Perdamaian Demi Kemeriahan Bola Sepak


 
Hanya lebih sedikit daripada tiga bulan lalu, ramai boleh membayangkan betapa hampirnya Selangor FC — antara pencabar terkuat dalam saingan bola sepak domestik — dengan langkah drastik untuk menarik diri daripada Liga Malaysia yang kini sudah sampai ke garis pertengahan bagi aksi musim 2024/25.
Kecewa dengan hukuman Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dianggap ‘tidak masuk akal, tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab’, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah:

Beta kini hanya berperanan sebagai penaung di dalam FAS (Persatuan Bola Sepak Selangor). Namun, jika beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu.Kemurkaan Sultan Selangor didorong oleh keputusan MFL pada 25 Jun mendenda Selangor FC RM100,000 selain dikenakan pemotongan tiga mata atas kesalahan tidak hadir ke perlawanan sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada 10 Mei lalu.
Sebelum perlawanan itu lagi, Sultan Sharafuddin memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC itu atas pertimbangan sebab-sebab keselamatan selepas insiden pemainnya Faisal Halim melecur tahap empat disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Kota Damansara pada 5 Mei.
Terdahulu, Selangor FC menghantar permohonan menangguhkan aksi merebut Piala Sumbangsih, namun ditolak MFL yang memutuskan supaya ia diteruskan selepas mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis yang akan meningkatkan tahap keselamatan pada hari perlawanan.

Bukan sahaja isu keselamatan, keadaan moral pasukan yang masih terganggu dan terkesan dengan insiden simbah asid melibatkan Faisal Halim juga harus diambil kira, titah baginda yang menambah semua pihak harus memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang melibatkan nyawa pemain sebegini tidak sama dengan kes-kes sebelum ini.
Sultan Sharafuddin, yang turut menekankan pentingnya sukan bola sepak sebagai platform perpaduan, menegur MFL dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tidak serius menangani keganasan dan kezaliman dalam sukan serta mengingatkan mereka agar membuat keputusan dengan berhati-hati demi menjaga imej dan semangat kesukanan bola sepak tempatan.
Pada 27 Jun, MFL ‘menggunakan budi bicara’ untuk mengurangkan denda ke atas Selangor FC daripada RM100,000 kepada RM60,000, membatalkan pemotongan tiga mata di samping membenarkan semula kehadiran penonton dalam perlawanan Selangor FC-Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada minggu ke-14 liga.
Keputusan itu mengundang keberangan pemilik JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang berkata tindakan ‘mengheret’ sultan ke dalam permasalahan bola sepak bakal menimbulkan kebimbangan dan menjadi ikutan oleh pasukan bermasalah bagi menyelesaikan isu dihadapi mereka dengan jalan mudah.
“Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang liga, suruh sultan tulis surat murka sahaja senang.
“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat. Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?

Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘tokong’ sebenar bola sepak Malaysia, tulis Pemangku Sultan Johor di akaun Facebook pada 28 Jun tanpa menghuraikan siapa yang dimaksudkannya tetapi harus mudah dibaca sesiapa sahaja.
Berbanding meneruskan provokasi, peminat kedua-dua pihak sebenarnya sangat resah dengan perkembangan berkenaan.
Barangkali diapi-apikan oleh perseteruan yang tercetus, JDT beroleh semangat tambahan untuk membelasah Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Ogos lalu — kali pertama kedua-dua pasukan bertemu musim ini dan akan disusuli sekali lagi dalam aksi liga di Stadium MBPJ pada 27 Okt.
Berbalik kepada titah Sultan Selangor untuk tidak teragak-agak menarik keluar Selangor FC daripada Liga Super sebelumnya, ramai harus melihatnya satu kemujuran bahawa ia bukan bersifat satu titah perintah, sebaliknya sekadar menyuarakan pandangan.
Selepas merajai kancah bola sepak amatur hingga membawa ke era liga semi-pro, Selangor — juara 33 kali Piala Malaysia di sebalik ia terpaksa melepaskan gelaran pasukan dominan selepas kebangkitan JDT dari 2014 — kekal antara lawan disegani yang tanpanya akan hilanglah seri dan tarikan saingan bola sepak domestik.
Dalam tempoh kekuasaan JDT, Selangor FC — yang sekadar dua kali menjadi naib juara Liga Super pada 2014 dan 2023, empat kali menduduki tangga kelima (2016, 2020, 2021 dan 2022), malah pernah melurut ke tangga kelapan pada 2018 — berupaya menghangatkan suasana pertandingan saban tahun, tambahan dengan antara jumlah penyokong terbesar di milikinya.
Sebaliknya, JDT yang dijenamakan semula daripada Johor FC selepas pengambilalihan oleh TMJ pada 2013 dengan mengangkatnya ke tahap tidak pernah diterokai sebelumnya, tampil sebagai pasukan paling berjaya dengan himpunan 28 trofi sepanjang satu dekad lalu termasuk menjulang Piala AFC pada 2015, lantas memberinya hak bermegah (bragging rights).
Ia turut membawa kepada perseteruan dalam media sosial dengan penyokong kedua-dua pasukan berbalas sindiran, namun tidak sehingga mencetuskan pergaduhan di stadium.
Ramai yang mungkin cuba membaca lebih mendalam di antara baris-baris kenyataan berkait perdamaian dalam memastikan perseteruan bola sepak kekal dalam padang sahaja yang dikeluarkan Facebook HRH Crown Prince of Johor dan Facebook Selangor Royal Office selepas Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa.
Menambah kepada kenyataan itu, TMJ berkata kedua-duanya mahu semua pihak saling hormat-menghormati serta wujud perpaduan di luar padang.
Menyusuli kenyataan itu, Sultan Sharafuddin bertitah bola sepak ialah sukan rakyat yang sekian lama menyatupadukan masyarakat dan harus dipelihara serta dikekalkan sebagai antara wadah keharmonian negara.
Tambah baginda, semua kerabat diraja hendaklah mempamerkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak umum atau di media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia agar dihormati serta disayangi rakyat.
Eloklah tidak diungkit lagi sengketa lalu dengan pertemuan empat mata lebih sejam itu menjadi titik perdamaian dalam mengembalikan keharmonian dan kemeriahan bola sepak tempatan dan tidak memecah-belahkan di sebalik perseteruan di dalam padang yang terus diraikan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/perdamaian-demi-kemeriahan-bola-sepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminat Bola Sepak Terpukau Polis Cun Ronda Stadium

Peminat Bola Sepak Terpukau Polis Cun Ronda Stadium

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 103 hits
Oleh Syeikh Baran Peminat bola sepak seperti terpukau apabila seorang anggota polis wanita Gina Pinzon meronda di Stadium Estadio Olimpico Pascual Guerrero di Cali Colombia lapor portal berita Daily Star hari ini Pinzon 28 berkongsi video d...
Tiada U Turn Fazura Mahu Cerai Demi Maruah Fatima

Tiada U Turn Fazura Mahu Cerai Demi Maruah Fatima

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 116 hits
PETALING JAYA Pelakon Nur Fazura nekad mahu bercerai dengan suaminya Fattah Amin demi maruah serta kesejahteraan hidup bersama anak Nur Fatima Aisya
Wanita Pertaruh Nyawa Budak Demi Content Dikecam

Wanita Pertaruh Nyawa Budak Demi Content Dikecam

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 115 hits
Oleh Syeikh Baran Perbuatan seorang wanita di India yang selamba duduk di tepi perigi bersama anaknya sambil menghasilkan kandungan media sosial mengundang kecaman orang ramai lapor stesen penyiaran NDTV semalam Menerusi rakaman yang dimuat...
Demi Fyp Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang Kita Sendiri Kieda Crepe

Demi Fyp Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang Kita Sendiri Kieda Crepe

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 181 hits
Usahawan manisan sensasi Kieda Crepe tampil meluah perasaan setelah dia mendakwa ada pihak cuba yang cuba menjatuhkan perniagaannya
Langkah Demi Langkah Nak Mula Bisnes Online

Langkah Demi Langkah Nak Mula Bisnes Online

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 140 hits
Ingin memulakan bisnes online tapi tak tahu macam mana nak mula Jangan risau jom kita teliti langkah demi langkah Bisnes online ni memang menarik tapi kena ada persediaan yang rapi supaya tak tersadung di tengah jalan Cari idea bisnes Cari ...
Kendong Anak Cara Tok Ram Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya

Kendong Anak Cara Tok Ram Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 173 hits
Kendong anak cara Tok Ram Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini Kendong Anak Cara Tok Ram Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya Tular sat...
Demi Anak Mrsm Terendak Pengerusi Mara Tampil Tegas Beri Tempoh Sebulan

Demi Anak Mrsm Terendak Pengerusi Mara Tampil Tegas Beri Tempoh Sebulan

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 182 hits
Kejadian keracunan makanan yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA Terendak telah mengejutkan ramai pihak Sebanyak 48 pelajar telah mengalami keracunan makanan sejak semalam dan daripada jumlah tersebut 6 orang pelajar terpaksa dimasukkan ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik