Percutian Ke Sabah 8 Gambar Cantiknya View Di Hounon Ridge Farmstay
Bangun pagi saja terus nampak Gunung Kinabalu di hujung kaki. Wow! Foto oleh @carrybean
Percutian Ke Sabah - Bangun Pagi Mengadap Gunung Kinabalu Di Hounon Ridge. Tempat ni sungguh istimewa sekali. Sebab apa? Tempat ni menarik dan best sekali bahkan lain dari yang lain.
Apa yang bestnya? Ni yang mau cerita ni. Ada banyak lagi gambar kat bahagian bawah sekali artikel ni. Korang confirm akan tertarik nak datang ke sini dan merasai sendiri macam mana bestnya.
Tiap kali anda bangun pagi di tempat pagi terus nampak pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas sekali macam dalam gambar kat atas tu. Betul-betul jelas! Anda akan betul-betul nampak Gunung Kinabalu tanpa dihadang oleh pokok Pine yang tinggi.
Kan best percutian kalau bangun pagi terus nampak view puncak Gunung Kinabalu. Tenang dan sungguh mendamaikan. Bukannya tiap hari kita nampak view macam tu. Ni hanya mungkin beberapa kali dalam hidup
Apa Yang Special Di Hounon Ridge Farmstay
Anda boleh jalan-jalan di sini, ambil gambar kemudian menikmati keindahan sekeliling. Tempat ni terperusuk sedikit ke dalam (jauh sedikit dari jalan utama iaitu jalan Ranau - Pekan Nabalu - Tamparuli - Kota Kinabalu) namun berbaloi sebab pemandangan kat Hounon Ridge Farmstay ni memang cantik.
Tempat ni mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu pemandangan Gunung Kinabalu yang cukup jelas, cukup terang dan cukup indah.
Kalau kat Desa Dairy Farm, Kundasang, kita cuma nampak lembu-lembu tenusu (ala-ala lembu New Zealand tu!) tapi kat sini pula kita nampak Gunung Kinabalu dengan cukup jelas sekali terutama di awal pagi.
View Gunung Kinabalu dari beranda Hounon Ridge Farmstay. Gambar oleh @flomjil
Lagi satu kawasan persekitaran Hounon Ridge Farmstay ditumbui rumput rata ala-ala padang golf. Memang cantik tempat ni. Sejuk dan menenangkan.
Anda boleh camping di luar. Maksudnya, bina khemah kemudian tidur dalam khemah tu. Kawasan ni selamat dan sentiasa dijaga rapi oleh pihak pengurusan Hounon Ridge Farmstay. So usah risau soal keselamatan.
Tak ada masalah kena culik ka, kena kidnap ka, kena bawa lari masa tidur ka, gangguan makhluk halus ka, semua tu tidak ada. Setakat ni belum pernah lagi berlaku. Kawasan camping di Hounon Ridge memang betul-betul selamat.
Pengalaman Terbaik Semasa Berkhemah Di Hounon Ridge Farmstay
Paling best, suasana malam yang hening, sejuk dan amat sunyi. Kedengaran jelas bunyi unggas di hutan berhampiran.
Kabus bergerak lembut. Kalau bermalam dalam khemah di atas rumput, boleh buat BBQ dikawasan yang disedikan. Tak boleh BBQ sesuka hati secara sembarangan kerana tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan Hounon Ridge Farmstay.
Lagipun kalau BBQ secara sesuka hati akan merosakkan rumput. So ada baiknya buat BBQ ditempat yang disedikan sahaja.
Bagi kami pengalaman paling best adalah ketika bangun pagi. Buka saja zip pintu khemah tu terus nampak Gunung Kinabalu di depan mata.
Selepas itu boleh ambil gambar Gunung Kinabalu di hujung kaki. Awesome!
Pastu bagi yang memilih untuk berkhemah di luar, terdapat khemah-khemah (tents atau dipanggil outdoor camp) untuk disewa. Kalau dah ada khemah sendiri macam dalam gambar kat bawah ni lagi bagus sebab sudah tidak perlu sewa khemah.
Kawasan Hounon Ridge Farmstay ni kecil saja.
Luasnya hanya sederhana.
Lebih kurang macam Ayana Resort jugalah.
Kat Hounon Ridge Farmstay cuma ada sebuah bangunan dua tingkat berwarna krim (yang menempatkan bilik-bilik penginapan, tandas, pejabat pihak pengurusan dan kafe), sebuah kolam kecil dan kawasan sekeliling yang diliputi rumput hijau. Kawasan ni kat lereng bukit sebenarnya so hati-hati kalau berjalan atau berdiri. Takut nanti tergolek-golek jatuh ke bawah pula.
Bangunan utama Hounon Ridge Farmstay. Gambar oleh @i48ryuzaki46
Lagi satu kereta boleh parking kat sini tapi tengoklah macam dalam gambar tu.. ruang tempat meletak kereta amat terhad. Bahkan sempit. Semuanya sebab kawasan ni kecil saja keluasannya.
Kalau nak ke sini better kongsi-kongsi kereta sebab parking very limited. Siapa cepat dia dapat.
Tak ada limit berapa khemah boleh bermalam di luar di kawasan berumput. Namun begitu bilik penginapannya amat terhad. Lebih baik booking awal. Tempat ni faymes di media sosial. Lihat saja pada bilangan followers Facebook Page mereka!
foto oleh @hounonridgefarmstay
Kat sini ada disedikaan kafe untuk pengunjung membeli makanan dan minuman. Ada makanan ala carte, makanan dimasak terus (misalnya nasi goreng atau mi goreng), makanan ringan juga kuih-kuih melayu untuk sarapan pagi. Botol air mineral dan minumam tin pun ada dijual kat sini.
Kalau terlupa beli makanan semasa datang ke sini usah risau kerana ada kafe tersedia. Kemudian ada juga beberapa meja untuk makan bersama ahli rombongan (sama ada keluarga, si dia atau rakan-rakan) sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu nun jauh di sana (tapi depan mata).
foto oleh @encik_topex
Bagaimana Membuat Booking Hounon Ridge
Harap maklum entri ini saya tulis untuk membantu pengunjung blog ini supaya dapat informasi berkaitan proses membuat tempahan kalau nak berkhemah, bermalam dan menginap di Hounon Ridge Farmstay.
Pihak Hounon Ridge Farmstay tak membayar saya untuk menulis entri ini. Sebaliknya, saya tulis panjang sikit untuk memberi informasi berguna supaya pembaca blog ini mendapat manfaat.
Okay. Kalau nak buat tempahan bilik untuk menginap mahupun booking untuk bermalam (atau honeymoon) di Hounon Ridge Farmstay, bolehlah hubungi nombor yang tertera di dalam gambar kat bawah ni. Ia saya ambil dari Facebook Page Hounon Ridge Farmstay sendiri.
Ia merupakan harga bilik penginapan Hounon Ridge Farmstay untuk tahun 2018 (klik untuk besarkan) tapi anda boleh hubungi nombor Hounon Ridge Farmstay untuk bertanya mengenai harga penginapan untuk bulan Disember 2017 (ketika artikel ini saya taip).
Ini info ringkas mengenai Hounon Ridge Farmstay
FB Page: https://www.facebook.com/hounonridge/Jumlah Likes: 16,242 pada 15 disember 2017.Nombor telefon: 013-850 6463 (untuk pertanyaan dan tempahan)Lokasi: terletak di Kg. Himbaan, Bundu TuhanTak ada website rasmi. Cuma Facebook Page.
Backpacking Ke Hounon Ridge
Bagi yang meminati travel ala backpack atau backpackers, nak ke sini memerlukan belanja yang besar. Sebab utama adalah ia terletak di luar kawasan Kota Kinabalu. Anda perlu memiliki kenderaan sendiri.
Belanja kos minyak kereta dalam RM30-RM50 (Petrol) atau RM20 ke RM40 (Diesel). Kalau nak naik bas payah sedikit sebab pengangkutan awam tak masuk ke area ni.
Kalau nak charter kereta pula kosnya agak mahal iaitu dalam RM80 ke RM150 bergantung kepada berapa orang nak pergi dalam satu kereta juga bergantung pada jenis kereta yang akan dinaiki. Jika berseorangan atau cuma berdua, kos pengangkutan boleh mencecah ratus! Itu bukan pengangkutan ulang alik sebaliknya hanya one way sahaja.
Kalau nak ke sini naik Uber atau Grab itu boleh tapi better tanya driver tu dulu melalui panggilan telefon sebelum dia datang pick up anda di lokasi yang anda pinned dalam map.
Ada yang setuju ke sini mengikut harga dalam aplikasi Uber atau Grab dan ada juga yang minta lebih bergantung pada rundingan anda dengan driver. Ada jua driver Uber dan Grab yang offer perkhidmatan two way drive (pergi ke sana kemudian balik ke Kota Kinabalu) tapi jarang jumpa yang macam ni.
Solusi terbaik ada ambil kereta sewa untuk dua hari iaitu hari pergi ke sana dan hari balik ke bandar Kota Kinabalu. Pilih model Viva atau Axia (sebab ni yang paling murah), isi minyak dan terus bertolak ke Hounon Ridge Farmstay.
Kos sewa kereta Viva (model 2009 ke atas) atau Axia (better pilih Axia sebab ia lebih baru dan air cond kereta confirm bagus!) adalah dalam RM60 ke RM90 sehari bergantung kepada berapa lama nak guna.
Kalau isi minyak penuh (full tank dalam RM50 untuk Viva dan Axia) dan boleh jalan ulang alik antara Kota Kinabalu (KK) dan Hounon Ridge Farmstay. Pastu sempat lagi ke Poring atau singgah kejap di Kinabalu Park atau Pekan Nabalu on the way balik ke Kota Kinabalu.
Gambar-gambar Percutian Di Hounon Ridge Farmstay Tanpa melengahkan masa, nikmatilah gambar-gambar percutian beberapa pengunjung di Hounon Ridge Farmstay, Kundasang. Lihatlah betapa cantiknya tempat ni dan betapa girangnya mereka.
Gambar oleh @candzcanders
foto oleh @devissaleong
foto oleh @hounonridgefarmstayJumpa di sana!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://bki12.blogspot.com/2017/12/percutian-ke-sabah-hounon-ridge-farmstay.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KotaKinabaluTravel+%28Tempat+Menarik+Di+Sabah%29