Percutian Ke Luar Negara Menteri2 Wajar Dihapuskan Hanya Cuti Dalam Negara Patut Ditanggung Kerajaan


 
Arahan pulang segera kepada menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara oleh Perdana Menteri dua hari lalu sebenarnya menyedarkan kita kepada beberapa ketidakwajaran dalam kerajaan yang perlu diubah.
Yang terpenting sekali, sudah sampai masanya percutian mereka ke luar negara bersama keluarga yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sebagaimana yang dinikmati selama ini dimansukan dengan segera.
Sebaliknya, kerajaan hanya patut menanggung percutian menteri-menteri bagi destinasi dalam negara saja.
Dengan 31 orang menteri dan semuanya ditanggung bercuti setahun sekali ke luar negara bersama keluarga dan anak-beranak sekali, bayangkan berapa banyak duit pembayar cukai dihanguskan begitu saja?
Dengan bercuti di dalam negara, banyak wang rakyat dapat dijimatkan dan dapat dielakkan daripada mengalir ke negara lain, si samping dapat memajukan destinasi pelancongan dalam negara sendiri.
Dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik akibat Covid19, ditambah rakyat pula ramai yang sedang susah dan hilang pendaptan, menghapuskan percutian ke luar negara bagi menteri-menteri dengan sendirinya dapat menjimatkan wang negara.
Begitu pun, jika menteri-menteri ingin bercuti ke luar negara, mereka hendaklah menanggungnya sendiri menggunakan wang poket masing-masing.
Kerajaan hanya memberi cuti saja, tapi semua perbelanjaan lain mesti ditanggung sendiri.
Zaman sudah berubah sekarang, dengan sebahagian besar menteri adalah mereka yang tidak berguna, tidak melakukan kerja sebaik yang diharapkan rakyat, bahkan lebih banyak merapu dan jadi pak lawak daripada memberi idea atau pemikiran yang berfaedah untuk rakyat, menanggung percutian mereka ke luar negara bersama keluarga adalah suatu pembaziran dan ketidakpatutan yang sangat melampau.
Maka, sudah sampai masanya perkara itu dihentikan segera bagi kebaikan rakyat dan juga negara.
Lihat saja dalam bencana banjir yang berlaku sejak minggu lalu, dengan adanya arahan Ismail Sabri Yaakob mengarahkan mereka pulang segera, ia dengan sendirinya bermakna ada beberap menteri yang sedang bercuti di luar negara.
Ia dibuktikan lagi di mana hanya kelibat sebahagian kecil menteri saja yang kelihatan turun bersama rakyat di lapangan ketika banjir sedang melanda beberapa negeri.
Dikhabarkan ada di antara menteri yang pergi bercuti ke luar negara walaupun ketika banjir sedang melanda.
Hampeehhh betul…di mana perasaan mereka dan pemimpin jenis apa mereka itu?
Tidak kurang dahsyatnya, menteri yang bertanggungjawab kepada Jabatan Meteorologi (dulu Jabatan Kaji Cuaca) juga dikhabarkan tidak berada dalam negara ketika banjir sedang melanda kali ini.
Di ketika beliau melalui kenyataan medianya meminta rakyat mengambil berat tentang laporan cuaca yang disediakan oleh Jabatan Meteorologi, lebih tak guna sebenarnya apabila menternya sendiri mengabaikan laporan cuaca itu.
Jika beliau seorang yang mengambil berat tentang laporan cuaca yang disediakan oleh jabatan di bawah kementeriannya, sudah pasti beliau sendiri tidak pergi bercuti ke mana-mana ketika ini.
Selain itu, lazimnya setiap hujung tahun adalah musim tengkujuh di negara kita dan sudah acapkali berlaku banjir akibat daripadanya.
Tetapi, sebagaimana kita juga sedar, ketika inilah ramai menteri mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke luar negara.
Langsung tiada perasaan mereka ini, di ketika rakyat di negara sendiri bermain lumpur dan air banjir, mereka pula sibuk dengan keluarga menikmati musim sejuk sambil bermain salji di luar negara.
Jika hanya percutian dalam negara yang ditanggung kerajaan, perkara paling baik ialah dapat membuatkan semua menteri kembali bertugas dengan segera apabila tiba-tiba banjir melanda.
Lebih molek, jika banjir turut melanda destinasi pelancongan di mana menteri-menteri itu sedang bercuti, tentu mereka juga akhirnya terpaksa “turun padang” tanpa menunggu arahan.
Maknanya juga, tidak perlu lagilah Perdana Menteri selepas ini mengeluarkan arahan pulang segera jika mendapati kelibat sebahagian menterinya tidak kelihatan bersama rakyat yang sedang dalam kesusahan di waktu banjir. – ShahbudinHusin 26/12/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/percutian-ke-luar-negara-menteri2-wajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Menteri Menteri Batalkan Percutian Luar Negara

Elok Menteri Menteri Batalkan Percutian Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 181 hits
oleh Nurul Aishah SEJAK sabtu lepas negara mengalami banjir yang teruk sehingga menjejaskan nyawa Sebanyak 37 individu terkorban manakala 10 lagi dikhuatiri hilang di tujuh negeri yang terjejas akibat banjir setakat ini Ketua Polis Negara T...
Menteri Pulang Dari Bercuti Luar Negara Kena Kuarantin

Menteri Pulang Dari Bercuti Luar Negara Kena Kuarantin

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 189 hits
BERNAMA SEMUA menteri yang sedang bercuti di luar negara dan diarahkan segera masih tertakluk kepada kuarantin seperti ditetapkan kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Buat masa ini mereka mesti menjalani kuarantin Walaupun dipanggil pul...
Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 195 hits
KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun mem...
Negara Luar Dan Jiran Dah Lama Buat Duit Semua Bidang Negara Kita Ketinggalan

Negara Luar Dan Jiran Dah Lama Buat Duit Semua Bidang Negara Kita Ketinggalan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 160 hits
Benar kajian ganja ketum untuk perubatan Zahidi beritahu kerajaan December 16 2021Zahidi Zainul Abidin berkata kajian bagi membuktikan manfaat kanabis hem dan ketum serta meyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempa...
Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 301 hits
Arab Saudi membenarkan jemaah dari luar negara yang berusia 12 tahun ke atas untuk menunaikan umrah Perkara itu diumumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menambah peraturan terdahulu yang hanya membenarkan individu berusia 18 tahun me...
Keh Keh Rakyat Juga Kau Salahkan Katanya Ke Luar Negara

Keh Keh Rakyat Juga Kau Salahkan Katanya Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 293 hits
Banjir besar Menteri Pas kata salah rakyat tak ambil berat ramalan cuacaDecember 25 2021 Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kekerapan banjir di Pantai Timur menyebabkan ramai orang kurang memberi perhatian terhadap p...
Kerajaan Wajar Pertimbang Rebat Bil Utiliti Kepada Mangsa Banjir

Kerajaan Wajar Pertimbang Rebat Bil Utiliti Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 255 hits
Mangsa banjir luar biasa di Selangor dan Pahang wajar dipertimbangkan untuk diberi rebat bil bil utiliti Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Loh Ker Chean operator perkhidmatan utiliti seharusnya melaksanakan Program Tanggungjawab S...
Arahan Pulang Segera Daripada Cuti Menunjukkan Menteri2 Golongan Hampeh

Arahan Pulang Segera Daripada Cuti Menunjukkan Menteri2 Golongan Hampeh

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 147 hits
Setelah seminggu banjir melanda beberapa negeri dan tiba tiba Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar menteri menteri membatalkan cuti masing masing sementara menteri yang sedang bercuti di luar negara diarah pulang segera ini sebenarnya a...
Bank Negara Beli Tanah Kerajaan Rm2 07b Selamatkan 1mdb Pac

Bank Negara Beli Tanah Kerajaan Rm2 07b Selamatkan 1mdb Pac

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 219 hits
Dakwaan bahawa kerajaan ketika pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menggunakan Bank Negara Malaysia dalam operasi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad dengan membeli tanah kerajaan bernilai RM2 07 bilion didedahkan oleh Jawatank...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi