Percutian Tak Dirancang Langsung Jom Ke Genting Highlands Dan Ke Bentong Pekena Lemang Kita


Bulan Januari penuh shortvacay tak sempat pun sembang dalam blog, terus masuk bulan Februari 2020 sambung lagi shortvacay haha. Serius wei, short vacay kita orang ni hanya hari Sabtu Ahad, kalau ada cuti umum lagi dasyat shortvacay tu entah ke mana-mana merayap ke negeri orang. Semua dalam Malaysia je, Jimat dan elak penyakit viral luar negara tu. 
Aku nak kongsi satu kenangan, tepat tarikh 1 Februari 2020...Kami bangun pagi macam biasa, terus ajak Abg Qi dan suami ke kolam renang bawah rumah. Lama betul tak berenang, menyelam dan main main dengan Abg Qi. Semua mandi, bersihkan badan baru pakai baju renang. 
Dekat sejam juga kami berenang, penat tapi badan segar bugar. Ibarat macam kembang habis urat. Terus jadi semangat, perut berkeroncong. 
Mandi bersih-bersih, pakai baju dan terus ke bawah rumah. Ehh! Sekali tengok Tealive francais baru dah buka. 
Kebetulan juju memang dah lama craving nak minum air kegemaran. Beli lah 3 terus sorang satu, sekali owner tu ajak masuk ke dalam. Ada jamuan kecil pembukaan, langkah kanan! Dapat makan pelbagai jenis dessert. Sejam gak lepak makan minum semua, pastu naik kereta gerak ke mana?
Suami ajak ke Bentong, Pahang. Aah awak, semua on the spot. Katanya teringin nak makan lemang To'Ki. Seusai sampai je, nampak dari jauh kereta penuh di tepi jalan. 


Rezeki kami, dapat parking betul depan banner kedai siap tak payah tunggu lama, ada orang nak mengundur kereta. Kami senyum simpul, rezeki lagi.
Sedap, kenyang! Kami raya awal hehe. 

Oh lupa nak cakap.Sebelum sampai sini kami singgah kat Petronas. Isi minyak, topup TouchnGo, lepas tu saje kami bertiga singgah booth Petronas. Kami di jamu dengan air kopi terbaru dan di beri free gift bermacam jenis barang antaranya kopi dan beberapa makanan. 
Langkah kanan sungguh, sebab kami tengok tak semua orang pun dia beri. Kiranya kami antara yang beruntung lah haha. Alhamdulilah.
Sambung balik cerita lemang, lepas pekena lemang sama kambing bakar sedap tu cicah air asam tu terus kami ke masjid berdekatan tunai solat Zohor. 
Sambung jalan ke Genting Highlands.Semua secara spontan, layanlah kami angin sejuk Genting sepanjang perjalanan mendaki sambil makan buah berangan bakar. Sedap lemak manis, lama tak makan buah tu.
Kami parking kereta di GPO, sejam pertama di kenakan caj RM3, seingat julia bila balik hanya bayar berbelas sahaja. Kalau seharian parking dekat 23 ke lebih rasanya. Masih murah dan kereta selamat. 
Tak jalan ke GPO dulu...
Terus beli tiket naik Sky Awana, semua teruja tengok Gondola. Hahaha, macam jakun. Lama kot tak naik, rindu, mujurlah dekat dengan KL. Dapat naik pecahkan rasa rindu. Buat Abg Qi, ini pengalaman pertama dia. Dulu ke Langkawi tak naik pun sebab masa tu dia masih kecil sangat, risau dia menjerit sepanjang naik Gondola hahahha. 

Tiket naik gondola kami beli pergi dan balik.RM16 rasanya, masih murah dan berbaloi. Masa ini kami naik gondola tak perlu berbaris panjang. Orang tak ramai langsung, kami naik gondola pergi dan balik hanya bertiga. Tak ada kongsi dengan orang lain. Padahal baru lepas perayaan CNY tau, rata-rata masih pakai mask. 
Kami pakai sanitizer, mask kain tu entah mana Abg Qi campak kat rumah tak jumpa haha. tawakal je lah. 
Sebelum naik gondola kami kena cek suhu badan oleh beberapa pegawai, dua kali cek tau. Alhamdulilah semua lepas, sihat. Syukur! Yelah musim nCov tu kan, kena berjaga-jaga. 
Rupanya Abg Qi...Dia penakut naik Gondola. Siap suruh umi dia diam tau, nak fokus naik gondola (skyway) tu hahahaha, okey video dia aku dah snap letak dalam YouTube, korang boleh tonton sini.[Video]SkytropolisKat sini besar betul taman tema indoor dia, berbezalah beberapa tahun lepas suasana Genting. Sekarang dah macam-macam ada tau, siap ada food court dan kedai outlet seperti Watson, Family Mart dan bermacam lagi. Kira senang lah nak makan, nak cari barang kat farmasi kalau sejuk-sejuk ni ada keperluan. 

Layan mainan dalam skytropolis, salah satunya kami naik train sama-sama dalam Madras Lane. Ingatkan dalam ni hanya ada juala sahaja, rupanya kami ditemukan dengan maskot Dinasour yang sangat comel. 
Madras Lane
Lepas tu kami nampak ada ramai orang berbaris naik train kecil. Apa lagi kami pun berbaris la, tak sampai beberapa saat kami di beri fast lane sebab tengok Abg Qi. Untung lah siapa ada anak kecil, Abg Qi umur 7 tahun 5 bulan masa ini pun kami masih lagi diberi keistimewaan untuk naik dulu berbanding orang lain yang tak ada anak kecil.
Rezeki lagi, tengok! 
Macam-macam aksi kartun sepanjang dalam train kami dapat tengok. Berwarna warni. Anak-anak lah suka, orang dewasa macam kami pun dapat keseronokkan berganda hihi.
Puas main dalam Skytropolis & Madras Lane terus cari di mananya terletak Starlight Carnival.
Starlight CarnivalRupanya kena turun escalator nak ke situ tau. Tapi nasib badan, waktu ini kabus teramatlah tebal, siap pakej hujan renyai lagi. So lain kalilah dapat nak tengok hehe janji dah sampai betul tak. Sangat berkabus tebal, sungguh sejuk. Memang tak bawa baju sejuk atau blazer, semuakan tak di rancang haha. So layanlah kabus sepuasnya. 

Genting Premium Outlet (GPO)
Turun dari gondola, terus melawat ke semua outlet GPO. Ini kali kedua julia ke GPO tau. Kali ini tak beli apa pun, sebab bukan waktu sale dia. Jadilah window shopping. 

Dari pagi sampai ke malam, seharian berjalan. Kaki tu dah mintak nyawa nak berehat hahaha, memang membakar kalori sambil sambung makan hahaha, kami bertiga ni jalan-jalan dalam Malaysia pun jadi. Serius, balik ke rumah terus bersihkan badan, solat dan terus tidur. Memang lena sangat jadinya tau haha.
Okey, next story nak cerita pasal penjelajahan kami ke Lumut, menginap di Marina Island, melihat panorama indah di Rockbund serta singgah ke Menara Condong, Teluk Intan Perak. Singgah ke Menara Condong adalah pengalaman pertama kali kami bertiga. Kalau Lumut, Perak tu dah terjah banyak kali dah, saje pi kali ini ada suasana menarik di waktu malam kat sana. 
Tunggu julia update kisah jalan-jalan lagi. Bye!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2020/02/percutian-tak-dirancang-langsung-jom-ke.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apartment Percutian Prima Cameron Highlands

Apartment Percutian Prima Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 388 hits
Kali ini saya nak kongsikan Pakej Apartment Percutian atau Homestay Prima Cameron Highlands Buat permulaan saya sekadar kongsikan maklumat dibawah ini untuk anda yang mencari unit apartment percutian di Cameron Highlands khasnya di Tanah Ra...
Jom Jenjalan Cape Nautica Villas Port Dickson Negeri Sembilan

Jom Jenjalan Cape Nautica Villas Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 710 hits
Jom Jenjalan CAPE NAUTICA VILLAS Port Dickson Negeri Sembilan Tidur semalam di sini on the way back to JB Suka la kebudaks jantan mandi manda kat sini Layan Video penuh https youtu be WtbJW8plsBUcheck indah nampak kolam dahteam dah turuntea...
Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 400 hits
Saman G25 ugut Presiden PAS tidak para Mufti DALAM tulisan beliau bertajuk G25 Membahayakan Akidah Umat Islam pada 17 Januari 2020 Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan Sebenarnya kumpulan dan segala gerombolanny...
Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

Jom Minum Susu C2joy Susu Keluaran Muslim Paling Viral Untuk Menjaga Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 866 hits
Jom sihat bersama C2JOY Jom sihat bersama C2JOY C2JOY adalah kombinasi susu Kolostrum dan Kalsium yang paling sempurna di pasaran saat ini dengan satu harga Anda dapat 2 produk yang berkualiti dunia Anda tak perlu beli Kolostrum dan Kalsium...
Jom Beli Kissmee Mee Bersalut Kismis Keluaran Kilang Bumiputera Islam

Jom Beli Kissmee Mee Bersalut Kismis Keluaran Kilang Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 521 hits
KISMEE KIS KISMISMEE MEE1 Kilang Bumiputera Islam peratus halal 2 Mee bersaluti Kismis tekstur yang lembut dan boleh direndam dgn air panas sahaja Sesuai untuk pelajar asrama dan kolej serta mereka yang bekerja Cepat dan Mudah 3 Boleh juga ...
Jom Kita Gi Umbai Atau Serkam Melaka Makan Ikan Bakar

Jom Kita Gi Umbai Atau Serkam Melaka Makan Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 522 hits
Ikan Bakar Parameswara Salah Sebuah Gerai Ikan Bakar Yang Popular Sedapnya makan ketam sotong udang ni Tengok je kau tak makan ke kau alergik ke Sapa kata aku tak nak Aku tengok kawan kawan aku makan dengan bau yang sedap memang aku teringi...
1 Februari Sebagai World Hijab Day Khusus Untuk Pemakaian Hijab Secara Global Jom Semua

1 Februari Sebagai World Hijab Day Khusus Untuk Pemakaian Hijab Secara Global Jom Semua

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 365 hits
World Hijab Day ini akan diperingati setiap tahun pada tarikh 1 Februari bertujuan untuk meminta masyarakat di seluruh dunia dari pelbagai latar belakang agama untuk mengenakan hijab pada hari tersebut small Cover image via Wisconsin Muslim...
Jom Kita Viralkan Kopi Tok Wi Keluaran Muslim Aroma Dan Rasa Yang Terbaik

Jom Kita Viralkan Kopi Tok Wi Keluaran Muslim Aroma Dan Rasa Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 630 hits
Kopi Tok Wi adalah produk keluaran 100 Bumiputera Islam yang beralamat Di Klang Selangor dan dikilangkan Di Kilang Kopi FAMA Malaysia Kopi Tokwi diperbuat dengan ramuan dan bahan bahan yang 100 Di jamin halal tanpa bahan pengawet yang terla...
Jom Jeju With Keknil Day 1

Jom Jeju With Keknil Day 1

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 363 hits
AssalammualaikumAku dan Korea memang tak dapat dipisahkan Kalau boleh setiap tahun nak balik kampung Kalau orang tanya apa yang best kat Korea of course aku akan cakap aku suka makanannya aku suka orangnya aku suka tempat shoppingnya aku su...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Suami Takkan Tidur Bila Isteri Yang Memandu

Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat