Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan
Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tak sabar ! Tak Sabar ! Tak Sabar ! Itulah luahan hati Sha sekarang ini. Sha percaya korang pun sama kan? Kalau dapat je rentas keluar negeri, selepas balik kampung sah dah ada perancangan percutian untuk keluarga ke mana-mana destinasi menarik di Malaysia ini. Kalau korang nak tahu, tahun 2021 ini genaplah 10 tahun usia perkahwinan Sha bersama suami tercinta. Jadi Sha ingat nak meraikanlah ulang tahun kami bersama nanti di suatu tempat yang istimewa dan kami tak pernah jejaki
Percutian Impian Sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan
Tanggal 3 September 2011 merupakan tarikh bersejarah untuk Sha, suami dan keluarga. Tarikh termeterainya perjanjian dan tarikh arwah ayah menyerahkan tanggungjawabnya kepada suami Sha. Pelbagai dugaan rumahtangga telah dilalui, tanpa sedar sudah hampir genap 10 tahun kami bersama. Untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 ini Sha merancang untuk bercuti di suatu tempat yang kami sekeluarga tak pernah terokai. Sebenarnya Sha mempunyai beberapa negeri di Malaysia yang masih belum Sha singgah menikmati tarikannya seperti Negeri Sembilan, Perlis dan Johor. Tapi untuk kali ini Sha teringin nak staycation di Melaka
Tempat Menarik Di Bandaraya Melaka
Kalau nak bercuti di sesuatu tempat pastilah kita kena rancang perjalanan percutian kita dengan betul. Rancangan yang betul akan melancarkan aktiviti kita disana nanti, Sebut sahaja Melaka pastinya kita dah dapat bayangkan tempat-tempat menarik dan penuh dengan sejarah tersendiri yang kita pernah dengar di sekolah, program tv dan cerita dari ibu-bapa kita. Tapi alangkah bestnya jika kita dapat pergi ke tempat sejarah yang mana masih dijaga oleh pihak berkenaan. Antara tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka adalah :
A'FamosaMasjid SelatMelaka River CruiseMelaka Duck TourMenara Taming SariMelaka AliveLadang buah-buahan tropika MelakaMelaka River Pirate ParkMenaiki becaSunset CruiseJonker Walk
Selain tempat-tempat di atas, terdapat beberapa tempat baru yang menarik di Melaka adalah Encore Melaka, Melaka Thousand Tales Of Adventures, The Shore Sky Tower dan Bustel Klebang. Patutlah Melaka selalu menjadi pilihan untuk rakyat Malaysia bercuti rupanya banyak tempat menarik boleh dikunjungi. Kalau pergi Melaka ni sah-sah dapat ambil gambar banyak. Nampak gaya banyak shoot menarik yang kita boleh rancang sebelum ke sana
Tempat Makan Best Di MelakaKalau bab makan memang Sha suka makan nasilah berbanding dari yang lain. Bila dah suka nasi tentulah suka cari restoran yang menyediakan lauk pauk seperti asam pedas dan lauk Melayu yang lain. Tambah pula Sha jenis kurang makan di kedai mamak, yang cadangkan nasi kandar memang Sha tak berapa tertarik untuk cuba. Bab kuih pula teringin sangat nak cuba Kuih Keria Antarabangsa yang viral di sana. Nak tahu juga kesedapan kuih keria di Melaka. Tapi kalau bercuti ke Melaka 4 hari 3 malam atau lebih lagi boleh laa sesekali tukar selerakan dengan mencuba kedai makan western di Melaka yang viral kat sana
Cendol Kampung HuluKari kepala ikan AsahanAsam Pedas Claypot KlebangRoti Canai Kayu ArangMedan Ikan Bakar ParameswaraMedan Ikan Bakar Sungai DuyungMee Besen OriginalAsam Pedas Sera KampungKuih Keria Antarabangsa LimbonganMelantak Steak Hub
Hanya 10 tempat makan yang Sha senaraikan. Kalau nak senaraikan memang banyak sangat kawan-kawan kongsikan daripada pengalaman mereka. Yang Sha tahu negeri Melaka amat terkenal dengan asam pedas. Jadi nanti kalau dapat bercuti ke Melaka Sha nak cari hotel yang mudah Sha nak terjah tempat makan
Hotel Yang Sesuai Untuk Keluarga Di Melaka
Kejam tak kalau Sha nak pergi jalan-jalan dengan suami macam bulan madu? Ahhahahaha.. pergi berdua je? Sah ! Tak sampai hati nak tinggal anak-anak dan jalan-jalan tanpa mereka. Tambah pula kalau pergi bercuti lama-lama, memang bawak sekali la. Bukan apa, ibu dan ayah diaorang sejenis tak sampai hati dan jenis teringat kat anak-anak kalau pergi bercuti. Kalau dah teringat, mood pun tak berapa nak teruja
Walaupun orang kata penat bawa budak-budak bercuti, tapi terasa lengkap kalau anak-anak ada sekali meraikan ulang tahun perkahwinan ibu ayah. Jadi dengan itu Sha kena cari sebuah hotel yang selesa dan mempunyai kemudahan yang best paling tidak pun mempunyai kolam mandi
Bila belek-belek cari hotel yang menarik di Melaka ini, Sha tertarik dengan The Pines Melaka. Nampaknya Sha hanya perlu tunggu masa sesuai untuk bercuti sahajalah sekarang ini. Bukannya apa, hotel ini terletak di tengah Bandaraya melaka, jadi nak bergerak dan jalan-jalan ke sekitar bandar sejarah dari hotel tak perlu makan masa yang lama. Yang paling penting ada kolam mandi dan dalam bilik pun ada bathtab, sebabnya anak-anak memang suka main air, mandi-manda. Memandangkan negara masih dilanda covid-19, kita kena hadkan pergerakan ke kawasan yang dipenuhi ramai orang jadi itulah aktiviti yang cukup best dah untuk anak-anak
Sha bukan apa, bukan setakat nak sambut ulang tahun perkahwinan sahaja tapi nak pergi bercuti menenangkan fikiran dan keluar dari kediaman sekejap. Masing-masing pun dah lama duduk terperuk di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jadi apa lagi korang, jom rancang percutian korang sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2021/03/percutian-impian-sempena-hari-ulang.html