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Madani 2025

Perdana Menteri Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Madani 2025

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum wrt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan Perdana Putra di sini Pelantikan itu adalah langkah penstrukturan semula bagi memperkuk...
Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Menantu Datuk Nikah Kahwin

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Dinner Di Restoran 1819 Speghetti Aglo Olio Yang Super Sedap

Amazing Beef Mince Recipe 1 Year Old

Bila Memilih Keselesaan

Revealed The Top 10 Custom Motorcycles Of 2025

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

7 Drama China Komedi Romantis Terbaik Yang Siap Bikin Baper