Menteri Pulang Dari Bercuti Luar Negara Kena Kuarantin


BERNAMA
SEMUA menteri yang sedang bercuti di luar negara dan diarahkan pulang segera masih tertakluk kepada perintah kuarantin seperti ditetapkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
“Buat masa ini, mereka mesti menjalani kuarantin. Walaupun dipanggil pulang, sangat penting untuk berwaspada dan berhati-hati dalam hal ini dan perkara (kuarantin) ini masih lagi terpakai,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita sama ada menteri yang diarahkan pulang tertakluk kepada kuarantin atau mereka akan diberikan pengecualian tertentu memandangkan negara berdepan masalah banjir.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang berkata, menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.
Susulan pengumuman berkenaan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan turut memaklumkan, cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan serta agensi kerajaan dibatalkan serta-merta.
Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus melanggar perintah kuarantin dan dilihat melawat mangsa banjir di kawasan Parlimennya, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat perkara berkenaan.
“Beliau memohon pengecualian kuarantin untuk perjalanan antara 8 Dis hingga 12 Dis. Beliau menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki bersama tiga wakil rakyat lain.
“Pengecualian itu telah diluluskan kerana protokol ujian dan pelepasan yang kami ada untuk perjalanan rasmi,” katanya.
Menurut Khairy, apabila Hasanuddin tiba di Malaysia pada 22 Dis, pengecualian awal ditolak kerana diminta melakukan kuarantin di rumah, manakala Pusat Tindak Balas dan Kesiapsiagaan Krisis (CPRC) KKM juga menghantar e-mel kepada Hasanuddin pada 20 Dis memaklumkan perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) adalah diluluskan.
“Kami kini menyiasat kes itu dan melihat ke mana beliau pergi, dari Turki ke Iran dan Pakistan dan di mana lagi dan mengapa apabila menerima e-mel mengenai HSO pada 20 Dis, beliau melanggar (perintah) kuarantinnya,” katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata, hanya denda RM1,000 akan dikenakan kepadanya sekiranya Hasanuddin didapati melanggar tempoh kuarantin.
Ditanya mengenai langkah pengawalan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir, Khairy berkata KKM telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pusat pemindahan sementara (PPS).
“Kami faham situasi di PPS menyukarkan mangsa banjir untuk patuh SOP. Tetapi kami tempatkan pegawai kesihatan di PPS untuk pantau dan nasihatkan untuk terus patuh SOP. Mereka (mangsa) diwajibkan pakai pelitup muka,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat 405 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di negeri-negeri terjejas.
Susulan itu, Khairy berkata, pihaknya menjalankan langkah pencegahan secara bersasar dengan mengasingkan individu yang positif COVID-19 serta-merta selepas mendapat keputusan ujian saringan.
Selain itu, beliau berkata, KKM juga mewujudkan pelbagai fasiliti kesihatan di kawasan terjejas banjir khususnya di PPS antaranya kit medik, klinik bergerak dan klinik medan yang ia bukan sahaja dikhususkan untuk mengelak penularan COVID-19 malah sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit bawaan air banjir.
“KKM menyediakan bekalan ubat mencukupi. Jadi, mana-mana individu (mangsa banjir) yang berasa tidak sihat perlu segera mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/menteri-pulang-dari-bercuti-luar-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Menteri Menteri Batalkan Percutian Luar Negara

Elok Menteri Menteri Batalkan Percutian Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 189 hits
oleh Nurul Aishah SEJAK sabtu lepas negara mengalami banjir yang teruk sehingga menjejaskan nyawa Sebanyak 37 individu terkorban manakala 10 lagi dikhuatiri hilang di tujuh negeri yang terjejas akibat banjir setakat ini Ketua Polis Negara T...
Siapa Menteri Yang Sedang Bercuti Apakah Arahan Pulang Segera Benar2 Akan Dipatuhi

Siapa Menteri Yang Sedang Bercuti Apakah Arahan Pulang Segera Benar2 Akan Dipatuhi

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 166 hits
Dua persoalan lain turut timbul apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua menteri kabinet membatalkan cuti masing masing dan bagi yang sedang bercuti di luar negara agar pulang dengan segera Pertama siapakah menteri ment...
Hiburan Dalam Islam Kita Panggil Tahnik Pakar Luar Negara Temu Kebaikan Calit Manisan Pada Bayi

Hiburan Dalam Islam Kita Panggil Tahnik Pakar Luar Negara Temu Kebaikan Calit Manisan Pada Bayi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 193 hits
Baru baru ini tular di media sosial Twitter dimana terdapat seorang pengguna berkongsi tangkap layar berita luar negara tentang kesan memberi manisan kepada bayi yang baru lahir Ciapan tersebut telah menarik perhatian pengguna pengguna yang...
Hiburan Lain Macam Netizen Pelik Tengok Penampilan Terkini Sajjad Semenjak Menetap Di Luar Negara

Hiburan Lain Macam Netizen Pelik Tengok Penampilan Terkini Sajjad Semenjak Menetap Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 225 hits
Semenjak menetap di luar negara usahawan kosmetik semakin rancak menikmati hari hari dan bercuti di Australia 2 minggu laluRumah Dan Harta Sajat Di Damansara Akan Dilelong Berikutan Kegagalan Bayar Pampasan RM200 000AdvertisementSering berk...
Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 210 hits
Menteri Investasi Kepala BKPM Bahlil Lahadalia menyayangkan ada ratusan triliun biaya dihabiskan masyarakat Indonesia di luar negeri untuk berobat Ini dikarenakan kapasitas rumah sakit yang ada di Indonesia dianggap kurang memadai dan negar...
Menteri Mana Sedang Bercuti Ketika Rakyat Derita Bah Besar

Menteri Mana Sedang Bercuti Ketika Rakyat Derita Bah Besar

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 357 hits
FAZLI RADZIAhli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil melontarkan pertanyaan kepada Perdana Menteri susulan arahan supaya Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti membatalkan percutian masing masing YAB PM boleh tolong ...
Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 306 hits
Arab Saudi membenarkan jemaah dari luar negara yang berusia 12 tahun ke atas untuk menunaikan umrah Perkara itu diumumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menambah peraturan terdahulu yang hanya membenarkan individu berusia 18 tahun me...
Negara Luar Dan Jiran Dah Lama Buat Duit Semua Bidang Negara Kita Ketinggalan

Negara Luar Dan Jiran Dah Lama Buat Duit Semua Bidang Negara Kita Ketinggalan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 165 hits
Benar kajian ganja ketum untuk perubatan Zahidi beritahu kerajaan December 16 2021Zahidi Zainul Abidin berkata kajian bagi membuktikan manfaat kanabis hem dan ketum serta meyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempa...
Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

Rakyat Sabah Ke Luar Negara Sebelum 28 Dis Perlu Dikuarantin Kata Hajiji

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 348 hits
Kerajaan Sabah menyediakan perkhidmatan doktor berdaftar bagi menjalani ujian RT PCR di pintu masuk KLIA secara percuma kepada rakyat Sabah yang menunaikan umrah dan keluar negara sebelum 28 Dis lalu KOTA KINABALU Kerajaan negeri memutuskan...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks