Arahan Pulang Segera Daripada Cuti Menunjukkan Menteri2 Golongan Hampeh


 
Setelah seminggu banjir melanda beberapa negeri dan tiba-tiba Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar menteri-menteri membatalkan cuti masing-masing, sementara menteri yang sedang bercuti di luar negara diarah pulang segera, ini sebenarnya adalah episod paling memalukan dalam sejarah negara kita.
Tidak pernah arahan seperti ini dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang mana menunjukkan menteri-menteri sekarang seumpama budak sekolah nakal yang diperhambat untuk segera masuk ke kelas membuat kerja masing-masing.
Kata Ismail Sabri Yaakob, arahan itu dikeluarkan supaya menteri-menteri dapat berada bersama rakyat yang dalam kesusahan ketika ini.
Menurutnya, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.
“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, manakala yang sedang berada di luar negara agar balik segera.
“Ini supaya mereka boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ketika ini,” katanya dalam hantaran video di media sosialnya.
Arahan yang dilihat memalukan ini menunjukkan seolah-olah menteri di negara kita tidak tahu keutamaan mereka sehinggakan terpaksa Perdana Menteri mengeluarkan arahan berkenaan dengan tugas yang sepatutnya mereka utamakan.
Secara tidak langsung akhirnya kita sedar bahawa menteri-menteri sekarang adalah kelompok yang paling tidak berguna dalam masyarakat kita.
Aduhh…nak suruh jaga rakyat pun kena Perdana Menteri memberi arahan mengenainya.
Bak kata budak-budak muda sekarang, hampeh betul menteri-menteri yang ada sekarang ini.
Patutlah dalam kekalutan banjir yang melanda sejak seminggu lalu, hanya ada beberapa menteri saja yang terlihat kelibat mereka.
Rupa-rupanya ada di antara mereka sedang bercuti di luar negara dengan menggunakan kemudahan wang cukai rakyat, entah-entah untuk main salji bersama keluarga masing-masing.
Sepatutnya, sebagai menteri yang menikmati pelbagai kesenangan hidup atas sokongan serta undi rakyat, mereka tidak perlu diperingatkan tentang keutamaan dalam hidup mereka.
Kerja menteri ialah menjaga rakyat dan bila diketahui saja rakyat berada dalam kesusahan, mereka sendiri yang seharusnya tidak bercuti atau pulang segera ke tanahair jika sedang bercuti di luar negara.
Tidak harus sampai ke peringkat Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar mereka pulang atau membatalkan cuti untuk berada bersama rakyat yang sedang dalam kesusahan.
Arahan Ismail Sabri setelah seminggu banjir melanda dan ketiadaan mereka di lapangan bersama rakyat sudah menjadi bualan yang merata di mana-mana, dengan sendirinya turut menunjukkan keberadaan mereka sebagai menteri bukan untuk menjaga kita semua.
Mereka hanya mengutamakan diri mereka saja, tidak kira apa sekali pun jalur perjuangan yang didendangkan kepada rakyat.
Kerajaan dan menteri-menteri yang ada sekarang, dengan ini, tidak harus dan tidak layak lagi diberi peluang terus berulit dengan kuasa. – ShahbudinHusin 24/12/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/arahan-pulang-segera-daripada-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Menteri Yang Sedang Bercuti Apakah Arahan Pulang Segera Benar2 Akan Dipatuhi

Siapa Menteri Yang Sedang Bercuti Apakah Arahan Pulang Segera Benar2 Akan Dipatuhi

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 198 hits
Dua persoalan lain turut timbul apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua menteri kabinet membatalkan cuti masing masing dan bagi yang sedang bercuti di luar negara agar pulang dengan segera Pertama siapakah menteri ment...
Percutian Ke Luar Negara Menteri2 Wajar Dihapuskan Hanya Cuti Dalam Negara Patut Ditanggung Kerajaan

Percutian Ke Luar Negara Menteri2 Wajar Dihapuskan Hanya Cuti Dalam Negara Patut Ditanggung Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 273 hits
Arahan pulang segera kepada menteri menteri yang sedang bercuti di luar negara oleh Perdana Menteri dua hari lalu sebenarnya menyedarkan kita kepada beberapa ketidakwajaran dalam kerajaan yang perlu diubah Yang terpenting sekali sudah sampa...
Save The Date Tarikh Cantik Sepanjang Tahun 2022 Yang Jatuh Pada Hari Cuti

Save The Date Tarikh Cantik Sepanjang Tahun 2022 Yang Jatuh Pada Hari Cuti

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 743 hits
Biasa tarikh cantik cepat kena sambar terutamanya untuk tunang kahwin kenduri booking dewan katering mak andam dan macam macam urusan lagi Tarikh Cantik Tahun 2022Boleh pilih siap siap untuk buat majlis tunang nikah dan sebagainyaPaling can...
Wapres Ma Ruf Sebut Indonesia Harus Segera Membangun Kerangka Tata Kelola Fintech

Wapres Ma Ruf Sebut Indonesia Harus Segera Membangun Kerangka Tata Kelola Fintech

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 201 hits
Ma ruf mengungkapkan per Oktober 2021 OJK mencatat hanya terdapat tujuh unit penyelenggara fintech syariah dengan total aset sekitar Rp74 miliar Angka ini masih sangat jauh dari fintech konvensional yang mendominasi dengan jumlah 97 unit da...
Rakyat Tolong Rakyat Menteri Pergi Cuti Buat Tak Peduli

Rakyat Tolong Rakyat Menteri Pergi Cuti Buat Tak Peduli

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 349 hits
Terlalu ramai menteri dalam kabinet yang terbesar dalam sejarah Malaysia tapi nak tolong bantu mangsa bah batang hidung satu menteri pun kami tak nampak Menteri langsung tak peduli Mana dia rancangan kontrol banjir jangka panjang Apa dia ra...
Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 255 hits
KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun mem...
Cuti Ksu Ketua Pengarah Dibatalkan Serta Merta Ksn

Cuti Ksu Ketua Pengarah Dibatalkan Serta Merta Ksn

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh Mohd Zuki ALi berucap pada sesi webinar Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran Institut Tadbiran Awam Negara baru baru ini CUTI semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta merta kata K...
Jalan Jalan Cuti Sekolah Di Melaka

Jalan Jalan Cuti Sekolah Di Melaka

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 496 hits
Assalamualaikum hai semua cuti sekolah kali ni buat apa je Haa tahun ni Cik Sue rasa nak bawa anak anak ke Melaka Bandaraya Bersejarah la nanti Negeri yg kecil lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur pilihan Cik Sue ialah Eco Tree H...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right