Percutian Keluarga 2 Hari 1 Malam Di Teratak Pak Lah Janda Baik Pahang


assalamualaikum
salam sejahtera 😊

alhamdulillah, pagi ni Melaka hujan. sejuk alam. nyaman suasana. minggu ni saya kesibukan dengan penyediaan mengajar peserta kursus bulan depan. berkumpul bersama rakan-rakan sepejabat, sama-sama semuanya membuat perangkaan dan persediaan mengajar. gerak kerja tahun 2023 telah bermula dengan giatnya. tiada sehari pun yang saya tak aktif tahun ni, dah pun masuk hari ke-11. alhamdulillah 😊

family day mr.Asben's office.17 Disember 2022. Teratak Pak Lah, Janda Baik. another major throwback 2022 😅. baru berkesempatan menaip kisahnya di blog. lebih seminggu coretan ni beku dalam draft folder

ini bukanlah anjuran rasmi office my beloved mr.Asben, tetapi ia between dia dan kawan-kawan sepejabat. anjuran mereka-mereka secara sendirian berhad. percutian bersama tajaan diri sendiri. sesiapa free, join. the more the merrier

gambar kami beberapa minit sebelum bersurai

lama telah dirancang. memang dari awal kami confirmed join sebab kebetulan cuti sekolah. tak pernah ke Janda Baik, maka inilah peluang berjalan ke sana ramai-ramai. saya memang suka join apapun family day sebegini, samada ofis saya or mr.Asben's. this is the time di mana kami boleh mengenali officemate masing-masing. 
kawa-kawan sepejabat adalah sebahagian daripada keluarga, kan. kita berjumpa setiap hari selama 9 jam! waktu kita lebih byk bekerja berbanding di rumah during weekdays. so, hubungan yg baik dgn officemates memang kena jaga. susah senang kita, mereka la di antara yang pertama akan membantu kita, in shaa Allah.
welcome to Janda Baik

 
jalan masuk dari jalan utama ke Teratak Pak Lah, Janda Baik
ada jambatan yang penghadangnya roboh sebelah 😃

senang hati bila dah tiba jalan masuk ke Teratak Pak Lah
sempat la kami sesat beberapa minit sebelum tiba sini 😆







kami keluarga pertama yang tiba dan bebas memilih chalet. kami reserved 2 chalet kerana ingin beri keselesaan kepada Nurin dan Syuhada. setiap chalet memuatkan 1 katil queen. manakala saya dan mr.Asben, tidur bersama Izzat. bersempit la sikit 😏. ni la dia bila anak-anak da besar. tak boleh dah bersempit-sempit dlm satu chalet. tak muat! tak selesa! hi hi hi..

tempatnya bersih. teratur. ada sungai yang cantik jernih

kami pilih 2 pintu chalet paling hujung
bersebelahan saje, maka tak risau la anak-anak dara di chalet berbeza




kosong di laman tepi
ada meja & kerusi batu utk berehat

depan chalet kami sungai 😍

dan bebetul depan chalet kami, pondok utk bbq mlm nanti 👍





sebelah sungai sana tu adalah jalan raya utama
kenderaan lalu-lalang sepanjang masa
namun tak bising. sesekali je bunyi kenderaan tu. tidak memberikan gangguan langsung



Izzat tak sabar nak mandi sungai


selesa pondoknya



sebelum bilik digembur-gembur, saya snap dulu gambarnya. biliknya kecil tapi selesa. chalet kayu dan lantainya dilapik dengan tikar getah. kami tiba, keadaan lantai sedikit berhabuk. mungkin telah lama tidak dikunjungi bilik kami ni. tandasnya bersih dan air kuat. puas hati


sejadah, kain lap kaki dan cermin disediakan
tanda arah kiblat 👍


jamban duduk 👍


tu la dia rumah kami selama 2 hari 1 malam ni. alhamdulillah. 
pilihan kami dari awal ialah chalet ada tandas. di Teratak Pak Lah, ada pilihan chalet tanpa tandas ye. tandas dan bilik mandi disediakan di luar. kena la berjalan kaki sedikit utk manda atau berhadas. ala-ala camping pula 😄.

chalet tanpa tandas

ada lebih kurang 4 hingga 5 chalet tanpa tandas
ia didirikan bersebelahan dgn sungai

ni dia tandas dan bilik mandi di luar

singki

singki

so tiada masalah utk masak-memasak dan bbq. kemudahan cuci pinggan, periuk belanga ada disediakan. selesa. air pun kuat. confirm bersih! 😄
bagi kami yang da terbiasa camping, semua ni bukanlah masalah besar. bercuti gaya kampung adalah yang terbaik. back to nature gitewww. 

ada sebuah surau disediakan
amat selesa dan bersih

petang tu, tak berlengah-lengah, jam 3 petang gitu kami dah membasahkan diri di sungai. orang belum ramai, selesa la kami-kami mandi-manda di situ. anak-anak pun dah rindu dgn air sungai. sungainya tak dalam tapi alirannya deras. jernih





ni ibunya baru nak panaskan enjin
sebelum basah atas pinggang, silalah ambil gambar 😆


persekitaran Teratak Pak Lah dan sungainya.orait. now saya pamerkan gambar-gambar yg sempat saya snap-snap sepanjang hari pertama di sana. kebetulan kami tiba awal, sambil melayan anak-anak di sungai, sempatlah saya berjalan-jalan sekitarnya

beberapa tempat bbq disediakan di beberapa lokasi sepanjang sungai

entrance ke Teratak Pak Lah dari jalan raya
hanya untuk yg menginap sahaja



anak-anak kebetulan mandi-manda di bawah jambatan 😃

petang tu sempat la wefie dgn Syuhada
menemani saya ronda-ronda


jambatan kedua Teratak Pak Lah

agar uzur jambatan ni 😄
sedikit seram! h aha ha ha..


bertuah kami kerana waktu tu tidak ramai penghuni lain. suka ria anak-anak saya mandi-manda hingga ke petang. termasuklah si ibu ni yg celup-celup badan dalam sungai 😄. was having a great day

selepas waktu Asar, kami-kami dah naik ke darat. lewat ptg tu, mr.Asben and the geng da start bbq, memasak for dinner




lumayan makanan kami malam itu. tak terhabis! murah rezeki kami-kami. semua menyumbang dan bawa makanan utk dimakan bersama. ayam bbq, ikan bbq, otak-otak kempas, ketupat & rendang, ada juga kuah kacang, nasi putih dan sambal sotong pun ada. 


my 💜


set up by one of mr.Asben's officemate
kaki outdoor diorang ni semua
kelengkapan cuti-cuti outdoor semua complete
umpama poket doraemon





sessi bertukar-tukar hadiah 😍

keluarga pertama menerima hadiah

hadiah dari kami pula 💚

selepas tamat sessi bertukar hadiah dan ucapan utk semua, kembali kepada agenda berborak dan makan-makan. mlm tu, saya masuk tidur awal 😄. dari pagi da gerak dari Melaka. so menjelang jam 9 mlm tu, mata da tak boleh nak terbuka luas. umpama magnet ditarik-tarik utk lelap ha ha ah ha...
18.12.2023 - hari utk check out 😊.selepas subuh, mr.Asben and the gang dah mula ke dapur. perhangatkan makanan bbq mlm tadi yang tak dihabiskan. mula dah masak-memasak. mereka lelaki la yg conquer dapur. manakala saya dan anak-anak pompuan berdua, mula mengemas dlm chalet

cadangnya nak check out awal sebab kami nak gerak ke destinasi percutian kedua pula, Cameron Highlands. perjalanan ke sana ambil masa tak kurang 3 jam pula

saya mengintai dari chalet
para ibu ada juga duduk berbual
saya pun terus keluar and join the chit chat 😎

pagi tu sarapan ringan-ringan. sambung berborak dan bergelak ketawa. it was a very happy morning. cuaca pun amat baik. sambung mandi sungai

begitu begini, lebih kurang jam 11.30 pagi semua da siap berkemas, waktu utk group photo sebagai kenangan di masa depan. 



ada t-shirt group. best! 👍
ini adalah warga ILP Bukit Katil

ini kaum Adam
para ayah dan anak-anak lelaki

ini pula kaum Hawa
para ibu dan anak-anak perempuan

ini kami semua 😊
kali ni 9 keluarga. alhamdulillah

moga ada lagi tahun hadapan. family day ringkas 2 hari 1 malam yang meriah. mengeratkan sillaturrahim di antara mr.Asben's officemate. ada sengketa, ada duka, kita leraikan bila sama-sama bercuti. otomatik saling memaafkan, in shaa Allah.

langit berat tengah hari tu
umpama akan hujan ptg nanti

Syuhada memeluk bantal-bantal peluk 😁

tepat jam 1 petang, tayar kami sudah bergolek meninggalkan Teratak Pak Lah, membawa 1001 kenangan manis sewaktu di situ. indah itu kita yg cipta..




next, tungguuuuu cerita jelajah pendek kami di Cameron Highlands. 1 malam lagi jalan-jalan sebelum balik ke Melaka. dari Janda Baik, kami ke Cameron Highlands melalui bandar Raub ke Sungai Koyan seterusnya ke Ringlet. sepanjang jalan kami menikmati keindahan alam kiri dan kanan jalan. lalu jalan lama. lalu kampung-kampung. terbaik

👍

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2023/01/bercuti-ke-teratak-pak-lah-janda-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Hari Hol Pahang Dan Johor

Maksud Hari Hol Pahang Dan Johor

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 228 hits
Original Content Pernahkan anda melihat kalendar dan ada cuti Hari Hol Jadi ada di antara kita yang masih samar tentang pengertian sebenar Hari Hol Ada juga yang tertanya tanya mengapa Negeri Pahang cuti pada 7 Mei setiap tahun dan Hari Hol...
Momen Atta Dan Keluarga Saat Malam Pergantian Tahun Di Bali Potret Ameena Bikin Salfok

Momen Atta Dan Keluarga Saat Malam Pergantian Tahun Di Bali Potret Ameena Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 170 hits
Atta Halilintar menghabiskan momen pergantian tahun bersama keluarga tercinta Atta bersama sang istri Aurel dan buah hati tercinta Ameena menghabiskan waktu di Bali Momen pergantian tahun kali ini terasa berbeda setelah hadirnya Ameena Inti...
Dataran Sejarah Ayer Keroh Berwajah Baru Rekreasi Dengan Anak Anak Dalam Suasana Indah Warna Warni Di Malam Hari

Dataran Sejarah Ayer Keroh Berwajah Baru Rekreasi Dengan Anak Anak Dalam Suasana Indah Warna Warni Di Malam Hari

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 284 hits
assalamualaikum salam sejahtera pagi ni excited nak kongsi jalan jalan kami malam tadi semalam saya kak Nurin dan Syuhada berpuasa qada maka kami berbuka ringan ringan saje lepas tunaikan solat maghrib barulah gerak keluar rumah menghala ke...
Baik Tak Payah Buat Highway Cukup Celaka Lah Lelaki Bengang 3 Safety Vehicle Tutup Laluan Lebuhraya

Baik Tak Payah Buat Highway Cukup Celaka Lah Lelaki Bengang 3 Safety Vehicle Tutup Laluan Lebuhraya

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 127 hits
Tular di media sosial video seorang lelaki meluahkan rasa bengangnya kerana tersangkut di lebuhraya disebabkan tiga lorong lebuhraya berkenaan ditutup buat sementara oleh tiga safety vehicle pihak konsesi lebuhraya nbsp Difahamkan video itu...
Elok La Pergi Melingkup Orang Uatara Kata Baik Pee Mampoih Sendiri Yang Buat Sendiri Yang Keluar

Elok La Pergi Melingkup Orang Uatara Kata Baik Pee Mampoih Sendiri Yang Buat Sendiri Yang Keluar

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 380 hits
APABILA perjuangan tiada paksi atau Narratif yg jelas Dok macam tu la tidak istiqamah Dan sentiasa mencari peluang di tempat tertentu untuk tujuan yg tertentu Bungkus JER Bhai
Hari Keluarga Pematuhan Standard Jips Bukit Aman

Hari Keluarga Pematuhan Standard Jips Bukit Aman

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 155 hits
Alhamdulillah Setelah beberapa kali tangguh akhirnya 7 1 2023 terlaksana juga program kali ini Pelbagai cabaran pada peringkat awal namun hasil kerjasama semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya Hari Keluarga Espirit D...
Hari Keluarga Sra Kota Damansara 5 2022

Hari Keluarga Sra Kota Damansara 5 2022

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 279 hits
Lokasi Glory Beach ResortAlamat Jalan Seremban Taman Tanjung 71000 Port Dickson Negeri Sembilan Waktu Operasi 3 00 petang 12 00 petang Alamat Sesawang http www glorybeachresort com Tarikh Lawatan 19 21 Disember 2022 Tentatif Majlis 19 Disem...
Tak Pernah Nyenyak Tidur Malam Hari Ini Panduan Pastikan Anak Ekzema Selesa Tak Garu Waktu Tidur

Tak Pernah Nyenyak Tidur Malam Hari Ini Panduan Pastikan Anak Ekzema Selesa Tak Garu Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 149 hits
Melihat anak ekzema yang tidur nyenyak dan keletihan tanpa tangisan seakan satu kelegaan buat kita sebagai ibu Tidurnya mudah terganggu semuanya kerana kegatalan yang dialaminya sepanjang malam Bagi memastikan anak kekal selesa tanpa perlu ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco